Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lebih 1 juta Pek Mi Segera Dirampas Guna Logo Halal Tanpa Kebenaran

8-1-2021 12:38 AM Komen: 11



Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu telah menyita 1,128,872 pek mi segera dianggarkan RM1.49 juta menerusi Ops Halal dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan itu hasil maklumat dan risikan pihaknya sejak sebulan lalu terhadap penggunaan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) oleh syarikat berkenaan walaupun telah dibatalkan sejak Oktober tahun lalu.

Katanya, penarikan sijil halal itu berikutan kegagalan dalam mematuhi standard pemegang sijil halal seperti ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ini termasuk premis kotor dan bahan mentah yang diletakkan di atas lantai kilang.

Wakil syarikat memaklumkan telah membuat permohonan rayuan namun ditolak JAIS susulan gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap teguran yang dibuat pihak JAIS, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zikril, pihaknya turut menemui sejumlah 258 gulung, 2,696,00 unit plastik pembungkus dan hampir 42,000 unit kotak pembungkus yang menggunakan logo halal yang telah dibatalkan penggunaan oleh JAIS.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 kerana membekalkan atau menawarkan makanan dengan membuat sebarang representasi bagi memperdayakan orang Islam bahawa makanan itu boleh dimakan.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5 juta dan bagi kesalahan berikut, denda tidak lebih RM10 juta untuk perbadanan, ujarnya.

Jelas beliau, kes turut disiasat mengikut Peraturan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 




Sumber -K!ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 8-1-2021 07:51 PM
umumlaaaa jenama

tapi kalau bukan maggi ke ape okaylah , sebab i tak makan brand  lain yg selain i nampak kat shelves  aeon2 ....kalau TESCO Uk ade vegetraian okaylah

Lain-lain Komen

Quote kakikuDibibirmu 8-1-2021 12:40 AM
Quote chinta89 8-1-2021 01:04 AM
Brand ape {:laugh
Quote Mopiko 8-1-2021 02:54 AM
ntah berapa banyak benda tak halal masuk badan kita.hari tu daging dah 40 tahun.sial lah siapa terlibat harap neraka paling dasar lah korang
Quote pyropura 8-1-2021 03:00 AM
Mopiko replied at 8-1-2021 02:54 AM
ntah berapa banyak benda tak halal masuk badan kita.hari tu daging dah 40 tahun.sial lah siapa terli ...

Isu daging tu kan lori Isuzu je yg haram sebab tepek logo halal tak sah. Status halal daging tu bergantung keyakinan, kalu fully yakin, halal lah itu. Tu Menteri Agama gomen Melayu Islam yg.cakap gitu yer.
Quote matbad 8-1-2021 03:01 AM
Kes tu skrg ni prangai manusia pelik2 termasuk aku haha. Makan yg ntah apa2. Penangan rasuah yg diharamkan oleh Islam dan diharamjadahkan oleh org Islam sndrik
Quote Ninjanunu 8-1-2021 11:39 AM
Kenap dia xleh bgtau brand apa?
Quote Artemesiaa 8-1-2021 11:45 AM
Eloklah diumumlan jenamanya sama sekadar umum macam tu je macam mana orang ramai nak tahu.  You are what you eat kata omputih.
Quote kucingitam 8-1-2021 02:29 PM

hahaha..boleh pulak 50% halal..

Quote Mooverine 8-1-2021 03:46 PM
Apa brand oh.. sudah la saya ni suka try mee segera.. seram baca pasal premis kotor semua tu.. yucks
Quote kakikuDibibirmu 8-1-2021 07:48 PM
Ninjanunu replied at 8-1-2021 11:39 AM
Kenap dia xleh bgtau brand apa?

Ada akta anti defamation kalu buruk-burukkan nama company, boleh kena saman malu
Quote mbhcsf 8-1-2021 07:51 PM
umumlaaaa jenama

tapi kalau bukan maggi ke ape okaylah , sebab i tak makan brand  lain yg selain i nampak kat shelves  aeon2 ....kalau TESCO Uk ade vegetraian okaylah

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top