Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Jom Tonton Konsert Mega Percuma Artis Bukan Tibaiunta, Support Lokal Ya!

7-1-2021 03:14 PM|Oleh: Cari-Azza| Komen: 23



"Industri muzik antara paling terjejas sebab 'live' di khalayak ramai tak dibenarkan. Jadi, pemuzik hilang pendapatan sampai ada terpaksa jual peralatan muzik mereka."

Berbanding industri perfileman yang lebih rancak beroperasi, industri muzik tempatan pula terus lesu.

Pengarah Muzik, Datuk Acis berkata hal ini menyebabkan ramai pemuzik hilang punca pendapatan mereka.

Jadi, muncul idea penganjuran konsert dicetuskan oleh Pam Shahril dan Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya profesional dan penerbit konsert, Jennifer Thompson.


Foto : IG

Menurut Berita Harian, projek ini bukan hanya untuk artis sebaliknya petugas belakang tabir seperti pembekal, jurutera, lokasi, pekerja dan peniaga yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik ini.

"Saya harap MALAYSIA LIVE! akan beri ruang buat semua yang terkesan untuk mula menjana pendapatan."

Ini kerana bagi setiap acara, ia membabitkan ratusan tenaga pakar dan pekerjaan berkaitan termasuk jurutera, kru, katering, penjual tiket, keselamatan, syarikat logistik dan ramai lagi.

Sementara itu, Jennifer berharap konsert norma baharu seperti itu dapat diterima penonton untuk dijadikan budaya dengan sokongan berterusan demi masa depan industri muzik.


Foto : FB

"Kita masih perlu cari makan dan bayar bil. Objektif supaya kita tidak kehilangan bakat dan kepakaran industri pada pekerjaan lain. Harapnya siri konsert ini akan berterusan supaya lebih ramai artis, pemuzik dan tenaga pekerja dapat bekerja."

Menggabungkan penyanyi dan pemuzik hebat tanah air, dua episod pengenalan konsert itu akan ditayangkan pada 22 Januari disusuli 29 Januari ini di saluran YouTube MALAYSIA LIVE!.


Foto : IG

Episod pertama pada 22 Januari mulai jam 9 malam dikendalikan Nazrudin Rahman membabitkan artis Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, Dolla, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii and Zynakal.


Foto : IG

Episod kedua pula pada 29 Januari mulai jam 9 malam dikendalikan Adibah Noor membabitkan Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Datuk M Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju dan Zizi Kirana.

Jadi, ayuh peminat muzik tanah air, beri sokongan kita supaya kepada pemain industri supaya mereka terus kekal mempertaruhkan bakat mereka, bukan tibaiunta ya. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 23
Komen

Previous : Datin Suliza Salam Bakal Berbesan Dengan Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Next       : Daripada Orang Pijak-pijak Kita - Wani Comel Cuba Nasib Ujibakat Berlakon

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 10-1-2021 06:18 PM
best2 jgk artisnya, terasa nk tgk konsert ni nant

Lain-lain Komen

Quote doubleA 7-1-2021 03:18 PM
Tak pernah tengok dollah. Confirm bukan tibaiunta dollah?
Quote buragazz 7-1-2021 05:18 PM
Free ke kene bayau ..
Quote dudaberhias 7-1-2021 05:21 PM
nak support tapi iols tak minat konsert2 ni... yang minat konsert harus pergi support industri tempatan yach.. nanti kalau terkubur takde la gosip baru dalam bod gosip ni sebab semua dah tak jadi retis... koman2 kalau industri hiburan tanah air ni masih hidup kita boleh teruskan bergosip dalam ni sambil tambah dosa yang dah bertimbun2 dalam bakul.
Quote mieymiey 7-1-2021 05:22 PM
Gabungan nama besar dan BBNU. Harap dapat menarik minat semua lapisan masyarakat untuk menonton.
Quote Redmyvi 7-1-2021 06:12 PM
aku kureng sikit minat konsert.. sapa yg minat boleh support.. kesian gk ramai org belakang tabir terjejas kan...
Quote pakwetizzaqyah 7-1-2021 06:36 PM
sjak bila naz jjcm jd penyanyi?
apa tajuk lagu dia?
hashtag aku kenyaaaaaaaaaaaaaaaaaaang
Quote lattehazelnut 7-1-2021 06:38 PM
22 jan lineup tu mcm best sekali tgk bawah dolla.. halamak..
Quote lattehazelnut 7-1-2021 06:40 PM
Konsert live stream je kan.. kne byar tiket ke?
Quote September14 7-1-2021 06:43 PM
Okla leh tgk ada yonnyboi
Quote sleepandream 7-1-2021 07:17 PM
okla tu ada jugak jenniper tompson ni bagi job...
harapkan ajl iols tengok hadiah pun sendu jah sejak zaman 20 tahun lepas..
Quote Cari-Azza 7-1-2021 09:25 PM

Free uols, tajuk pun Konsert Mega Percuma
Quote RumiMenari 7-1-2021 09:44 PM
Wahhh wartawan cari pun dah iktiraf perkataan tibaiunta....
Quote EncikRhoma 7-1-2021 10:04 PM
kenapa Tuju nyanyi sorang? Dah keluar dari K Clique ke? Kenapa gambar haqiem rusli tu macam tomboi?
Quote Cari-Azza 7-1-2021 11:06 PM
RumiMenari replied at 7-1-2021 09:44 PM
Wahhh wartawan cari pun dah iktiraf perkataan tibaiunta....



Haha, tak lama lagi media cetak / elektronik pun pakai, tunggu ja nanti

Quote RatuDunia94 7-1-2021 11:32 PM
lattehazelnut replied at 7-1-2021 06:40 PM
Konsert live stream je kan.. kne byar tiket ke?

Everything need money... memula free.. lama2 masih free tp diselit slot iklan produk timbang kilo.. yeahh of coz they need sponsor to inject the moneyyy.. motif dorang buat youtube malaysia live pon utk generate income org2 industri kan..

For me iols okay je dgn iklan2 tu as long as retis2 perform best2.. bukan setakat naik stage pegang mic nyanyi..
Quote buragazz 8-1-2021 07:34 AM
Cari-Azza replied at 7-1-2021 09:25 PM
Free uols, tajuk pun Konsert Mega Percuma

Diorang dapat income dari sponsor ke... caner.. sibuk pulak aku...

Takde la kata membantu pemuzik2 dan penyanyi2 klu free ape ke heyy nyer...
Quote MidoriHijau 8-1-2021 04:36 PM
Tibaiunta tu ape?
Quote beta_carotene 8-1-2021 06:18 PM
mana aina bedul dgn ernie zakri?

meols nk dgr lagu tinggi2
Quote cicicumel 8-1-2021 06:28 PM
Konsert solo streaming LIVE Khai Bahar cancel ke uols? Bukan main promot.

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top