Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

12-1-2021 10:02 AM Komen: 294
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.


Kredit foto: The Rocket

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin perkenan darurat itu mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara.

"Ianya juga berdasarkan statistik semasa COVID-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.

"Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

"Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal," katanya.

Menurut statistik, lima belas hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. 

Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.

Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat jelata untuk bersama berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan semasa pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

"Sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara," kata kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.


Sumber: Awani


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
0
0
Komen: 294
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 15-1-2021 05:49 PM
cmf_jeangrey replied at 12-1-2021 09:41 PM
Time ni la mp menteri ada byk free time boleh turun padang..kalau x nmpk byg jugak kitaboleh tau l ...

Time ni la pulak sorang2 didapati positif.. Harap yg negatif tu semua pulun turun padang. Rumah2 yg banjir tu banyak lagi yg diaorg perlukan bantuan utk bersihkan.. Biasa banyak NGo dan badan2 sukarela yg dtg membantu. La ni dgn covid, x ramai dah..

Lain-lain Komen

Quote akuchenta 12-1-2021 09:39 AM
Edited by akuchenta at 12-1-2021 11:34 AM

Proklamasi darurat
FB_IMG_1610422143890.jpg

"Tiada rampasan kuasa tentera, perintah berkurung" - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat di negara ini tidak akan membabitkan sebarang bentuk rampasan kuasa tentera atau pelaksanaan perintah berkurung, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri ketika menegaskan perkara itu sebaliknya memberi jaminan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

"Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, majlis kerajaan negeri akan terus berfungsi ikut Perlembagaan Persekutuan.

"Malah saya beri jaminan jentera perkhidmatan serta pentadbiran awam, kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini," katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Quote vespa_oren 12-1-2021 09:40 AM
xada PRU lah
Quote Herlina 12-1-2021 09:41 AM
Edited by Herlina at 12-1-2021 09:45 AM

Nampak beno nipunya. Takan la boleh terlepas pandang bab tarikh kenyataan tu. Takan la 2020.Mengarut la kalau PM mengadap selama 45 minit padal 11 Jan padahal kul 6 tu PM tengah berdiri tegak menyampaikan perutusan
Quote akuchenta 12-1-2021 09:42 AM
Edited by akuchenta at 12-1-2021 12:16 PM

Screenshot_20210112_121528.jpg
PM beri amaran keras pada pihak ganggu usaha kerajaan

Muhyiddin memberi amaran keras kepada pihak yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan membendung Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi amaran keras kepada pihak yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

Saya berikan amaran keras sesiapa yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan untuk menguruskan Covid-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi keselamatan rakyat dan negara, katanya dalam pengumuman khas pengisytiharan darurat hari ini.

Quote clarizsa 12-1-2021 09:43 AM
Berita palsu ke apa ni
Quote Suchi 12-1-2021 09:45 AM
clarizsa replied at 12-1-2021 09:43 AM
Berita palsu ke apa ni

Betul rasanya sbb td nampak kat fb awani pun ada share
Quote JunkMail 12-1-2021 09:46 AM
Dah darurat pulakkkkkk
Quote jalfa 12-1-2021 09:47 AM
Abah din mmg luar biasa....
Quote akuchenta 12-1-2021 09:49 AM
Edited by akuchenta at 12-1-2021 12:22 PM

UPDATE

Intipati Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri.

Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan #COVID19 daripada menjadi serius.

Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.

Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan.

Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat.

Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam.

Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP.

Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran

Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.

PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa #COVID19 telah reda atau pulih sepenuhnya.

Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah #COVID19.

Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani #COVID19  dan urus ekonomi negara - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin YassinIntipati Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri.

Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan #COVID19 daripada menjadi serius.

Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.

Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan.

Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat.

Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam.

Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP.

Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran

Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.

PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa #COVID19 telah reda atau pulih sepenuhnya.

Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah #COVID19.

Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani #COVID19  dan urus ekonomi negara - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Quote akies 12-1-2021 09:49 AM
Eloklah darurat. Tiada pru sehingga keadaan kembali pulih.
Cukup2 prn kat sabah aritu.
Quote jalfa 12-1-2021 09:49 AM
Abah din mmg luar biasa.....  Date purbakala
Quote JunkMail 12-1-2021 09:50 AM
Herlina replied at 12-1-2021 09:41 AM
Nampak beno nipunya. Takan la boleh terlepas pandang bab tarikh kenyataan tu. Takan la 2020.Mengarut ...

Mana tau rakaman je perutusan PM semalam. Bukan ada sesi soal jawab pun.
Quote Orix 12-1-2021 09:50 AM
Darurat just for the sake takde PRU lah khuenstt
Quote akuchenta 12-1-2021 09:51 AM
Edited by akuchenta at 12-1-2021 09:52 AM

FB_IMG_1610416246518.jpg Ni versi dh edit tarikh. Apa2 pun kita tunggu berita penuh.
Quote rifaa 12-1-2021 09:51 AM
darurat cemana plak?
Quote Adeakukesah11 12-1-2021 09:52 AM
So? Effect pd politik je kan? Yg lain tkde beza punnn
Quote clarizsa 12-1-2021 09:52 AM
Suchi replied at 12-1-2021 09:45 AM
Betul rasanya sbb td nampak kat fb awani pun ada share

Ooo
Kalau darurat jadi camna pulak
Pening i hmmm
Quote citulla3 12-1-2021 09:52 AM
confirmed berita nie...kat tv dah keluar...
elok la..serabut tgk politician duk sibuk nak pru...
Quote bakingsoda 12-1-2021 09:53 AM
akhirnya abah dapat gak ape yg dia nak, eh lantak la khennn bukannya darurat perintah berkurung makan catu

Lihat semua komen(294)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top