Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tok Kadi Siap Bawa Kanta Periksa Mas Kahwin

31-12-2020 12:19 PM Komen: 17
"Niat saya membuat pemeriksaan secara teliti (ketulenan cincin emas sebagai mas kahwin) bukanlah untuk memalukan pengantin mahupun keluarga mereka, ia hanyalah tanggungjawab dan amanah," kata jurunikah, Ustaz Harudin Mohd Mydin.

Harudin memberi reaksi itu selepas rakaman video menunjukkan dia menggunakan kanta khas meneliti ketulenan cincin yang dijadikan mas kahwin bagi pernikahan Azizul Abdul Rashid, 34, dan Siti Nurshakirah Shamsudin, 30, tular di media sosial.

Detik itu dirakam jurugambar perkahwinan sebelum dimuat naik di Facebook dan ia membuatkan rata-rata warganet memuji ketelitian jurunikah itu yang dianggap unik.

Harudin berkata, tindakannya meneliti ketulenan emas pada majlis pernikahan itu bukannya untuk mencuri perhatian orang ramai, sebaliknya ia sudah menjadi 'rutin' baginya setiap kali menjadi jurunikah.

Foto: Facebook

Menurutnya, sepanjang bertugas sebagai jurunikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, rata-rata pengantin jujur dalam memberitahu kandungan pemberian yang diberikan mereka kepada pasangan masing-masing.

"Pengamalan duhulu, ada pengantin yang berterus terang cincin yang dibeli itu (tidak tulen) bukanlah di kedai emas tetapi di pasar raya.

"Saya hanya menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan amanah," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Siti Nurshakirah berkata, dia dan keluarganya juga tidak menyangka Harudin membuat pemeriksaan yang begitu teliti pada majlis pernikahannya.

"Mujur suami bersedia dengan situasi itu, lagipun kami masing-masing yakin emas yang dibeli adalah tulen.

"Resit pembelian juga dibawa ketika majlis itu tetapi tak sangka tok kadi ambil langkah tambahan dengan memeriksa (cincin) menggunakan kanta," katanya.

Katanya, majlis pernikahan ringkas itu hanya dihadiri keluarga terdekat yang diadakan di Surau Pematang Rawa MK7, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 26 Disember lalu.

"Bagi majlis persandingan, masih lagi belum ada tarikh yang sesuai memandangkan penularan pandemik Covid-19 belum reda.

"Saya juga tidak menyangka gambar itu tular di media sosial dan berharap ia menjadi pengajaran kepada bakal pengantin di luar sana supaya jujur dalam memberikan butiran kepada jurunikah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote monreyes 1-1-2021 07:43 PM
nak kawen...
bagi emas palsu...
cek tendang...
baik nikah je kat pejabat kadi...
pas tu pandai2 lah nak idup berumah tangga

Lain-lain Komen

Quote Normabaru 31-12-2020 12:22 PM
Tak perlu pon.. Sebab mas kawen blh jadi ayat quran. Bkn wajib emas permata. Hshshs
Quote bluebutter 31-12-2020 12:43 PM
Tua tua pengantin skrg....


30 series tu consider tua.
Yg muda elok lelaki 28 cik puang 24.
Quote CiliPadiSedap 31-12-2020 12:44 PM
hmm pakai penimbang air dan magnet dh cukup xperlu kanta pun.
Quote Potato_kering 31-12-2020 02:06 PM
Yg tak setuju kaki penipu je. Benda mudah.
Quote me12345 31-12-2020 02:07 PM
Bagus tok...well done. Kalau bukan kaki kelentong buat apa nk risau
Quote mamajawie 31-12-2020 02:14 PM

jodoh n kemampuan bru nk smpai sistur..

Quote bluebutter 31-12-2020 07:17 PM
mamajawie replied at 31-12-2020 02:14 PM
jodoh n kemampuan bru nk smpai sistur..

betui lah tu.


Tpi rata rata mmg ramai nganten tua now..
Quote JokesCop 1-1-2021 12:03 AM
Normabaru replied at 31-12-2020 12:22 PM
Tak perlu pon.. Sebab mas kawen blh jadi ayat quran. Bkn wajib emas permata. Hshshs

Memanglah boleh sis, tapi tu terakhir, darurat, bukan awal2 nak kahwin dah fikir ayat quran dalam kepala. Jangan ambik hadith separuh2, nanti orang kata Islam ni cap ayam. Kahwin xmampu pun takde apa2. Dalam kes hadith ni, yg nak kahwin tu betul2 fakir. Rasullullah punya mas kahwin pada siti khadijah 600K. Itu unta sahaja tau.
Quote swimswim 1-1-2021 10:09 AM
Tok kadi pun dh ckp tu tanggung jwb dia sbb Cincin tu dijadikan mas kawen. Mas kawen kena cukup.

Kalau hantaran lain la
Quote sarahmirza 1-1-2021 10:12 AM
Inipun jadi isu semasa ke?
Quote ninja9 1-1-2021 10:14 AM
tak perlulah buat depan orang ramai, kalau pengantin tipu mungkin tak jadilah kawin tu sbb mungkin tak mau kawin dah lepas tu, manakala kalau pengantin kena tipu maka dia pun bagi barang tipu tapi dah kecoh majlis kena explain lagi, ... buat sebelum majlis kawin paling bagus

Quote aHoi83 1-1-2021 10:34 AM
Kalo mmg pihak lelaki declare cincin sbg mas kawen maka itu tanggung jawab kadi. Tp byk juga kes, mas kawen mmg duit sahaja aleh2 nk nikah, kadi suruh masuk kan semua hantaran as mas kawen . Itu masalah
Quote Punat_button 1-1-2021 10:44 AM
Kadi ni old school sangat

Verification buat off line tak boleh ka? Motif nak juga buat live....
Quote Punat_button 1-1-2021 10:46 AM
JokesCop replied at 1-1-2021 12:03 AM
Memanglah boleh sis, tapi tu terakhir, darurat, bukan awal2 nak kahwin dah fikir ayat quran dalam  ...

600,000 ekor unta ka?

Macam tak lojik ja
Quote Artemesiaa 1-1-2021 10:55 AM
Saja nak berseloroh mungkin kang ada yang sengih situasi jadi kurang stress
Quote JokesCop 1-1-2021 11:32 AM
Punat_button replied at 1-1-2021 10:46 AM
600,000 ekor unta ka?

Macam tak lojik ja

100 ekor unta, kalau ikut harga pasaran 8k x 100 = rm 800k.

Tapi info tu aku tersilap, 100 ekor unta adalah bayaran bapa Rasullullah Abdullah supaya tidak kena sembelih. Rasullullah 20 ekor je, jadi RM 160k sahaja.
Quote monreyes 1-1-2021 07:43 PM
nak kawen...
bagi emas palsu...
cek tendang...
baik nikah je kat pejabat kadi...
pas tu pandai2 lah nak idup berumah tangga

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top