Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Awie Sedang Berusaha Jadikan 10 Tips Tipu Bini Awie Sebagai Filem Box Office

11-1-2021 08:58 AM| Komen: 13

Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie mengakui lega apabila filem terbitannya 10 Tips Tipu Bini yang ditayangkan menerusi Astro First mendapat sambutan positif penonton.

Awie, 52, berkata, dia gembira filem yang mula ditayangkan sejak 7 Januari lalu itu berada pada kedudukan teratas senarai filem Astro First setakat ini.


Foto: Harian Metro

"Alhamdulillah, filem ini berada di kedudukan pertama dalam senarai filem Top 5 di Astro First.

"Harapannya mestilah saya mahu filem ini meletup dan bagi satu hasil yang baik.

"Dalam masa sama saya masih berusaha untuk menjadikan ia filem box office Astro. InsyaAllah," katanya kepada Harian Metro.



Awie yang dikenali menerusi filem Sembilu menerbitkan filem sulung ini menerusi syarikatnya, Rumah Produksi Merah.

Filem genre komedi hasil skrip tulisan Armada AI Haq arahan Azizi 'Chunk' Adnan ini menampilkan pelakon Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Elizabeth Tan, Jehan Miskin, Vicha, Nasir Bilal Khan dan Awie sendiri.

Setakat ini rekod box office dipegang oleh filem Mael Totey The Movie  dengan kutipan paling tinggi RM6.4 juta di Astro First sekali gus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang filem Syif Malam Raya.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Previous : K Drama Angkat Kimchi, Ramen, Kenapa Kita Asyik Roti Bakar Dan Jus Oren Je?

Next       : Segala Jenis Jenayah Dihalalkan, Ada Apa Dengan Siri Filem ‘The Purge’?

Komen Terbaru

Quote sismarkonah 26-1-2021 05:36 PM
sis dah tengok, so far pada sis, kalau tgh bosan best la layan tapi kalau mood korang tgh nan hado ko pulak dok bergasak laki bini, tak yah tgk sebab nanti rasa nak mencarut je tgk peel laki-laki pertengahan usia tak sedor diri. movie ni senang citer boleh la layan buat berdekah nak ringan-ringan kepala macam mail totey tu.

so kalau nak dibanding dengan mail totey? sama level je pun, cuma pada sis jujurnya lagi best 10TTB ni dari Mail Totey la, ini just pendapat sis la ye.

sebab cerita melayu ni ranking paling bawah dalam list utk sis layan melainkan naskah tu ada elemen yang best dan boleh difikirkan cth macam filem one two jaga, Malay Regiment, merong mahawangsa (walaupun ada propnya aku nak tergelak) dan lain-lain yang 'berbaloi' untuk dilayan.

cuma aku rengsa betul asik la nak bg salam dalam tandas, dah kenapa tok wie oi, tak de org tegur ke makruh?

pehh rajin pulak aku menulis panjang-panjang ptg2 ni

Lain-lain Komen

Quote zaraaqilah 11-1-2021 09:14 AM
Baru jer godek2 ASTRO First semlm...x nampak pulak citer nih....
Quote dudaberhias 11-1-2021 09:19 AM
Tak tahu pulak kewujudan filem ni? ke iols duduk di alam lain?
Quote husna_amal 11-1-2021 09:27 AM
gud luck lah ya awie.
Quote manehnya 11-1-2021 11:11 AM
Sori x best

Rugi rm15

Tgk citer maid Mikel ang lg thrill kot
Quote manehnya 11-1-2021 11:12 AM
dudaberhias replied at 11-1-2021 09:19 AM
Tak tahu pulak kewujudan filem ni?  ke iols duduk di alam lain?

Kena beli
Rm15
Quote missHaidiD 11-1-2021 12:04 PM
Tak koser nk tgk.  Mesti cite taraf DT
Quote saviour_09 11-1-2021 03:51 PM
tbh SUMPAH TAK BEST LANGSUNG

termakan racunan anak aku nak tengok sgt konon nye

last2 ambik ko, nan hadooo

jangan la bazir duit beli

tunggu je donlod kat mana2 nnt
Quote rogayahtop 14-1-2021 12:34 AM
Tak best nape sis reviu la sikit. Br cadang nak tgk weekend ni dkg umah MIL. Support awie gitu psl awie ni comel je orgnya
Quote nanies 16-1-2021 10:56 AM
dah merepek2 da citer sekarang...
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2021 05:37 PM
citer sampahhg apa pulakk ni?
Quote teen_angelJB 23-1-2021 11:31 AM
Edited by teen_angelJB at 23-1-2021 11:33 AM

Yesterday sgt weiii cite ni..
Kisah bini x hormat laki,laki sibuk Cari pompuan lawa ..dasarrre..kosers
W.pun it's reality in life..please la make film yg mmg orang kite selalu buat .bnda yg normal typical malay men..gatal,tkt bini..mmg jantan malaysia even worldwide jantan mmg gini perangainye
Kan ke yesterday namanye tu..
Buat la cerita yg educate manusia buat amal jariah..petik la mana2 kisah nabi..atlease terkesan sikit kat Hati manusia nak berubah jadi baik..
Uolss...kiamat is around the corner..azab Allah is everywhere..buat la amal w.pun sebesar zarah pun

Eh....mode setezah me is on sebb me to azab Allah...huhu
Quote Carcosa 26-1-2021 08:35 AM
saviour_09: tbh SUMPAH TAK BEST LANGSUNGtermakan racunan anak aku nak tengok sgt konon nyelast2 ambik ko, nan hadooojangan la bazir duit belitunggu je donlod kat  ...



I love your honesty sis
Quote sismarkonah 26-1-2021 05:36 PM
sis dah tengok, so far pada sis, kalau tgh bosan best la layan tapi kalau mood korang tgh nan hado ko pulak dok bergasak laki bini, tak yah tgk sebab nanti rasa nak mencarut je tgk peel laki-laki pertengahan usia tak sedor diri. movie ni senang citer boleh la layan buat berdekah nak ringan-ringan kepala macam mail totey tu.

so kalau nak dibanding dengan mail totey? sama level je pun, cuma pada sis jujurnya lagi best 10TTB ni dari Mail Totey la, ini just pendapat sis la ye.

sebab cerita melayu ni ranking paling bawah dalam list utk sis layan melainkan naskah tu ada elemen yang best dan boleh difikirkan cth macam filem one two jaga, Malay Regiment, merong mahawangsa (walaupun ada propnya aku nak tergelak) dan lain-lain yang 'berbaloi' untuk dilayan.

cuma aku rengsa betul asik la nak bg salam dalam tandas, dah kenapa tok wie oi, tak de org tegur ke makruh?

pehh rajin pulak aku menulis panjang-panjang ptg2 ni

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top