Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Elizad Takut Suami Bosan Belum Ada Rezeki Nak Bagi Zuriat

11-1-2021 04:31 PM| Komen: 45

Hasrat pelakon Siti Elizad Sharifuddin untuk mendiami kediaman baharu bersama anak sulungnya masih belum kesampaian apabila dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun lalu.


Kredit foto: IG Elizad

Menerusi coretan di Instagram sempena meraikan ulang tahun keenam perkahwinannya, aktres itu berharap suami, Shamsul Baharin Rahman tidak bosan dengannya kerana masih belum mampu memberikan zuriat bagi memeriahkan rumah tangga mereka.

"Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan 2021 siap, kami ada zuriat sendiri. Nampaknya kita masih lagi berdua sayangku.

"Sangat berharap yang awak tidak akan bosan dengan memandangkan saya belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri," katanya.

Dalam entri itu juga, Elizad menzahirkan ucapan penghargaan buat suami yang sentiasa sabar sepanjang perkahwinan mereka selain berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Nampaknya isteri awak ni terpaksa jadi 'baby kecil' untuk memeriahkan keluarga kecil kita. Saya sayangkan awak hingga ke syurga," katanya.


Kredit foto: IG Elizad

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Aktres itu sebelum ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran pada November tahun lalu selepas seminggu disahkan hamil.


Sumber: mStar 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 45
Komen

Previous : "Ramai Cakap Saya Tipu, Sebenarnya Sakit Sangat!" - Elyana Dah Tahap Kritikal

Next       : "Jangan Marah.." - Erra Dedah Ciri Lelaki Idaman 'Macam Awie' Berjambang, Sado, Rock

Komen Terbaru

Quote shahirakay 14-1-2021 09:31 AM
Kita doakan awak peroleh zuriat sendiri elizad. mana tau ada rezeki sempena PKP 2 weeks ni.

Lain-lain Komen

Quote songhara1226 11-1-2021 04:33 PM
Sian kat elizad, x pe sisturr doakan 2021 ni elizad berjaya dapatkan zuriat tu insyallah
Quote chinta89 11-1-2021 04:43 PM
Semoga dikurniakan baby cepat {:love
Quote matjerk 11-1-2021 04:48 PM
Rumah kat ne tu
Quote ceristoberi 11-1-2021 04:49 PM
takpe elizad...usaha lagi...kawan sis ceri ada yang 9, 10 tahun tak dapat zuriat...sekali Allah bagi kembar 3 uols...
Quote jalfa 11-1-2021 04:50 PM
Berapa tahun baru kawen dah teriak begini dekk...sabarla...
Quote haruslah 11-1-2021 04:51 PM
Pompuan yg belum ade zuriat mesti rasa insecure kan
Desakan org sekeliling wpun x cakap depan
Sedihnya
Quote MistrezHermanaz 11-1-2021 04:57 PM
sian dia ni..dia suka gak tinggal komen kt ig kwn2 yg post gambar anak
Quote awanysss 11-1-2021 04:57 PM
kenapa mcm kecoh sgt dia ni takde anak ek..
dia je ke artis takde anak..
tahu sedih tp takyah tunjuk sgt.. mostly org faham..
lgpun laki di ada anak lain kan.. ada la experience jd bapak tu cma bukan dr rahim elizad ni..
semoga cepat dpt baby..
Quote krustykrab 11-1-2021 04:57 PM
haruslah replied at 11-1-2021 04:51 PM
Pompuan yg belum ade zuriat mesti rasa insecure kan
Desakan org sekeliling wpun x cakap depan
Sedi ...

Yg mengutuk pun kaum pompuan jgk..as if benda tu takkn terjadi pada diorg or keturunan diorg...
Quote maxim 11-1-2021 04:59 PM
MistrezHermanaz replied at 11-1-2021 04:57 PM
sian dia ni..dia suka gak tinggal komen kt ig kwn2 yg post gambar anak

sian gak bila nmpak die tnggal komen kt ig anak2 retis lain..mesti membuak2 nak anak sendiri gak
Quote orkidorkido 11-1-2021 04:59 PM
Dont stress up, enjoy the moment with husband. Enjoy ivf process. Insyallah akan ada rezeki
Quote Abot 11-1-2021 05:31 PM
Aku paham sbb dah melaluinye..bertabah la...bykkan berdoa..
Quote EvieWanKenobi 11-1-2021 05:34 PM
mungkin kena jumpa Ika Nabila..
Quote epuepy 11-1-2021 05:40 PM
Hm. Paham sgt perasaan tu. Meols doakan mana2 pempuan yg nk zuriat, akan di beri zuriat.
Pedih ooo bile org ckp ko mandul.
Quote Suchi 11-1-2021 05:44 PM
Katanya suami dia ada anak sebelum ni kan so takda la suami dia rasa bosan.
Quote matchstick 11-1-2021 07:00 PM
jalfa: Berapa tahun baru kawen dah teriak begini dekk...sabarla...

Sbb umur dh byk tu yg sheols gusar kot
Quote Kancilkering 11-1-2021 07:02 PM
EvieWanKenobi replied at 11-1-2021 05:34 PM
mungkin kena jumpa Ika Nabila..

kenapa jumpa iqa nabila?

Quote Adeakukesah11 11-1-2021 07:22 PM
EvieWanKenobi replied at 11-1-2021 05:34 PM
mungkin kena jumpa Ika Nabila..

Siot hahahahha
Quote clarizsa 11-1-2021 07:29 PM
Cuba lah ivf lagi skali
Cari yg boleh dptkan kembar tu
Untung skit

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top