Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Kamu Tak Boleh Tipu Sebab Kalau Tiada Makna, Kenapa Gantung Gambar Komunis?'

8-1-2021 12:38 PM Komen: 52
Malaysia mempunyai sejarah hitam dengan perjuangan menentang Komunis yang menjajah Tanah Melayu, untuk itu menjadikan alasan hiasan dalaman sesebuah premis berunsur Komunis sebagai ‘humor’ adalah alasan tidak munasabah.

Ahli Sejarah Negara, Profesor Dato’ Dr. Ramlah Adam berkata, masyarakat pada hari ini sudah cukup bijak untuk menilai maksud tersirat di sebalik tindakan penggunaan ‘wallpaper‘ berunsur Komunis di beberapa premis restoran yang tular di media sosial baru-baru ini.



“Ini negara Malaysia, sepatutnya pemimpin Malaysia yang ditonjolkan, disokong dan disayang. Contohnya, mendiang Tun Dato’ Sir Tan Cheng Lock serta pemimpin-pemimpin Cina yang mempunyai peranan dalam membangunkan negara, ekonomi dan kemerdekaan kita.

“Itu baru kita tahu kamu seorang warganegara, bukan masukkan gambar orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan Malaysia. Jadi memanglah salah,” katanya yang dihubungi Harakahdaily bagi mengulas isu tular yang sedang hangat diperkatakan pada minggu ini.

Ujarnya lagi, sekiranya pemilik premis mendakwa bahawa penggunaan konsep hiasan restoran terbabit tidak mempunyai maksud tersirat, ia adalah satu pembohongan yang nyata.

“Bagi saya, kamu tidak boleh menipu orang, sebab kalau tiada makna, kenapa kamu tunjukkan? Macam kita juga, kalau kita tidak suka sesuatu, buat apa kita tayang, bukan?” tambah Profesor Ramlah.

Baru-baru ini dua buah restoran yang terletak di Juru dan Pulau Tikus di Pulau Pinang disiasat polis selepas pemiliknya menggunakan karikatur pemimpin Komunis dan elemen berunsur Komunis sebagai hiasan di restorannya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, polis telah membuka kertas siasatan untuk kedua-dua kes terbabit setelah menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

Sementara itu di Jonker Walk, Melaka, polis turut merampas gambar 18 pemimpin parti Komunis China yang menjadi hiasan dalaman sebuah premis perniagaan manakala pemilik premis itu yang turut ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketiga-tiga kes ini disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Dalam pada, Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad berkata, tindakan pantas polis adalah tepat dan wajar.

Malah, isu ini katanya tidak membabitkan hubungan antara China dan Malaysia memandangkan kedua-dua negara saling menghormati.

“Ia satu lambang tidak sensitif apabila seolah-olah cuba menentang undang-undang negara dengan memaparkan unsur-unsur Komunis di premis mereka,” kata Kamaruzaman. 


Sumber: HARAKAHDAILY

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 52
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Bell 11-1-2021 10:44 AM
Kpd yg sokong sgt tokey restoran tu, ini sebenarnya langkah pertama. Kalau biarkan maka byk lagi lagi premise perniagaan akan follow. Slowly idelogy komunis diterapkan. Sama la mcm tanda jln tulisan cina. Diorg start dulu kat area cina. Bila takde action, diorg akan tambah. Last2 semua akan ada tulisan cina. Sultan Selangor ambik tindakan yg tepat.

Lain-lain Komen

Quote rospinki 8-1-2021 12:43 PM
mereka ni memang pakar membuat sesuatu dalam tersembunyi..lorong bawah tanah dimana mereka menjadikan markas bawah tanah seperti satu pusat yg serba lengkap utk memastikan pergerakan komunism terus aktif. skrg yg nmpk tu hnya sekelumit saja..yg tersembunyi bgimana?

aku perasan..skrg lagi kuat pahaman komunis dlm diam, cuma kita harus hati2 jgn leka wahai anak bangsa. makan sedap2 hidup selesa nti jadi lembik senang senang kena pijak nanti.

Quote ChildrenOfBodom 8-1-2021 12:44 PM
awat tak boh gambaq ebit lew?
Quote dudaberhias 8-1-2021 12:55 PM
kenapa tak bubuh gambar tokoh confucian je?
why idolakan mao zedong yang entah haperrr dia punya jasa pada dunia ni... bukan ke dia dah membunuh berapa puluh ribu orang dah?
Quote c===8 8-1-2021 12:57 PM
Ntah...buh la fong sai yuk ke wong fei hung ke stephen chow ke ng man tat ke
Quote Meiizu 8-1-2021 01:02 PM
ye betul ..saya sokong
haaa toksah duk menipu
apa motippp?
bukan murah nak wallpaper, tetiber sesajerr nak buat deco berkonsep gittu
bangsa ni memang suka play victim
dah pi balik sana
Quote Manjahati 8-1-2021 01:53 PM
Jangan kasi muka
Quote sharlenetexas 8-1-2021 02:00 PM




Quote najib888 8-1-2021 02:03 PM
Bila baca sejarah negara China, rasa kesian.. sejarah panjang Maharaja dan Maharani yg gah beribu-ribu tahun ranap hanya kerana Komunis..
Dan aku tak nafikan, peranan Barat pun salah satu punca jatuhnya empayar/ dinasti China yg begitu gah dalam sejarah dulu..

Pegawai2 terbelenggu dgn perangkap candu..rasuah..

Negara yg gah boleh runtuh hanya kerana dadah, rasuah..buat aku terpikir jap..taiko2 dadah dan pemberi rasuah terbanyak di Malaysia ni sapa ye..jadinya, depa belajaq dari sejarah kejatuhan kerajaan leluhur junjungan ...
Quote djzara81 8-1-2021 02:55 PM
Gini deh..mcm aku dulu minat David Backham sbb hensem, aku tampal poster dia kt dinding. Mana2 artis aku minat aku tmpl poster waima keratan akhbar kt dinding bilik. Why? Sbb minat giler. Logik la skit,,takkan ko suka2 tampal sesuatu without any reason??
Quote dizekni 8-1-2021 02:59 PM
Sepatutnya gantung potret Agong atau Sultan

sebaliknya komunis luar negara pulak dipuja

sebab apa?

sebab derang tak tau apa2 pasal sejarah Tanah Melayu

tau2 derang dah ada kad pengenalan tanpa tahu sebab apa derang dapat kad pengenalan

jahanam
Quote tripleid 8-1-2021 03:51 PM
Edited by tripleid at 8-1-2021 03:59 PM

Kalo tun razak masih ada dia pun tepok dahi tgk betapa x masuk akalnya ummah takut dgn gamba katun presidin china..
yg bperang dgn askar mlaysia zaman komunih dulu tu rakyat Msia sendiri(melayu pun ada).. bukanya askar komunih china tu dtg serang negara ni pun.



Quote c===8 8-1-2021 03:55 PM
tonyok tetap akan rasa dia je betul, bila pihak berkuasa tak benarkan mula la kata mereka ditindas
Quote awanearisu 8-1-2021 03:57 PM
Kita suka kalau ada gambar selebriti. Bolehlah duduk-duduk sebelah wajah mereka untuk bergambar sambil minum secangkir kopi.
Quote dudaberhias 8-1-2021 03:58 PM
djzara81 replied at 8-1-2021 02:55 PM
Gini deh..mcm aku dulu minat David Backham sbb hensem, aku tampal poster dia kt dinding. Mana2 artis ...

kalau gambar mao zedong kecik je dan gambar tokoh2 leluhur lain tu pun ada sekali tu logik jugak la... ni besar gedabak dengan tulisan2 lagi entah2 rukun2 kominis tulisan2 tu...
Quote dizekni 8-1-2021 04:03 PM
tripleid replied at 8-1-2021 03:51 PM
Kalo tun razak masih ada dia pun tepok dahi tgk betapa x masuk akalnya ummah takut dgn gamba katun p ...

Kebodohan puak pro komunis hanya boleh diubat dengan belajar sejarah yang betul

bukan yang dispin cina komunis

ko sekolah sampai darjah berapa
Quote 3480 8-1-2021 04:31 PM
Tu aku ckp.. klu depa tampai poster guanjeng pon org bole trima lg..
Ni dh tampai poster kominis.. paham2 la apa tujuan.. xyah la barua2 dok pertahankan lg..
Ingat semua org bodo ka xleh phm
Quote djzara81 8-1-2021 04:35 PM
dudaberhias replied at 8-1-2021 03:58 PM
kalau gambar mao zedong kecik je dan gambar tokoh2 leluhur lain tu pun ada sekali tu logik jugak l ...

Kan kaka duda.. nape bini tokey tu x letak wallpaper Aaron Kwok Andy Lau Jackie Chan kerr.  
Quote brownstone 8-1-2021 04:37 PM
Iols ada tgk rancangan Amazing Race musim berapa ntah yg shoot di Vietnam, ada game dia kena susun poster propaganda komunis ...just a gameshow tau, nothing serious but itu dah offend para veteran tentera US...producer rancangan later buat apologies.

Amerika & Vietnam dah berbaik tapi ada line yg tak perlu di cross.

Same to us. War maybe over and we have full diplomatic relation with Chink, tapi itu tak bermakna we can accept Mao, biarpun sekadar gimik pemasaran.
Quote tripleid 8-1-2021 04:45 PM
dizekni replied at 8-1-2021 04:03 PM
Kebodohan puak pro komunis hanya boleh diubat dengan belajar sejarah yang betul

bukan yang disp ...

Owner restoren yg tepek poster tu rakyat prc.ko skolah x

Lihat semua komen(52)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top