Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ika Nabella Hadiri Kelas Agama Bersama Neelofa, Kongsi Cara Doa Untuk Dapat Anak

11-1-2021 12:59 PM| Komen: 16

Pelakon manis yang sering berkongsi tentang perkembangan terbaharu anaknya di laman Instagram, iaitu Ika Nabella baru-baru ini telah menghadiri sebuah kelas agama yang dianjurkan oleh salah seorang selebriti terkenal, iaitu Neelofa dan Ustazah Noni.

Ceramah yang dihadiri oleh Ika itu dilihat membahaskan topik tentang “Anak & Harta adalah UJIAN” dan turut dihadiri oleh beberapa rakan artis yang lain seperti Wany Hasrita dan Amira Othman.

Kredit foto: IG

Mengakui terkesan dengan kelas yang dihadiri, Ika turut berkongsi apa yang dipelajarinya menerusi foto bersama Neelofa yang di muat naik di laman Instagram miliknya.

Hantaran yang di muat naik itu turut ditulis dengan kapsyen panjang dan membuka mata.


Menurut Ika, dia pernah berdoa mahu mempunyai zuriat sendiri akan tetapi, tiada apa yang berlaku kerana seolah-olah doanya ‘tidak cukup didengari’.

Mengambil langkah menukar cara berdoa dengan lebih jelas dan terperinci, Ika memberitahu bahawa beliau berdoa dan mengadu kepada Allah SWT, kenapa dirinya mahukan anak dan dengan izin Allah SWT, dikabulkan permintaannya itu.



Kesimpulan pada perkongsian Ika ini adalah, apabila berdoa, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh.

Kita tidak akan rugi dengan berdoa. Minta dengan jelas segala keinginan dan asbab kenapa kita mahukan sesuatu.

Semoga anda semua memperoleh manfaat daripada perkongsian Ika ini. -CARI

Sumber: Hot FM


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 16
Komen

Previous : Nora Danish Sedih Anak Minta Tidur Asing

Next       : Majlis Lagi Sebulan - Bakal Suami Lia Natalia Buat Hal, Tak Jadi Kahwin!

Komen Terbaru

Quote virgo19 23-1-2021 10:59 AM
Banyak benar thread yg berkaitan dgn lopa. Bodgos ni dah jadi bodlopa ke..

Lain-lain Komen

Quote pakwetizzaqyah 11-1-2021 01:09 PM
who are you two?
Quote EvieWanKenobi 11-1-2021 01:38 PM
retis lain yang share gambau #lofalove
masuk kelas agama..

bukan empunya badan..
Quote bintangct 11-1-2021 02:04 PM
EvieWanKenobi replied at 11-1-2021 01:38 PM
retis lain yang share gambau #lofalove
masuk kelas agama..


baguskan mo dia haha
Quote pakwetizzaqyah 11-1-2021 02:10 PM
ikan abella ni ikan akuarium ke?
Quote MadameOnion 11-1-2021 02:19 PM
aku kurang suka org humblebrag berdoa pasal nak zuriat n then dimakbulkan..pls faham org yg betul2 nak anak tapi still belum ada rezeki..unless kalau org tnya..ko jawab la..btw ika ni bukannya kawin lebih dari 10 tahun tak dikurniakan zuriat...normal la kawin 2-3 then baru dpt anak..
Quote apedehal 11-1-2021 02:39 PM
MadameOnion replied at 11-1-2021 02:19 PM
aku kurang suka org humblebrag berdoa pasal nak zuriat n then dimakbulkan..pls faham org yg betul2 n ...

Betul tu zis..
Mcm la org lain yg ttc tu x usaha & berdoa
Quote opie5662 11-1-2021 07:36 PM
Eh... X niqob dah ke.... Tinggal mulut je tutup lagi... Last2 terbang... Hahahaha
Quote Rob07 13-1-2021 01:46 AM
MadameOnion: aku kurang suka org humblebrag berdoa pasal nak zuriat n then dimakbulkan..pls faham org yg betul2 nak anak tapi still belum ada rezeki..unless kalau  ...
aku sokong, mak cik aku  13 tahun kawin baru dapat anak,  tu pun kena pakai ivf
Quote tapirbiru 13-1-2021 08:19 AM
eh dh bukak dahi ke cik lopa..bakpe gitu
Quote AuraAzzahra 13-1-2021 01:08 PM
Why her latest IG pun photoshoot mata 1 je?
Quote Nunie 14-1-2021 09:42 PM
Senduuuu..masing2 nk tumpang glamer masing2..
Quote fuyupoktek 14-1-2021 10:57 PM
Dah downgrade ek kengkawan org tu...
Quote Aneem 14-1-2021 11:28 PM
Lopak tgh bina pengaruh dgn artis suam kuku..
MOnya simple, open kelas usrah beramai2, biau penjilat puji bertakung2, lopak tak pilih bulu, bercampur gaul retis sendu utk kelas agama..
Selama ni who are yuss je kat retis tu..
24 jam bergelumang dgn kardashian kelate wannabe..
Hati aku dh hitam, payah nak bersangka baik.
Lopak yg buat aku jadi mcmni..
Puiii..
Quote mohdcrow 23-1-2021 01:23 AM
I tot nak bagi ceramah agama kena ada tauliah
Quote Kpoplovers 23-1-2021 10:54 AM
Alhamdulillah...
Quote virgo19 23-1-2021 10:59 AM
Banyak benar thread yg berkaitan dgn lopa. Bodgos ni dah jadi bodlopa ke..

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top