Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tiada Maaf! Kompaun RM300 Kepada Sesiapa Yang Sengaja Redah Banjir

11-1-2021 02:01 PM Komen: 10

Gambar Sekadar Hiasan


Chukai: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengingkari arahan terutama meredah banjir di kawasan yang diletakkan papan tanda amaran.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan golongan itu apatah lagi, negeri itu mencatatkan beberapa kes pemandu meredah jalan yang sudah ditutup kerana dinaiki air dan terdapat laluan alternatif disediakan.

"Kita tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan.

"Sebelum ini, kita tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

"Bagi kesalahan itu, individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300," katanya ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota yang terjejas akibat banjir.


Roslee berkata, penguatkuasaan itu juga langkah melindungi orang ramai memandangkan terdapat individu yang hanyut bersama kenderaan apabila meredah air.

"Kita berulang kali mengingatkan pemandu atau penunggang tidak mengambil risiko walaupun laluan itu adalah jalan yang biasa dilalui sebelum ini.

"Air banjir ini biasanya keruh dan kita tidak nampak keadaan sebenar jalan yang mungkin suduh runtuh atau rosak disebabkan banjir seterusnya berbahaya untuk pengguna jalan raya," katanya.

Sehingga kini, sebanyak tiga kes kenderaan meredah banjir direkodkan dengan semua kejadian itu berlaku di Kemaman.

Insiden terbaharu berlaku kelmarin apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan air di bawah Jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai.




Sumber : HarianMetro


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah 13-1-2021 09:40 AM
Tah. Pelik2 je. Dah ckp xboleh. Xnak dgr. Masih nak redah. Pape jd menyusahkan org nk mencari plak. Dahla mmg sibuk tolong mangsa banjir. Yg xkena banjir sibuk nak main redah banjir.

Lain-lain Komen

Quote sehirkedi 11-1-2021 02:08 PM
Eloklah pun kompaun. Jalan dah ditutup pun masih degil dok harung. Nak kemana tergesa-gesa? Ke alam barzakh ke?
Quote nisako 11-1-2021 02:32 PM
ade eh org yg sanggup redah ? gilo....mmg patut kena bayar ....
Quote Megikari 11-1-2021 02:41 PM
Denda 300 tu sikit sangat bagi sesetengah orang. Naikkan la jadi 3000 baru orang beringat
Quote salmon-suki 11-1-2021 02:51 PM
Xinsaf ke tgk mangsa y mati gara2 redah banjir?nak jgk jd mayat?dah taw banjir,arus deras,air dalam,xyah ngade nak redah..mnyusahkan bomba plak nak cari mayat..pstu family tuh,msti akn bersedih sbb hilang ahli keluarga..aihhhh..degil tak bertempat!
Quote genUmi 11-1-2021 02:54 PM
kalau pi tengok kat youtube macam2 stail ehh

siap bawak anak2 keci jalan2 redah banjir


air banjir tu dah lama segala najis bangkai kahak  semua ada
Quote pinklepie 11-1-2021 03:10 PM
Kot yer pun tak sayang kereta, sayang la nyawa tu, kesian kt orang yg menunggu dirumah.
Quote Artemesiaa 11-1-2021 03:14 PM
Eloklah diperingatkan sebab mungkin ramai tak tahu mereka boleh didenda kalau nak redah banjir juga
Quote jfq 11-1-2021 03:28 PM
Bukan saja kompaun,  kena hntr kos bil menyelamat sekali. Pasukan penyelamat tak pasal2 kena divert tugas sbb mereka ni smua
Quote chinta89 11-1-2021 04:45 PM
Dah diorg rasa x kan terkena ape2 musibah sb tu main redah je
Quote Jemahjemah 13-1-2021 09:40 AM
Tah. Pelik2 je. Dah ckp xboleh. Xnak dgr. Masih nak redah. Pape jd menyusahkan org nk mencari plak. Dahla mmg sibuk tolong mangsa banjir. Yg xkena banjir sibuk nak main redah banjir.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top