Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bersekongkol Kartel Daging, Dua Pegawai Maqis Ditahan SPRM

7-1-2021 11:08 AM Komen: 18
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini telah menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor kerana disyaki terlibat aktiviti penyeludupan bahan mentah di negeri ini.


Kredit foto: Head Topics

Kedua-dua orang kena tuduh (OKT) itu ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Kedua-dua mereka yang berusia 27 dan 31 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Kedua-dua OKT akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman.


Sumber: K! ONLINE


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 8-1-2021 06:18 PM
Selepas hampir satu tahun, dinner semalam baru berpeluang makan 37 days aged beef steak!

Lain-lain Komen

Quote mejaputih 7-1-2021 11:12 AM
muda lagi...pengganti yang dah pencen...jgn lupa tangkap yg dah pencen tu ye...dah 40thn terjadi...
Quote c===8 7-1-2021 11:13 AM
alhamdulillah. semuga sprm berjaya tangkap penjahat2 yg makan rasuah bawa masuk daging tak pasti halal sejak 40 tahun lampau
kalau yg dah pencen pun dakwa, yg dah kojol pun cari kuburnya supaya kita semua boleh berak kencing atas kubur itu
Quote dua_chzy 7-1-2021 11:48 AM
Jom kasik sumbang rendang babi kat mulot meka anak beranak sampai tercirit dah kapla atas suka sangat makan duit haram kan, ntah2 kapla bawah suka menutuh haram juga tu yang takesah terima rasuah kan.
Quote Belibis 7-1-2021 11:56 AM
Lama lagi la nak setel.daging yang dah kat pasaran tu kira jalan terus ke cane? Takde pulak dengar kena tarik balik.
Quote Supersirap 7-1-2021 01:04 PM
kalau betul disabitkan kesalahan okt ni, segeralah insaf, banyak orang yang teraniaya
Quote batusembilan 7-1-2021 01:15 PM
Belibis replied at 7-1-2021 11:56 AM
Lama lagi la nak setel.daging yang dah kat pasaran tu kira jalan terus ke cane? Takde pulak dengar k ...

sabar le. bukan senang nk trace balik daging2 tu dh pegi ke mn sbb dh bercampur aduk dgn yg original brand.
Quote lostnfaun 7-1-2021 01:48 PM
Benda dah berpuluh tahun takkan 2 org yg muda jer dpt tangkap.. pelik sungguh
Quote AbukRokok 7-1-2021 03:17 PM
kalau belum beli rumah 1/2 juta lg tak berbaloi kne tgkap
Quote AbukRokok 7-1-2021 03:18 PM
Belibis replied at 7-1-2021 11:56 AM
Lama lagi la nak setel.daging yang dah kat pasaran tu kira jalan terus ke cane? Takde pulak dengar k ...

kan ulamak dh ckap... klu kita xtau dan tertipu xpe
lain la dah tau benda tu kita menyantap juga ahaha
Quote Ninjanunu 7-1-2021 05:16 PM
Betul atau scapegoat kpd org tua..
Quote husie91 7-1-2021 05:54 PM
Ni bilis2 je kne tangkap yg jerung dh selamat dah
Quote pyropura 7-1-2021 08:07 PM
Eleh, nanti bila di mahkamah, paling2 pun pertuduhan nya cuma membenarkan daging diangkut dgn. lori Isuzu yg.guna logo Halal tak sah. Tengok lah nanti. Gomen PN- Umno bukan boleh diharap membela umah isele. Tengok je kes Adib & kes tino Melayu murtad masuk Sikh
Quote missus_meow 7-1-2021 08:13 PM
baru dua ... ade lg tu ... moga sume dpt ditangkap dan dihukum ...
Quote che-cikL 7-1-2021 08:20 PM
Kena cari sama mentor yg mengajar diorang ni. Diorang ni baru nau kerja. Tok guru yg menurunkan ilmu songlap yg dah turun temurun entah berapa generasi tu, pun kena bagi ajar sekali.
Quote me12345 7-1-2021 08:22 PM
Korek lagi....sure ada lagi taiko atasan
Quote lavendernovella 7-1-2021 08:25 PM
Kot lah ada daging di pasaran kena tarik balik , harap jgn lah lupuskan. Boleh sedekah kat zoo bagi carnivor2kat sana makan.
Quote Megikari 8-1-2021 05:45 PM
dua_chzy: Jom kasik sumbang rendang babi kat mulot meka anak beranak sampai tercirit dah kapla atas suka sangat makan duit haram kan, ntah2 kapla bawah suka men ...


Babi haram sis, tapi rasuah tu ialah rezeki tambahan. Ni prinsip pemakan rasuah
Quote FOTHER-MUCKER 8-1-2021 06:18 PM
Selepas hampir satu tahun, dinner semalam baru berpeluang makan 37 days aged beef steak!

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top