Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kereta Melambung Langgar Bonggol Di Jambatan, Nasib Baik "Mendarat" Selamat

11-1-2021 10:15 PM Komen: 18


PETALING JAYA – Sebuah kereta nyaris hilang kawalan selepas melanggar permukaan jalan tidak rata di sebuah jambatan di Hutan Melintang, Perak.

Video berdurasi 52 saat yang dikongsi di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS hari ini memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz melambung selepas melanggar bonggol itu dengan keempat-empat tayar tidak menyentuh permukaan jalan.

Meskipun melambung, tetapi kereta tersebut selamat ‘mendarat’ tanpa terbabas serta tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di laluan antara Hutan Melintang menghala ke Sabak Bernam sebelum susur masuk ke Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Sehingga pukul 4 petang tadi, video terbabit telah ditonton lebih 244,000 kali dan dikongsi 1,100 pengguna Facebook.

Kebanyakan mereka meninggalkan komen mengecam tindakan ‘pengendali’ jalan tersebut yang tidak menyelanggara jalan itu dengan elok sehingga boleh melibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa.

Difahamkan permukaan jalan raya tersebut telah lama rosak, namun tiada pihak yang berusaha membaikinya dan ada juga yang pernah terlibat dengan kemalangan di kawasan itu.

TANGKAP layar memaparkan sebuah kereta Honda Jazz melambung selepas melanggar bonggol di sebuah jambatan di laluan antara Hutan Melintang menghala Sabak Bernam sebelum susur masuk Lebuh Raya WCE.


Kisah kemalangan itu dikongsi oleh pengguna yang dikenali sebagai Aza Azza yang pernah terlibat dengan kemalangan pada malam tahun baru lalu.

“Baru kena pada malam tahun baru lalu, lama tak lalu jalan ini. Penumpang sedang makan, habislah bihun melambung sampai atas bumbung kereta.

“Tolonglah pihak berkenaan, ambil tindakan segera perbaiki cepat,” jelasnya.

Bekongsi kisah sama seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Amm Hamdan :’Pernah kena masa bawa kereta malam, dah dekat baru nampak, terus terbang kereta.



Sumber -K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 15-1-2021 01:25 AM
bibit2 misi kereta terbang hampir tercapai.

Lain-lain Komen

Quote tumpanglalu74 11-1-2021 10:23 PM
Syukor bukan pak muntri..
Quote merrissa 11-1-2021 10:25 PM
Kalau menteri ni mesti dah buat jambatan baru atau jambatan dua
Quote Kurex 11-1-2021 10:27 PM
Tolong suapkan video
Quote Supersirap 11-1-2021 10:27 PM
merrissa: Kalau menteri ni mesti dah buat jambatan baru atau jambatan dua

Itu sudah semestinya belum lagi berbakul-bakul permohonan maaf hehehe
Quote baghal_bortuqal 11-1-2021 10:48 PM
Mana highway operator? Sonyap yo...
Quote AverageJoe 11-1-2021 10:49 PM
Jambatan ni memang lah melambung kalau siapa yang tak biasa lalu sini.
Yang dah biasa lalu pun kadang-kadang terleka lupa nak brek huhu.

nak tunggu menteri melambung masuk dalam sungai agaknya baru JKR terkial-kial nak rectify.
Quote CiliPadiSedap 11-1-2021 10:53 PM
Jangan sampai mael totey jadi mael lambung
Quote Jitu 11-1-2021 10:56 PM
kelakar lak dgr abang dlm video tu gelak
Quote airisa 11-1-2021 11:09 PM
Masa awal2 dulu kat Jambatan kedua pp arah keluar dari pulau pun Ada jugak mcm ni. Lepas 6 bulan baru diorg betulkan.. takde Dah hump melambung kete
Quote Megikari 11-1-2021 11:41 PM
Pernah terkena jugak.. Rasa mcm trcabut  nyawa sekejap. Sejak tu, setiap kali lalu jambatan yg aku tak pernah or jarang lalu memang aku slowkan kereta. Ngeri membayangkan kalau kereta terus terbang ke alam barzakh
Quote kakikuDibibirmu 11-1-2021 11:44 PM
Lagi best terbang ke alam brazzers
Quote sharlenetexas 11-1-2021 11:47 PM
Mana permohonan maaf jkr?

Quote KIM.K 12-1-2021 02:36 AM
Depan rumah aku ada bumper, lepas kerja-kerja pembaikan by JPS dalam 3-5 meter dari situ bumper tu macam jadi tajam

Moto lalu seminggu dua ni tiba2 gedegung, bunyi tayar, bunyi brek, bunyi 'alamak', 'ya Allah' siap ada tayar rosak
Quote myoujin 12-1-2021 05:01 AM
Kedekut sangat ke nak buat garisan jalur2 tuh bagi gegar abis kereta
Quote Scintilla 12-1-2021 07:13 AM
apa reason buat bonggol tengah jalan tu? nak mintak driver slow ke? atau kontraktor dan engineer jkr yg pemalas x nak compact bendul tu bagi rata. iols speku engineer jkr xde turun site check jalan pun masa lepaskan payment kontraktor tu
Quote me12345 12-1-2021 07:19 AM
Mana JKR yg minta maaf aritu....
Quote kucingitam 12-1-2021 10:37 AM
Scintilla replied at 12-1-2021 07:13 AM
apa reason buat bonggol tengah jalan tu? nak mintak driver slow ke? atau kontraktor dan engineer jkr ...

rasanya bukan bonggol tu.. tu sambungan antara jambatan dgn jalan biasa,

highway plus ke utara pun ada benda gini.. dkt2 dgn ipoh... tapi dia menurun, bila lalu memang terhentak kereta ke bawah.


Quote Lagubestbest 15-1-2021 01:25 AM
bibit2 misi kereta terbang hampir tercapai.

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top