Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Majlis Lagi Sebulan - Bakal Suami Lia Natalia Buat Hal, Tak Jadi Kahwin!

11-1-2021 01:15 PM| Komen: 71

Segalanya hancur bagaikan kaca terhempas ke lantai. Impian pelakon, Lia Natalia bersanding atas pelamin nan indah bersama lelaki dicintai musnah apabila perkahwinan dibatalkan pada saat akhir.

Persiapan sudah dilakukan hampir 70 peratus, malah pelakon Ajari Playboy Itu dan Bukan Gadis Biasa itu mengeluarkan belanja hampir RM50,000 untuk persiapan perkahwinannya di Tawau, Sabah. Semuanya lebur bagaikan debu berikutan perhubungan terlerai di tengah jalan.

Enggan mendedahkan punca hubungan bersama jejaka berusia 40 tahun terlerai kira-kira sebulan lagi disatukan dalam ikatan suami isteri, Lia berkata, ia terlalu peribadi untuk dikongsi.

Lagi pun, katanya, dia enggan membuka aib dengan mendedahkan maklumat bekas pasangannya kerana bimbang terkena tempias pada kemudian hari.


Foto: IG

"Apapun punca perhubungan putus dan perkahwinan terpaksa dibatalkan, biar hanya saya, keluarga dan teman rapat yang mengetahuinya. Saya tak mahu mengaibkan sesiapa, apatah lagi kisah ini terlalu peribadi.

"Pada masa sama, saya juga tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Cukuplah, orang tahu ada masalah yang tidak boleh diterima," katanya kepada BH Online.

Awal tahun ini, pada majlis perkahwinan rakan baiknya, Ayda Jebat, Lia berkongsi, perkahwinan yang dengan jejaka dikenali hampir setahun lalu sepatutnya berlangsung Disember lalu, tetapi dibatalkan selepas persiapan sudah dilakukan.

Bercerita lanjut, Lia atau nama sebenarnya, Alia Afiqah Abden berkata, hampir RM50,000 yang digunakan untuk persiapan perkahwinan lebur begitu sahaja.



"Semua persiapan sudah tersedia seperti tiket penerbangan pulang ke Tawau. Bayangkan, tiket sahaja sekitar RM20,000, tidak masuk persiapan lain seperti tempahan lokasi, hantaran dan sebagainya.

"Selain itu, penggambaran pra-perkahwinan sudah dijalankan September lalu dan tunggu untuk dikeluarkan. Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan ini dan menyifatkannya bukan rezeki saya.

"Hakikatnya, tiada jodoh antara kami. Saya terima walaupun sakit. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Cuma, buat masa sekarang, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai apa yang berlaku. Lebih baik, saya fokus dalam lakonan. Soal cinta tolak tepi dahulu," katanya.

Jauh di sudut hati, Lia berkata, dia takut mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki, malah mungkin mengambil masa untuk merawat luka di hatinya.

"Jujur, saya amat serik. Saya jadi takut kembali membuka hati kepada lelaki. Akhirnya saya jadi sakit kerana tahu komitmen saya tahap mana apabila menjalinkan hubungan serius.

"Jadi, saya malas nak fikir soal lelaki. Penat, duit, masa dan tenaga, semuanya habis. Berilah saya masa untuk mengubati kekecewaan hati.


"Bohonglah jika saya tak bersedih, segala persiapan nak berkahwin sudah dilakukan, tetapi tidak menjadi," katanya yang ditemui pada sidang media drama terbaru, A. I. In Love arahan Nor Ashikin Zainal di Wisma TV, Angkasapuri, Khamis lalu.

Mengulas mengenai kesihatannya, Lia tidak menafikan, emosi agak tertekan, tetapi bersyukur keluarga berada di sisi ketika episod hitam itu berlaku.

"Perkara ini terjadi sekitar November lalu dan saya berada di Tawau. Keluarga menjadi kekuatan untuk saya berdepan dengan kesedihan ini.

"Ibu berpendapat lebih baik tak jadi daripada saya menyesal selepas berkahwin. Malah, keputusan ini juga saya buat selepas berbincang dengan keluarga. Kami merasakan membatalkan perkahwinan adalah jalan terbaik," katanya.



Lia berkenalan dengan jejaka berkenaan selama sebulan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Katanya, mereka bertemu selepas pulang mengerjakan umrah, awal tahun lalu.

Tidak menyalahkan takdir, Lia turut berkongsi pengajaran yang diperoleh selepas kejadian itu.

"Mungkin lelaki itu adalah hamba yang Allah kurniakan untuk saya belajar tidak mengambil langkah terlalu cepat membuat keputusan menamatkan zaman bujang.

"Lebih baik mengambil masa, mengenali hati budi dan latar belakang terlebih dahulu," katanya yang mahu fokus pada kerjaya, buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, Lia kini terikat dengan penggambaran drama Diva Popular arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 71
Komen

Previous : Ika Nabella Hadiri Kelas Agama Bersama Neelofa, Kongsi Cara Doa Untuk Dapat Anak

Next       : Nampak Macam Baby Bump, Marsha Milan Hamil?

Komen Terbaru

Quote ilhamazalea 17-1-2021 10:02 AM
Minami2013 replied at 11-1-2021 01:28 PM
Ni bukan sengaja buat cerita sebab sendu macam fiza elite dulu ye... anyway, moga bertabah kalau ben ...

LOL. Wujud ke tidak jejaka 40an tu

Lain-lain Komen

Quote shernazz 11-1-2021 01:23 PM
Siannya...
Banyak tu berhabis...
Quote Minami2013 11-1-2021 01:28 PM
Ni bukan sengaja buat cerita sebab sendu macam fiza elite dulu ye... anyway, moga bertabah kalau benar..
Quote jamilahpropa 11-1-2021 01:30 PM
Adoi kalau kena kat aku tak tau la camne nak redha, haihh.. kesian dia
Quote MsKathryn 11-1-2021 01:37 PM
Aduh kesiannya...  be strong girl
Quote mrsLY 11-1-2021 01:39 PM
kesian dia
Quote gummiebear 11-1-2021 01:46 PM
Lebih baik tak jadi kawen dari kawen sebulan pastu cerai
Quote nura19 11-1-2021 01:57 PM
Bnyk kuar duit belanja...apepun sume nya ade hikmah
Quote bluecrystal 11-1-2021 01:58 PM
Kenal sebulan je ke ..aku ingat dulu dia ada boyfriend
.ke salah orang..apapun takziahlah..suka lia natalia ni comel manis orangnya
Quote pakwetizzaqyah 11-1-2021 02:12 PM
liar nataliar
hahahahhahaa
Quote sehirkedi 11-1-2021 02:12 PM
Lelaki orang ke? Kalau ya.. Eloklah tak jadi. Cantik manis boleh dapat orang yg jauh lebih baik. Ada hikmah disebalik sesuatu yg terjadi. Semoga tabah dan bertemu jodoh dengan yg lebih baik.
Quote Nenasketum 11-1-2021 02:32 PM
Dia ni muka versatile, jenis akan awet muda, gitteww. Semoga yang lebih baik menanti
Quote awenda507 11-1-2021 02:45 PM
Moga bertemu jodoh yg terbaik. Kesian dia da  perabes byk2 skli x jd. Ape pun biar x jd kawen dpd bercerai berai dik.
Quote irvene 11-1-2021 02:51 PM
dia ni baik, friendly. be strong girl
Quote missbigrockstar 11-1-2021 02:52 PM
Cantik manis dia ni. Wajah eksotik Sabah. Berlakon pun ok. Cuma selalu watak kawan kepada heroin atau watak kedua, ketiga. Jarang dpt watak heroin. Ke aku yg tak perasan. Bertabah lah dik. Patah tumbuh hilang berganti. Kumbang bukan seekor.
Quote MontanaHannah 11-1-2021 02:56 PM
xde rugi apa

lebih baik terjadi sebelum bernikkah sebab masih sempat selamatkan diri.
Quote beatgirlX 11-1-2021 02:56 PM
Aku suka si Lia ni..campak la watak apa pun menjadi..be strong girl...now dah Makin cantik..move on
Quote Adeakukesah11 11-1-2021 03:02 PM
Aku je ke nmpak dia biasa je. Hiks
Quote Redmyvi 11-1-2021 03:03 PM
Comey lia nie.. Inshaallah lepas ni jumpa jodoh yg lebih baikk..
Quote kechikchomel 11-1-2021 03:13 PM
bluecrystal replied at 11-1-2021 01:58 PM
Kenal sebulan je ke ..aku ingat dulu dia ada boyfriend
.ke salah orang..apapun takziahlah..suka lia ...

kenal dekat setahun...lagi sebulan nak kawin, terpaksa cancel.
baru tau dia kawan baik dgn AJ

Lihat semua komen(71)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top