CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Finalis AJL35 Kena 'Sign' Surat Perjanjian Elak Insiden Kontroversi Berulang

11-1-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6300| Komen: 38

Description: Enggan insiden yang 'mencemari' penganjuran Anugerah Juara Lagu edisi tahun lalu berulang, pihak produksi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan setiap fina ...
Enggan insiden yang 'mencemari' penganjuran Anugerah Juara Lagu edisi tahun lalu berulang, pihak produksi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan setiap finalis AJL35 menandantanggani satu surat perjanjian.


Menurut Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid, langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan kesemua finalis memahami dan mengikuti segala garis panduan ditetapkan produksi.

"Untuk penganjuran kali ini, pihak kami mengambil langkah berjaga-jaga yang mana kesemua 12 finalis akan diminta menandatanggani surat perjanjian yang mana memberikan garis panduan untuk persembahan mereka nanti.

"Surat yang dibuat pasukan legal (guaman) TV3 itu bagi memastikan setiap penyanyi yang bertanding tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat mereka untuk persembahan pada malam itu nanti.

"Elemen yang tidak boleh ditunjukkan dalam persembahan mereka antaranya seperti isu politik, keganasan serta pakaian yang digayakan juga tidak boleh terlalu seksi dan menghairahkan," katanya kepada mStar.


Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid.

Kredit foto: mStar

Nurhul Huda juga menambah, penyanyi yang bertanding perlu menunjukkan persembahan penuh mereka dalam sesi latihan raptai dan tidak boleh melakukan sebarang kejutan yang tidak diketahui pihak produksi.

"Macam tahun lalu, pihak kami memang tidak tahu akan ada elemen kejutan dan gimik seperti yang dibuat oleh sebuah kumpulan. Memang mereka tidak tunjukkan elemen tersebut pada sesi raptai penuh.

"Jadi untuk tahun ini, finalis yang bertanding perlu menunjukkan kesemua elemen yang akan dimasukkan dalam persembahan mereka agar tidak akan mencetuskan kontroversi seperti tahun lalu," ujarnya.

Tahun lalu, persembahan Drama Band menerusi lagu Drama mencetuskan kontroversi apabila konsep yang diketengahkan mereka, cynical parody dengan menggunakan pelbagai karakter figura terkenal menerima kecaman hebat netizen.



Selain itu, penampilan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah juga menerima kritikan apabila busananya pada malam itu disifatkan seolah-olah memberikan gambaran bunuh diri.

AJL35 yang bakal berlangsung pada 7 Februari ini akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, pukul 9 malam. Ia akan disiarkan menerusi TV3.


Sumber: mStar

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 11-1-2021 10:39 AM
Tetap takde lagi prestij anugerah ni.
Quote mawardia 11-1-2021 10:41 AM
Bagus tivitiga!
Quote mamajawie 11-1-2021 10:47 AM
muka kak kek lumut ijo ni cam muka mamasawan mak retis bermuka senduk je..
Quote nazzse 11-1-2021 11:17 AM
mamajawie replied at 11-1-2021 02:47 AM
muka kak kek lumut ijo ni cam muka mamasawan mak retis bermuka senduk je..

Mcm muka mak sivkeknis fake
Quote mamajawie 11-1-2021 11:22 AM
nazzse replied at 11-1-2021 11:17 AM
Mcm muka mak sivkeknis fake

tu la pasey..iollss ingat tadi mamasawan tadi..
Quote helicornia 11-1-2021 11:22 AM
sendu...
aku tunggu keluar result je la
koser nk tengok
Quote Cpkay 11-1-2021 11:32 AM
kan ada reheasal selalunya.. takkan waktu reheasal tak tau camne konsep persembahan depa ?
Quote AshKetchum 11-1-2021 11:53 AM
borong kek lumut tak kena sign surat perjanjian bagai ke?
Quote Orix 11-1-2021 11:55 AM
kowserrr lahh... iols kalo tgok AJL pun sekadar nk tgok persembahan jah... keputusan juri AJL soooo tak relevan...
Quote AshKetchum 11-1-2021 11:58 AM
kalo masa rehearsal si chipmunk nyanyi hauk tetibah malam final nyanyi sedap tu kira kejutan tak? so kalo tak boleh kejutan maknanya heshe kena nyanyi hauk la malam final tu nanti gituh?
Quote salmon-suki 11-1-2021 12:00 PM
Bertanding pn sia2 jelaa kalau top3 dah ada pemenangnyaa..cuma bertanding utk vokal ngn persembahan sajork..~{:nose
Quote Kurex 11-1-2021 12:01 PM
Dulu prestige... Skrg ni macam lebih kepada pprt.. tutupppp tv
Quote haruslah 11-1-2021 12:01 PM
AJhaeL plg x best kot kali ni
Sbb dah tau sape top3
Quote She-Ra 11-1-2021 12:42 PM
AJL dh lama hilang aura kot
mlm td dorg buat program apa ntah, takde perasaan nak tgk.. entah kenapa.. ampunnnnn
Quote imanjannah 11-1-2021 01:00 PM
ooo ini ke rupa muka kek lumut
Quote rayray28 11-1-2021 01:03 PM
mamajawie replied at 11-1-2021 10:47 AM
muka kak kek lumut ijo ni cam muka mamasawan mak retis bermuka senduk je..

oh laaa dia rupanya tomey kek lumut tu...alahaii igtkan juri tokeynya..salah pahaman sis selama ni
Quote rayray28 11-1-2021 01:04 PM
Cpkay replied at 11-1-2021 11:32 AM
kan ada reheasal selalunya.. takkan waktu reheasal tak tau camne konsep persembahan depa ?

yg band tu katanya masa rehearsal lain..mse final br kuar lain
Quote lotionmilo 11-1-2021 01:05 PM
K.                  
Quote edoraixora 11-1-2021 03:28 PM
Awat tak sebut nama tokti sekali....masa lagu anta permana tu

Lihat semua komen(38)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.100175 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top