Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sindiket Pelacuran '6 Kali Bayar, 1 Kali Percuma' Diserbu

31-12-2020 12:06 PM Komen: 20

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan sebuah sarang pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Kuala Lumpur - Foto NSTP/Aswadi Alias



KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sarang pelacuran yang beroperasi di sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Ipoh, Sentul di sini dan menahan 12 wanita warga asing yang disyaki pekerja seks, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang berperanan sebagai penjaga.

Kesemua wanita yang ditahan berusia lingkungan 20-an dan 30-an terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Thailand.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff, berkata serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Susulan maklumat yang diterima, kita melakukan risikan dan pemantauan hampir dua minggu ke atas kegiatan pelacuran di hotel itu sebelum menjalankan serbuan hari ini.

"Kita dapati 12 bilik, masing-masing enam bilik di tingkat lapan dan sembilan hotel digunakan sebagai bilik pelacur melayan pelanggan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menawarkan khidmat melalui aplikasi WeChat dan menggunakan aplikasi sama untuk pelanggan berurusan dengan pelanggan.

"Pelanggan akan diminta datang ke hotel ini sebelum dibawa ke bilik-bilik yang menempatkan pelacur untuk mereka membuat pilihan wanita yang dikehendaki.

"Sindiket didapati mengenakan bayaran sebanyak RM235 kepada pelanggan untuk sekali langganan," jelas beliau.

Katanya pelanggan juga diberikan satu kad 'loyalty' dan akan dicop setiap kali mereka datang melanggan sebelum diberikan sekali khidmat percuma selepas enam kali langganan.

"Pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan sah manakala selebihnya mendakwa pasport mereka disimpan oleh pihak lain.

"Kita percaya sindiket pelacuran ini beroperasi di hotel ini sejak tiga bulan lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pembabitan pihak hotel dalam kegiatan itu," katanya.



Sumber : BeritaHarian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote monreyes 1-1-2021 07:36 PM
awanysss replied at 31-12-2020 12:27 PM
kesian la yg dah 6 kali tu, tak sempat guna yg free tu

lagi kesian yang baru sekali pakai...leh refund x agaknya...



Lain-lain Komen

Quote CARI-HBZ 31-12-2020 12:06 PM


Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan sebuah sarang pelacuran di sebuah hotel tiga bintang di Kuala Lumpur - Foto NSTP/Aswadi Alias



KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sarang pelacuran yang beroperasi di sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Ipoh, Sentul di sini dan menahan 12 wanita warga asing yang disyaki pekerja seks, malam tadi.


Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang berperanan sebagai penjaga.


Kesemua wanita yang ditahan berusia lingkungan 20-an dan 30-an terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Thailand.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff, berkata serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Susulan maklumat yang diterima, kita melakukan risikan dan pemantauan hampir dua minggu ke atas kegiatan pelacuran di hotel itu sebelum menjalankan serbuan hari ini.


"Kita dapati 12 bilik, masing-masing enam bilik di tingkat lapan dan sembilan hotel digunakan sebagai bilik pelacur melayan pelanggan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.


Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menawarkan khidmat melalui aplikasi WeChat dan menggunakan aplikasi sama untuk pelanggan berurusan dengan pelanggan.


"Pelanggan akan diminta datang ke hotel ini sebelum dibawa ke bilik-bilik yang menempatkan pelacur untuk mereka membuat pilihan wanita yang dikehendaki.


"Sindiket didapati mengenakan bayaran sebanyak RM235 kepada pelanggan untuk sekali langganan," jelas beliau.


Katanya pelanggan juga diberikan satu kad 'loyalty' dan akan dicop setiap kali mereka datang melanggan sebelum diberikan sekali khidmat percuma selepas enam kali langganan.


"Pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan sah manakala selebihnya mendakwa pasport mereka disimpan oleh pihak lain.


"Kita percaya sindiket pelacuran ini beroperasi di hotel ini sejak tiga bulan lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pembabitan pihak hotel dalam kegiatan itu," katanya.







Sumber : BeritaHarian
Quote Tinot7 31-12-2020 12:23 PM
sekali imbas, ingatkan minah kat tengah tu tak pakai seluar
Quote awanysss 31-12-2020 12:27 PM
kesian la yg dah 6 kali tu, tak sempat guna yg free tu
Quote anakmak 31-12-2020 12:29 PM
6 kali bayar percuma sekali 6 org sekali
Baru menarik sikit
Quote matchstick 31-12-2020 12:36 PM
Macam kupon cuci kereta pulak.. business minded mak hayam neh
Quote sharlenetexas 31-12-2020 01:06 PM
Ada cop kad kupon ke?
Quote Punat_button 31-12-2020 01:11 PM
Beli 6 percuma 1 masih tak cukup menarik.

Tunggu buy 1 free 1 punya sales

Quote Meiizu 31-12-2020 01:11 PM
matchstick replied at 31-12-2020 12:36 PM
Macam kupon cuci kereta pulak.. business minded mak hayam neh

wakakakak betul2.
carwash yg aku pegi 6x free 1x
5thn lepas 5x free 1x
Quote wnwa05 31-12-2020 01:20 PM
matchstick replied at 31-12-2020 12:36 PM
Macam kupon cuci kereta pulak.. business minded mak hayam neh


barbershop pun banyak buat. 10 kali potong..gilo ke apa. yang ni 6 kali je ada logik la jugak




Quote salimrock 31-12-2020 01:39 PM
thanks for the publisiti ,lepas ni ramai la dtg jaln sentul tu
Quote helicornia 31-12-2020 03:05 PM
cam pakej cuci kete plak. 6x cuci dpt 1x free
Quote kelapaparut 31-12-2020 03:45 PM
yg biase melanggan ni india2 cina dgn bangla, elok la mcm tu kalu x dieorg pi rogol local woman..sbb tu kat kelantan byk kes2 kjadian sex sbb xde langsung hiburan utk lelaki2 ni, kalu x mco ni ramai pi golok dah lempias kat sane
Quote ipes2 31-12-2020 09:09 PM
thread dah ada ni, saya kena closed, thank you.@AceHand

-CI Moderator-

Quote trisnalovezul 31-12-2020 10:26 PM
rmai org laki perlukan wanita warga asing utk keperluan batin dri wanita malaysia..kasian kan mereka ga pandang pon wanita tempatan
Quote trisnalovezul 31-12-2020 10:27 PM
rmai org laki perlukan wanita warga asing utk keperluan batin dri wanita malaysia..kasian kan mereka ga pandang pon wanita tempatan
Quote trisnalovezul 31-12-2020 10:28 PM
prmintaan tinggi dri rakyat malaysia..
Quote RatuDunia94 31-12-2020 10:28 PM
matchstick replied at 31-12-2020 12:36 PM
Macam kupon cuci kereta pulak.. business minded mak hayam neh

Iols x pernah nya nk cukup cop kat kupon cuci kereta tu utk dpt 1x free. Sbb selalu cuci kat tempat lain2. Bila dh dpt 3 cop kadnya hilang..
Quote AlifMimNunWau 1-1-2021 01:05 AM
Give license lah kekekekeke ....
Quote sinichisenpai 1-1-2021 09:32 AM
Tinot7: sekali imbas, ingatkan minah kat tengah tu tak pakai seluar

{:thief samalah aku

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top