Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Intan Ladyana Kini Sudah Bergelar Penerbit Filem

11-1-2021 12:42 PM| Komen: 12

Pengalaman berbelas tahun sebagai pelakon dan hingga kini masih lagi aktif membintangi drama, diakui menjadi sandaran ilmu serta pengalaman berharga buat Intan Ladyana.

Bahkan, Intan, 39, dengan beraninya kini cekal hati menyahut cabaran mengorak langkah baharu sebagai penerbit dan juga pengarah filem.

Menubuhkan syarikat produksi dikenali Prisma Pictures Sdn Bhd pada 2018 lalu, Intan bakal menerbitkan filem seram berjudul Banglo Seksyen 12 yang diinspirasi daripada novel nukilan Hasrudi Jawawi.

Mengulas mengenai tanggungjawab baharunya itu, Intan berkata, sudah tiba masa dia mencuba cabang lain dalam kerjaya seni. Katanya sampai bila dia hendak terus dikenali sebagai pelakon sahaja.


Foto: IG

"Sebenarnya, sebelum ini ramai wartawan pernah tanya saya apakah impian yang mahu dicapai dalam kerjaya seni? Ketika itu, saya tak cakap apa pun kerana impian ini (jadi penerbit dan pengarah) belum dapat direalisasikan lagj.

"Ditambah, saya ini seorang yang tidak gemar bercakap atau berkongsi perkara yang tidak ada. Bagaimanapun, sekarang dengan perasaan teruja saya mengaku sudah sedia duduk di kerusi pengarah pula.

"Saya memang ada impian pun nak jadi penerbit dan pengarah selama ini. Cuma, tunggu masa sesuai dan juga rezeki. Alhamdulillah, sekarang adalah waktunya saya melakukan tanggungjawab ini berpandukan ilmu dan pengalaman lakonan yang dimiliki," katanya.

Menurut Intan, bagi memastikan filem arahannya itu berjaya dihasilkan dengan baik, dia turut mendapat kerjasama daripada rakannya, Dharma Nasution yang bertindak sebagai pengarah bersama.

Turut menjadi pelakon utama dalam filem Banglo Seksyen 12 itu, Intan berkata, dia memilih untuk terbitkan genre seram sebagai buah tangan pertama syarikat produksinya kerana pengalaman membintangi banyak karya berunsurkan cerita hantu.



"Kalau lihat kebanyakan filem lakonan saya selama ini, rata-rata ia adalah karya seram. Jadi, genre ini memang sesuai untuk saya pilih diterbitkan dan harapnya semoga proses penggambaran berjalan lancar.

"Untuk filem Banglo Seksyen 12 ini, saya memulakan penggambarannya pada 2 Januari lalu dan dijangka berakhir 16 Januari ini membabitkan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Kubu Baharu, Selangor.

"Bagi saya tempoh ini (dua minggu) cukup untuk penggambaran dibuat berikutan sekarang pun keadaan kurang baik dengan penularan pandemik Covid-19, belum reda lagi.



"Apapun, saya nekad mahu menyiapkannya kerana sudah lama tertangguh sejak tahun lalu. Ia berikutan, saya berpeluang menerbitkan filem Banglo Seksyen 12 ini pun selepas mendapat Dana Inkubator daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebanyak RM500,000," katanya.

Menurut Intan, dia tidak mahu terus menunggu lagi kerana sebagai penggiat seni kena terus bekerja untuk menjana pendapatan. Katanya, apa yang pasti sepanjang proses penggambaran mengikut norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, barisan pelakon lain filem Banglo Seksyen 12 ialah Mustaqim Bahadon, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah dan Windz Neom. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Previous : Busana Di ABPBH Dikutuk, Akhirnya Sissy Iman Dah Dapat Tajaan Baju

Next       : Nora Danish Sedih Anak Minta Tidur Asing

Komen Terbaru

Quote caramello 18-1-2021 05:46 AM
Btul nampak tua sgt bila kt tv..patut bwk watak mak2 vogue yg ada ank remaja dh..

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 11-1-2021 01:54 PM
First pic tu mcm nasha..
Quote dudaberhias 11-1-2021 01:58 PM
kenapa tak buat filem dengan bakal somi je... bakal somi sedap apa
filem2 seram ni entah la macam tak berapa best je nak tengok...
Quote pakwetizzaqyah 11-1-2021 02:08 PM
filem 10 tips dpt laki muda ke?
hahahahha
Quote MontanaHannah 11-1-2021 03:11 PM
Dajjei sungguh laaaaaaa


jealous sgt  tengok niiiiiiiiiiii

Quote MontanaHannah 11-1-2021 03:13 PM
walau perkahwinan ko mungkin bertahan 3 bulan ko tetaplah beruntung sebab bersuamikan lelaki super muda ..peduli haperrrrrrrrrrr kata umpat org ..
Quote Kurex 11-1-2021 03:15 PM
Banglo 12 tu agak sampah ceritanya
Quote mamajawie 11-1-2021 04:16 PM
pakwetizzaqyah replied at 11-1-2021 02:08 PM
filem 10 tips dpt laki muda ke?
hahahahha

hamboihhh tajuk citer..hahahahaha

Quote Mulotkoyak 11-1-2021 09:23 PM
Banglo 12 tu yg umh mona fendi tu ke???  Ke ak silap?  Dlu zaman uni kitorg rajin buat seekers smp benda tu ikut blik kolej yeeee
Quote teen_angelJB 11-1-2021 09:43 PM
Tetap nampak adik beradik
Quote Rob07 13-1-2021 01:51 AM
Lawa dia nih.. aku pernah jumpa dia byk kali  jugak, senyum jer tak sombong{:love
Quote whadda 18-1-2021 12:41 AM
Sesungguhnye dia nampak tua dalam citer bouginvillea tu.. nora danish pon sama.. nampak leher jatuh.. tapi dalam gambar masing2 filter 1000%

sebelum ni dia banyak berlakon citer seram ke?? Nape aku tak penah tengok pon.. rase macam banyak citer gangster tak semiak david teoh je dulu
Quote caramello 18-1-2021 05:46 AM
Btul nampak tua sgt bila kt tv..patut bwk watak mak2 vogue yg ada ank remaja dh..

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top