Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dibunuh Hanya Kerana Enggan Kahwin Dengan Sepupu Sendiri

11-1-2021 08:49 AM Komen: 10
Enggan menikahi sepupunya menyebabkan seorang wanita di Kirsehir, tengah Turki dibunuh keluarganya pada malam tahun baharu lalu.

Vilda Ince, 24, sebelum itu didesak keluarga untuk menikahi sepupunya namun dia menolak permintaan berkenaan.

Malah, teman lelakinya yang dikenali sebagai Osman Celik, 25, turut dibunuh oleh keluarga mereka.

Menerusi portal The Sun, pasangan itu dikatakan menghilangkan diri sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan keluarga mangsa terpaksa mencarinya.


Pasangan berkenaan, Foto: Agensi

Namun, pada malam tahun baharu, pasangan itu dikesan muncul di satu pesta di Kirsehir dan ia diketahui keluarga wanita itu.

Keluarga wanita terbabit kemudian menjemput mereka ke rumah dengan alasan untuk 'berdamai'.

Pada akhirnya, Vilda dan Osman terlihat muncul dalam sebuah pesta Malam Tahun Baru di Kirsehir, wilayah tengah Turki .

Tanpa sebarang curiga, pasangan itu kemudian pergi ke rumah yang dimaksudkan ahli keluarganya untuk berbincang.

Sebaik tiba, mangsa dibawa ke bilik mandi sebelum mereka dibunuh ahli keluarga.

Mayat kedua-duanya kemudian dibawa ke sebuah kawasan di kampung berkenaan dan ditanam di situ.

Kejadian hanya disedari selepas ahli keluarga lelaki terbabit gagal menghubunginya sebelum memaklumkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Keluarga wanita itu ditahan kerana siasatan lanjut mendapati mereka terbabit dalam kejadian berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Aikiko 12-1-2021 03:12 AM
Leh tahan orang2 turks ni ye

Lain-lain Komen

Quote Megikari 11-1-2021 08:26 AM
Huishh.. 1 family saiko. Dah macam filem pulak
Quote batu kikir 11-1-2021 08:43 AM
Kenapa kebanyakkan Muslim je yg ada perangai barbarian mcm ni?
Quote aikee04 11-1-2021 08:49 AM
batu kikir replied at 11-1-2021 08:43 AM
Kenapa kebanyakkan Muslim je yg ada perangai barbarian mcm ni?

...bacalah berita dari sumber lain jugak
Quote CARI-MRO 11-1-2021 08:49 AM
Enggan menikahi sepupunya menyebabkan seorang wanita di Kirsehir, tengah Turki dibunuh keluarganya pada malam tahun baharu lalu.


Vilda Ince, 24, sebelum itu didesak keluarga untuk menikahi sepupunya namun dia menolak permintaan berkenaan.


Malah, teman lelakinya yang dikenali sebagai Osman Celik, 25, turut dibunuh oleh keluarga mereka.


Menerusi portal The Sun, pasangan itu dikatakan menghilangkan diri sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan keluarga mangsa terpaksa mencarinya.




Pasangan berkenaan, Foto: Agensi




Namun, pada malam tahun baharu, pasangan itu dikesan muncul di satu pesta di Kirsehir dan ia diketahui keluarga wanita itu.


Keluarga wanita terbabit kemudian menjemput mereka ke rumah dengan alasan untuk 'berdamai'.


Pada akhirnya, Vilda dan Osman terlihat muncul dalam sebuah pesta Malam Tahun Baru di Kirsehir, wilayah tengah Turki .


Tanpa sebarang curiga, pasangan itu kemudian pergi ke rumah yang dimaksudkan ahli keluarganya untuk berbincang.


Sebaik tiba, mangsa dibawa ke bilik mandi sebelum mereka dibunuh ahli keluarga.


Mayat kedua-duanya kemudian dibawa ke sebuah kawasan di kampung berkenaan dan ditanam di situ.


Kejadian hanya disedari selepas ahli keluarga lelaki terbabit gagal menghubunginya sebelum memaklumkan kepada polis untuk siasatan lanjut.


Keluarga wanita itu ditahan kerana siasatan lanjut mendapati mereka terbabit dalam kejadian berkenaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote najib888 11-1-2021 09:15 AM
Kesian Osmam celik.. innalillah..
Quote matbad 11-1-2021 09:25 AM
Cinta terhalang yg dasyat ni
Quote Adrif 11-1-2021 10:58 AM
dah macam movie
Quote any42 11-1-2021 01:08 PM
sanggup bunuh fmly sndri hnya sbb xnk kawen saudara. kegilaan apekah ni
Quote Artemesiaa 11-1-2021 01:15 PM
Kejamnya perbuatan
Quote Aikiko 12-1-2021 03:12 AM
Leh tahan orang2 turks ni ye

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top