Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Jaga-jaga! Letak Telefon Dalam Poket Seluar Boleh Jejas Kualiti Sperma

4-1-2021 12:49 PM| Komen: 16

Ramai daripada kita memilih untuk menyimpan telefon di dalam poket seluar terutamanya kaum lelaki kerana ia paling mudah dicapai sekiranya ada panggilan atau mesej yang masuk.

Meskipun ia dilihat praktikal, namun sebenarnya tabiat itu perlu diubah. Ini kerana menyimpan telefon di dalam poket terutamanya di bahagian sisi depan seluar boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada kaum lelaki.


Gambar hiasan

Menyimpan telefon dalam poket seluar dikatakan akan menyebabkan ia 'duduk' berdekatan dengan testis atau buah zakar dan dapat memberi impak buruk kepada sistem pembiakan.

Bagi memastikan sperma berada dalam keadaan prima, buah zakar memerlukan suhu lebih rendah berbanding bahagian tubuh lain. Itu juga alasan di sebalik kedudukan testis berada di skrotum (kerandut buah zakar).

Organ yang satu ini bertindak seperti sistem pendingin udara evaporatif. Saat suhu udara di sekitar testis terlalu panas, seorang lelaki berisiko mengalami masalah dalam menghasilkan sperma.


Gambar hiasan

Salah satu cara menghindarinya adalah dengan menjauhkan telefon daripada organ vital ini. Ini kerana telefon yang disimpan dalam poket seluar mampu mengeluarkan haba panas.

Tidak hanya telefon, kita juga tidak disarankan untuk meletakkan laptop di atas riba. Selain suhu panas, radiasi yang dihasilkan telefon juga perlu diambil kira kerana ia mampu memberi kesan kepada kualiti sperma.

Kajian yang dilakukan mendapati bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap kesan telefon atau komputer riba adalah buah zakar. Ketika bahagian itu terpapar kepada telefon, alatr sulit lelaki akan mengalami tekanan oksidatif atau keadaan di mana radikal bebas di dalam tubuh melebihi kapasiti.

Akibatnya, sel dalam tubuh yang normal akan rosak sekaligus menggangu kesuburan dan menurunkan kualiti sperma seorang lelaki.


Sumber: mStar


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 16
Komen

Previous : Selain Covid-19, Ada 5 Penyakit Pelik Dilaporkan Sepanjang 2020

Next       : 'Patutlah Silau Naik Teruk..." - Gogok Mata Begini Jika Sayang Mata Anda

Komen Terbaru

Quote budaktua 5-1-2021 04:01 PM
patut la aku punya rasa mcm dh kurangg   je...

Lain-lain Komen

Quote kemaruk 4-1-2021 12:50 PM
Habis tu nak letak testis kat mana
Quote Rob07 4-1-2021 12:57 PM
Habis tu orang jantan ke start bawak handbag ke  mcm mana{:smile
Quote otai_g 4-1-2021 01:06 PM
Bdk opis aku ltk hp kat seluar anak da 4.
Quote AshKetchum 4-1-2021 02:16 PM
diva aa yang sumbat segala dalam beg lv heshe tu yang helok kualiti sperma gituh?
Quote ultra78 4-1-2021 02:21 PM
Rob07 replied at 4-1-2021 12:57 PM
Habis tu orang jantan ke start bawak handbag ke  mcm mana{:smile

Kembali ke era Nokia 3310. Sangkut kat belt.


Quote jiwasemangat 4-1-2021 02:48 PM
Jauh bebenor.. hp dlm poket seluar depan dgn location testis.. cammano heat yg sedikit boleh sampai sejarak itu.. guna processor snapdragon 69 zaman dinasour agak nya.. sampai gitu sekali produce heat.. main game sket sket pon dah panas..
Quote Kenjiyan 4-1-2021 02:49 PM
Antara sebab ramai pakai pouchbag skrg.. hahaha
Quote PanjangCool 4-1-2021 04:20 PM
yekee. tapi aku mmng guna pouchbag silang mcm2 barng aku kene bawak phone je dah 2, powerbank dngn cable lagi, vape la flavor la...., sebulm keluar mesti check dalam pouchbag kene semua lengkap..... dh mcm pompuan
Quote Artemesiaa 4-1-2021 04:41 PM
Makin ramai ler bawak bag untuk isi phone nanti
Quote pooh~key 4-1-2021 07:25 PM
kemaruk: Habis tu nak letak testis kat mana


Kau kelakar sis! Akak tergelak terbahak2 sis! Kahkahkahkah..!
Quote kakikuDibibirmu 4-1-2021 08:33 PM
kemaruk replied at 4-1-2021 12:50 PM
Habis tu nak letak testis kat mana

Testis letak dekat dalam nanti jadi ovari
Quote Rob07 4-1-2021 09:40 PM
ultra78 replied at 4-1-2021 02:21 PM
Kembali ke era Nokia 3310. Sangkut kat belt.

hahahaha tampan bergaya kome
Quote nanies 5-1-2021 10:16 AM
hahahah gitu kena pakai tali sangkut kat leher cam dulu2. kang kalo pegang tak masuk poket, tertinggal pulak. kalo letak dlm beg, bini call ko tak angkat, awas ko ye.
Quote Redskin 5-1-2021 10:56 AM
Aku paling tak suka letak cellphone dan wallet
dlm poket seluar sebab seluar akan nampak terbonjol2, tak kemas dan duduk pon tak selesa.

Zaman dulu2 ada pouch dipinggang, skrg ni ramai yg pakai sling bag/pouch macam2 style dan sling bag jenis leather rugged looks.

Macam2 nak bawak ada dlm sling bag aku,
Simpan cellphone, charger dan wire2 charger, powerbank, pakai wallet jenis panjang so taruk dlm bag.

Brg2 lain yg ada dlm sling bag aku..
Precision screwdrivers, small adjustable spanner, swiss army pocket knife, nail clipper, dental floss, small measuring tape, dll.

Dah pulohan tahun pakai sling pouch, tak bawak barang2 ni rasa tak lengkap dan tak selesa.

Sampai anak aku cakap, dlm bag ayah semua ada...
Quote najib888 5-1-2021 11:02 AM
Kena guna sarung buah zakar. Kat lazada/shopee ada ka?
Quote budaktua 5-1-2021 04:01 PM
patut la aku punya rasa mcm dh kurangg   je...

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top