Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Wanita Tekad Tak Beli Baju Baru Lepas Sahut Cabaran Pakaian Sama 100 Hari

9-1-2021 03:01 PM Komen: 16
Kebanyakan wanita akan mengahabiskan beratus ringgit untuk membeli pakaian baru setiap bulan. 

Apa tidaknya, budaya OOTD adalah salah satu tarikan di media sosial di mana masing-masing ingin beraksi seperti model dengan gaya tersendiri.

Namun, lain pula bagi seorang wanita ini yang memutuskan untuk memakai pakaian sama selama 100 hari dalam satu cabaran tanpa fesyen.


Kredit foto: IG Sarah

Sarah Robbins-Cole memakai sehelai dress Rowena berwarna hitam miliknya yang sama selama 100 hari berturut-turut dan cabaran itu membuatkan dia tekad untuk tidak membeli baju baru lagi.

Dia memakai pakaian itu untuk kerja, ketika keluar bersiar-siar, apabila bersantai di ruang tamu, malah pada hari Krismas juga.

Wanita berusia 52 itu memutuskan untuk menyertai cabaran tersebut dalam usaha untuk menyelamatkan planet.

Dalam cabaran itu, peserta dibenarkan membasuh dan mengeringkan pakaian ketika waktu tidur, tetapi dalam waktu mereka berjaga, mereka perlu memakai pakaian yang dipilih untuk dipakai selama 100 hari.





Sesiapa yang dapat mengahabiskan cabaran tersebut memenangi baucar bernilai $100, untuk membeli pakaian baru.

Menyertai cabaran berkenaan membuat Sarah mengubah cara dia berbelanja dan tentu sekali mengurangkan pakaian yang perlu dicuci.




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-1-2021 04:00 PM
Ok ke asal pandai mix n match pakai pulak basic hitam boleh masuk dengan macam2 jenis pakaian lain tampa masaalah

Lain-lain Komen

Quote Supersirap 9-1-2021 03:16 PM
Banyak yang boleh jimat, tahniah diucapkan
Quote husie91 9-1-2021 03:40 PM
Cantiknya dia for perempuan berumur 50s.. aging gracefully... {:shy
Quote farhana008 9-1-2021 03:43 PM
Masih cantik walau sudah 50 an
Quote mieymiey 9-1-2021 03:58 PM
Cantik orangnya. Pakai la baju yang sama pun, tetap cantik.
Quote pxlbb 9-1-2021 04:25 PM
baik mengaku semua hoarders sekalian, baju chuols yang penuh kondo tu pun cuma 4-5 helai je yang chuols belasah kan yang lain-lain nak pakai tak mahu dibuang sayang... kan kann kannnn
Quote jasmeen 9-1-2021 04:37 PM
for a 50 year old,she got classssss
Quote jasmeen 9-1-2021 04:38 PM
and then,her house danggggggg
Quote missus_meow 9-1-2021 05:58 PM
jasmeen replied at 9-1-2021 04:38 PM
and then,her house danggggggg

yup, her house is nice too ...
Quote Kurex 9-1-2021 08:25 PM
Taknak buat cabaran pakai spender sama 100 hari tanpa basuh ke
Quote kay781 9-1-2021 08:43 PM
Cantiknya umur 50 an pun.

Untuk tak ot, aku lama dah tahan diri dari beli pakaian baru. Tak la pakai baju sama tiap hari tapi dalam 2 minggu tu dapat la rotate baju lain-lain.

Tudung je aku lenjan sampai berbulu sebab tak payah gosok, dan boleh disuaikan dengan kebanyakan baju
Quote mamajawie 10-1-2021 12:04 AM
Muka nmpak muda, ingatkan late 30s rupanya da early 50s..harap muka iollss nmpak muda time tua nanti..huhu{:childlike
Quote diss69 10-1-2021 07:16 AM
pxlbb replied at 9-1-2021 04:25 PM
baik mengaku semua hoarders sekalian, baju chuols yang penuh kondo tu pun cuma 4-5 helai je yang chu ...

Betul betul betul..
Quote depresio 10-1-2021 09:59 PM
Cantiknya dia
Quote Cpkay 11-1-2021 11:46 AM
reput baju tu kalau guna dryer hari hari ..
Quote lattehazelnut 11-1-2021 12:09 PM
Habis tu dia basuh baju tu hari2 n guna dryer, mcm xsave environment pun kan..
Quote Artemesiaa 11-1-2021 04:00 PM
Ok ke asal pandai mix n match pakai pulak basic hitam boleh masuk dengan macam2 jenis pakaian lain tampa masaalah

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top