Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bayi Dua Bulan Diseret Kera, Cedera Digigit Sampai Nampak Usus

11-1-2021 12:28 PM Komen: 38
Bayi lelaki berusia dua bulan parah selepas digigit dan diseret kera sejauh satu meter dalam kejadian di rumahnya di Kampung Manggis, Sungai Puyu, kelmarin.

Dalam kejadian 2 petang itu, ibu bayi berkenaan ke dapur ke dapur untuk membuat susu sebelum mendengar tangisan kuat anaknya yang diletakkan di atas tilam di ruang tamu rumah.

Wanita itu kemudian berlari mendapatkan anaknya namun terkejut apabila melihat bayinya berada di atas lantai simen dengan berlumuran darah serta ternampak seekor kera jantan di hadapan pintu rumah.

Foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suami wanita itu yang berusia 27 tahun membuat laporan polis semalam.

"Dalam laporannya, suami wanita itu memberitahu baru pulang dari kedai dan terkejut melihat anaknya berlumuran darah dengan terdapat kesan gigitan di pipi kanan, belakang kepala dan perut sehingga nampak usus.

"Dia kemudian bergegas membawa anaknya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Bayi lelaki itu selamat menjalani pembedahan kecil bagi mencantumkan kulit perut yang koyak semalam dan kini perlu menerima rawatan lanjut di wad kanak-kanak selama dua minggu sebelum dibenarkan keluar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya dimaklumkan bayi itu berada seorang diri di ruang tamu dan hanya memakai baju dan lampin pakai buang, sementara, ibunya di dapur dan bapanya ke kedai bersama adik.

"Pintu rumah berkenaan berkunci, manakala tingkap juga tidak dibuka, namun dipercayai kera terbabit masuk dengan menggoyangkan pintu sehingga kunci jenis selak terbuka," katanya.

Menurut, siasatan juga mendapati ia serangan pertama kera liar yang mendatangkan kecederaan kepada manusia, yang mana sebelum ini ia hanya mengganggu dan membuat kacau dalam dapur rumah penduduk.

Beliau berkata laporan kejadian itu dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menangkap haiwan berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote pichee 12-1-2021 11:13 AM
Kera ni cerdik..

Dorg tau klu kita letak racun dlm makanan tu.. n ltk atas meja...die x mkn..tp makanan dlm fridge habis die selongkar...

Lain-lain Komen

Quote ClassicMeow 11-1-2021 12:38 PM
Ya Allah.. kesian nya. Ngeri bila terbayang. Semoga cepat sembuh baby..
Quote msel 11-1-2021 12:38 PM
Ya Allah kesiannya baby. Mesti sakit sangat2. Semoga cepat sembuh. Kena pakai mangga pintu dan tingkap tu.
Quote chinta89 11-1-2021 12:41 PM
Sedihnya eiiiiii geram aku kat binatang ni
Quote Artemesiaa 11-1-2021 12:42 PM
Mengerikan moga pihak perhilitan boleh membantu memberkas si kera pindahkan jauh dari kawasan penempatan penduduk
Quote rospinki 11-1-2021 12:42 PM
tembak je monyet tu
populasi dia tak memberi faedah.
Quote Dovahkiin 11-1-2021 12:43 PM
Hutan makin kurang, makanan makin kurang, it's obvious what's next.
Quote dua_chzy 11-1-2021 12:47 PM
Monyet/kera memang jahat. Akak paling takut deols sebab masa derjah 1 dulu pernah kena terkam nyet peliharaan orang. Padehal akak bukan buat hapa cuma jalan laju2 depan heshe saja pun kerana takut tetiba diterkamnya aiols. Tapi aiols bias dengan hanjeng kerana dah beberapa kali digigit pun ai still hada soft spotie kat anjen.
Quote tipuware 11-1-2021 12:49 PM
mmg monyet kalau nampak baby 2-3 bulan, dia rasa kaum dia. aku pernah gi zoo dlu, bawa anak dalam stroller, lalu kat snagkar monyet, terus me ggila monyet2 kat situ bising.
Quote kelapaparut 11-1-2021 12:53 PM
iols xsuke anjing liar, kera dan angsa..dan jugak ular dan babi hutan
Quote any42 11-1-2021 01:02 PM
Kesiannya baby. semoga cpt smbuh ye syg
Quote Supersirap 11-1-2021 01:16 PM
ya ampun, kasihannya bayi tersebut, rasanya sudah boleh letak jaring pada tingkap bagi mengelakkan kera itu masuk semula
Quote rosmahisham 11-1-2021 01:36 PM
X larat hidup perumahan ada monyet..yg tua2 tu jahat..iols pnh cari rmh konon nk atas bukit nk dkt2 hutan ,acah2 nk privacy sekali  ada monyet pulak..iols pernah npk monyet larikn pampers ank jiran belakang rmh..pnh npk dia msuk ikut tingkap laluan udara kt toilet curik berus gigi..npk mmg comel..tp lama2 mmg naik angin..iols tnm longan ping pong yg dh siap berputik, eh hari2 derang dtg mencurik..lama2 redho je lah..skrg ni dh x de hutan dh jd rmh lg mhl kawasan tu..x tau mana g monyet tu ..mgkin dh pindah kt hutan seberang jln besar kot
Quote Megikari 11-1-2021 02:49 PM
Binatang ni memang tak takut manusia. Lagi kita sergah2 nak halau, lagi dia tunjuk ganas. Iols masa study kat um dulu selalu sangat geng monyet/kera ni masuk hostel. Selamba je kejar orang, rembat kain baju kat ampai, curi makanan.
Quote batmana 11-1-2021 03:00 PM
Kera ngn wanita,bdk2 dia berani..klu ngn laki tubuh bsr dia takut sket
Quote cmf_premierleag 11-1-2021 03:09 PM
celaka punya kera
kalo hadap sgt nk kokak perut baby ke, pegi la kokak perut menteri dan politicians lahanat kat luar sana tu..dh dpt menteri,lps tu ko kokaklah puas2 smpi nmpk hempedu skalipun
kesian baby
Quote Kurex 11-1-2021 03:17 PM
Anak buah iols pernah kena tarik dgn kera. Nasib baik dapat tarik balik..
Quote Aliaskotonggo 11-1-2021 03:49 PM
aku harap polis dapat segera mengesan dan menangkap si kera bangsat tu
Quote swateng1 11-1-2021 03:54 PM
tips nak halau kera, beli patung harimau yang besar tu. letak kat depan rumah. kat kampung i ols buat macam tu sebab banyak sgt kera2 kat hutan ni mai dok rosakkan pokok2 buah2an n sayur2.. gerammm ja.
Quote damsel_fiji 11-1-2021 04:02 PM
Kat kampung  aku byk kumpulan kera nih.. kekadang perasan tgk kera2 yg besar ni.. kera kecik masih ala2 baby pun dia gi sontot.. keji betul

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top