CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Aduss... Rekrut asas tentera disebat oleh jurulatih...

11-10-2012 03:30 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6901| Komen: 48

Description: Bukhari (kiri) menunjukkan kesan sebatan yang masih berbekas sehingga hari ini di belakang badan Zulizdihar di Desa Permai Gemas, semalam. Bimbang apabila kemampuan fizikal kini terjejas selepa ...


Bukhari (kiri) menunjukkan kesan sebatan yang masih berbekas sehingga hari ini di belakang badan Zulizdihar di Desa Permai Gemas, semalam.

        Bimbang apabila kemampuan fizikal kini terjejas selepas cedera dipukul
       
        GEMAS
– Susulan dipukul jurulatih pada kejadian 16 Ogos lalu, seorang bekas rekrut yang menjalani latihan asas tentera di Port Dickson sejak pertengahan 2011 itu bimbang apabila kemampuan fizikalnya kini terjejas berikutan tulang belakangnya beralih sedikit dari kedudukan asal.
       
        Mangsa, Muhammad Zulizdihar Zakaria, 20, berkata, dia dipukul setelah berlaku sedikit salah faham apabila tindakannya ke bilik kerani membuatkan rekrut lain beranggapan dia ingin memotong baris dan tercetusnya pertengkaran.
       
        Menurutnya, akibat pertengkaran itu dia menampar rekrut yang menuduhnya memotong barisan menyebabkannya dipanggil jurulatih berpangkat koperal sebelum disebat menggunakan hos pemadam api di hadapan rekrut lain.

       
        "Selepas dipukul, koperal berkenaan mengugut saya supaya tidak memberitahu pihak atasan dan merahsiakan daripada pengetahuan keluarga," katanya ketika ditemui di kediaman saudaranya di Desa Permai Gemas, dekat sini, semalam.
       
        Zulizdihar berkata, akibat ugutan itu dia tidak melaporkan kepada pihak atasan dan akhirnya pulang ke kampung halaman di Pengkalan Hulu Perak.
       
        "Bagaimanapun ketika di kampung, abah saya menyedari kecederaan yang dialami dan membawa saya ke Hospital Baling untuk pemeriksaan lanjut.

        "Hasil pemeriksaan yang dibuat pada hari terakhir Ramadan itu menunjukkan saya mengalami kecederaan di bahagian badan, punggung, belakang betis dan tapak kaki,"
        katanya.
       
        Katanya, pada awalnya dia dan keluarga tidak mahu membesarkan isu ini memandangkan dia sendiri berminat dengan kerjaya itu selain membesar dalam keluarga tentera.
       
        "Semasa mendapat tawaran menjadi rekrut dulu saya sanggup menolak tawaran menjalani latihan bomba dan berhenti kerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dengan harapan dapat ditugaskan di bahagian masakan setelah selesai latihan rekrut Disember ini," katanya.
       
        Menurutnya, selepas berbincang, mereka sekeluarga bercadang mahu menarik semula laporan polis yang dibuat dan tidak mahu memanjangkan isu berkenaan namun apa yang mengecewakannya, selepas menyambung semula latihan dia sekali lagi ditampar kerana membuat laporan.
       
        "Kini saya sudah diberhentikan daripada latihan asas atas alasan penyakit buasir yang saya hidapi.
       
        "Namun apa yang lebih merisaukan saya kini tidak mampu berdiri dalam perbarisan yang mengambil masa dua hingga tiga jam dan hanya mampu bertahan sekitar setengah jam sahaja,"
katanya
       
        Sementara itu bapa saudara mangsa, Bukhari Ismail, 51, berkata, disebabkan ayah mangsa menetap jauh di Baling, Kedah, dia menawarkan diri menguruskan kes berkenaan untuk dibawa ke mahkamah.
       
        Menurutnya yang juga  pesara polis, mereka sekeluarga tidak bermaksud untuk membesarkan kes berkenaan namun sekadar mahu dijadikan pengajaran kepada semua jurulatih untuk lebih bertimbang rasa ketika menjatuhkan hukuman.
       
        "Mereka seharusnya menyiasat dahulu dengan memanggil kedua-dua pihak yang terlibat dalam pergaduhan.
       
        "Kita juga tahu peraturan jurulatih dan sekiranya mereka mematuhi peraturan berkenaan pasti tidak timbul masalah seperti ini," katanya.
                                                                                                                                                                                                       
p/s : kesian dia.. kalau asas komando lagi teruk...

14

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 11-10-2012 11:09 AM
ironinya..
dia lepaskn peluang tawaran jadi bomba
tapi disebat menggunakan hos pemadam api..

Quote jejai 11-10-2012 11:13 AM
batmana posted on 11-10-2012 11:09 AM
ironinya..
dia lepaskn peluang tawaran jadi bomba
tapi disebat menggunakan hos pemadam api..


kheennnzzz..
Quote MengkuduMasam 11-10-2012 11:18 AM
saman je... saman individu tu terus
Quote alovera 11-10-2012 11:19 AM
Kena tukar cita cita tak boleh lagi jadi tukang masak sebab tak mampu berdiri lama lama.
Quote teky 11-10-2012 11:34 AM
manjee
Quote kecimpret 11-10-2012 11:37 AM
patut beliau masuk mastercep
Quote Cakkkk....aaaa 11-10-2012 11:41 AM
Lorrrrr... dia tampar orang tak pa... komandan bantai dia tau pulak sakit...

Quote undark 11-10-2012 11:41 AM
kena sebat OK tp kalau dah ada kesan patut la dia komplen..
Quote atira 11-10-2012 11:42 AM
alololololo ciannye dia....
Quote Cakkkk....aaaa 11-10-2012 11:45 AM
"Kini saya sudah diberhentikan daripada latihan asas atas alasan penyakit buasir yang saya hidapi.
        
        "Namun apa yang lebih merisaukan saya kini tidak mampu berdiri dalam perbarisan yang mengambil masa dua hingga tiga jam dan hanya mampu bertahan sekitar setengah jam sahaja," katanya

Errr... dia tak buleh berdiri sebab buasir ke sebab sakit belakang ni?

dia ni diberhentikan rekrut sebab bermasalah ke apa sebenarnya ?

ketahuilah dalam latihan rekrut utk jadi tentera lebih 40% gagal/tarik diri dari tamat latihan atas berbagai faktor.

Dan terimalah hakikat yg anda tidak cukup cergas dari segi fizikal dan mental utk menjadi tentera... kerja lain lebih sesuai untuk anda.

kalau dengan komandan pun ko berani melawan... tak usah lah mimpi nak jadi tentera.
Quote HannahMontana 11-10-2012 11:47 AM
harussss Adabi
Quote cmf_rambutan 11-10-2012 11:47 AM
samseng nih...... orang tegur pon nak tampar... bila kena bantai report kat bapak sedara..
Quote underground 11-10-2012 11:49 AM
keje kerani gomen, sepanjang masa duduk sambil bergosip dan berfb sepanjang hari...
Quote Cakkkk....aaaa 11-10-2012 11:49 AM
cmf_rambutan posted on 11-10-2012 11:47 AM
samseng nih...... orang tegur pon nak tampar... bila kena bantai report kat bapak sedara..

dia saman balik bukan sebab nak masuk askar semula...

dia nak gantirugi...

fulussss beb... fulus...
Quote AMDTurion 11-10-2012 04:44 PM
underground posted on 11-10-2012 11:49 AM
keje kerani gomen, sepanjang masa duduk sambil bergosip dan berfb sepanjang hari...

eh eh...mcm ada pengalamn jer.....
Quote abil_tetra 11-10-2012 04:50 PM
ceh dia tahu dia punyer samseng jer, dia masuk balik tu ok pulak...
Quote Elle_mujigae 11-10-2012 04:54 PM
mengada-ngada la..
Quote shi_jewel 11-10-2012 05:00 PM
samseng mcm samdol kg dusun
Quote prettyuglybabe 11-10-2012 05:19 PM
@Munnalicious suka citer mat terap ni..

pasal barisan pun boleh bawa bertumbuk. ibarat kata cik lah 'tak malu.. dah tua-tua pun nak gaduh' sambil gelak-gelak manja..

Lihat semua komen(48)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.079777 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top