Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bot Karam -Ibu, Dan Anak Perempuan Dikhuatiri Lemas

5-1-2021 10:36 AM Komen: 7
Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain, karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini, tengah hari tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Rozi Omar, 52 tahun bersama anaknya, Zakirah Ahmad Husin, 19 tahun menaiki bot berkenaan bersama suaminya, Ahmad Husin Mad Aris, 52 tahun dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23 tahun.


Kredit foto: Harian Metro

Penghulu Mukim Ulu Jelai, Asyhar Amin Ahmad, berkata keluarga terbabit difahamkan cuba merentasi sungai itu untuk meninjau keadaan kediaman mereka yang ditenggelami banjir.

"Saya menerima laporan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bertang kira-kira jam 12 tengah hari tadi.


Foto: Facebook
"Setakat ini kedua-dua mangsa iaitu Rozi dan anaknya, Zakirah gagal dikesan. Suami Rozi, Ahmad Husin dan Nur Aina berjaya menyelamatkan diri sebaik insiden berlaku berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang,"katanya ketika dihubungi di sini.


Asyhar Amin berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak polis dan operasi mencari serta menyelamat mangsa sedang dilakukan dengan kerjasama penduduk kampung. -CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote saviour_09 5-1-2021 11:52 AM
main banjir tiap2 tahun

selalu aku pesan kat org2 kampung yg naik air ni
tlg laaaaa tinggal harta benda tu kalo tak  boleh nak selamat dah

takde rejeki la namanya tu

jgn la dijenguk2 lg dah

majoriti lemas kat tempat aku ni sebab cuai sendiri

Lain-lain Komen

Quote wadiunong 5-1-2021 10:39 AM

bukan nak menolak takdir ajal, tapi korban2 banjir kali ni semua berpunca dari kecuaian & kedegilan mangsa2.

nak buat apa la pegi jenguk rumah yg dah tenggelam tu. selain tu ada yg lemas sebab kereta redah banjir . dah tau jalan tu banjir, jangan la redah gak. duduk la diam2 kt rumah
Quote zulka 5-1-2021 10:43 AM
Takziah kepada keluarga mangsa, semoga ditemui selamat
Quote sarah82 5-1-2021 10:43 AM
Takziah.. Dan al Fatihah..

Pada mangsa banjir.. Tolong la jgn ketegaq sangat. Dok dulu tempat perlindungan yg kerajaan dah sediakan.. Jgn dok terbiang nak pi tengok rumah
Quote salmon-suki 5-1-2021 10:56 AM
Relatives kpd kwn kezen ai ni...ai taw smlm..tp ai bkn nk ckp ke apa,banjir kali ni mmg luar biasa,arus deras n air naik dgn cpt..jgn laa pegi cari pasal nak jenguk rumah ke,nk pegi amek brg kt rumah tenggelam ke..jgn redah banjir tu..sbb kita xtaw apa akan jadi...

Ni ramai y degil..kes2 kematian so far sbb nak redah jgk banjir...hmmm..org lain sibuk selamatkan diri drpd banjir,smpai ada y jd korban,tp ada segelintir saja pegi redah banjir..tu mmg cari pasal namanya..
Quote Artemesiaa 5-1-2021 11:02 AM
Duduklah dulu ditempat selamat tak lari kemana rumah dan barang tu kalau rezeki masih ada.  Nak juga merentas bahaya buruk padahnya.  Bukan keluarga je susah pihak keselamatan pun turut susah sama nak kena lakukan operasi mencari pula bukan hanya tumpu usaha menyelamat yang lain.
Quote nanies 5-1-2021 11:11 AM
moga di permudahkan.. semoga di temui
Quote saviour_09 5-1-2021 11:52 AM
main banjir tiap2 tahun

selalu aku pesan kat org2 kampung yg naik air ni
tlg laaaaa tinggal harta benda tu kalo tak  boleh nak selamat dah

takde rejeki la namanya tu

jgn la dijenguk2 lg dah

majoriti lemas kat tempat aku ni sebab cuai sendiri

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top