Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Pembantu Rumah Lari Lagi, Tapi Sharifah Shahira Tak Serik

31-12-2020 09:37 AM| Komen: 42

Sharifah Shahira yang kini bertugas di konti Suria FM meluahkan rasa kesal dan bingung memikirkan masalah pembantu rumah yang dipercayai melarikan diri pada Ahad lalu.

Sharifah Shahira yang lebih disapa sebagai Shiera menjelaskan, bibiknya berasal dari Indonesia itu menghilangkan diri dan kini gagal dikesan semasa dia dan suaminya berada di Raub, Pahang.


Kredit foto: IG Shiera

Meskipun sudah bekerja selama empat tahun, perkara itu sangat mengecewakan Shiera kerana sepanjang bersama, dia dan keluarga tidak pernah mempunyai apa-apa isu dengan pembantu rumahnya itu.

Shiera berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Seri itu menerusi Instagramnnya, baru-baru ini.

“Sebelum ini tak ada isu pun, kita izinkan saja kalau dia nak balik jumpa keluarga. Malah permit kerja dia pun baru sahaja diperbaharui sebab dia bersetuju nak sambung kontrak dengan kami lagi. Kalau awal-awal dia kata tak nak kerja kita tak paksa," katanya kepada mStar.



Kredit foto: IG Shiera

Justeru, kakak kepada Sharifah Sakinah itu membuat laporan polis mengenai kes berkenaan kerana bimbang jika berlaku sesuatu tidak diingini di kemudian hari.



Dia bagaimanapun berkata memilih untuk tidak mematikan permit kerja bibiknya itu kerana merasa belas kasihan dan tidak mahu Seri dimasukkan ke penjara sekiranya ditangkap.

“Kita ni tak sampai hati nak seksa pekerja..kita orang Melayu hati lembut, gaji pun tak pernah bayar lambat, pasport pun dia boleh pegang! Tapi hujung-hujung isu maid ini tak pernah selesai, tak terkira dah berapa ramai yang lari!” ujarnya.

Shiera dalam masa sama kesal kerana kebebasan yang telah diberikan selama ini telah disalah guna.




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 42
Komen

Previous : "Saya Akan Ketawa Je, Benda Tak Betul Kenapa Nak Terasa?" - Neelofa

Next       : Nangis Baca Teguran Ibu, Zizi Kirana Janji Tak Seksi Lagi

Komen Terbaru

Quote Submitted 19-3-2021 01:31 AM
Sebab tu aku malas nk amik maid. Tiber

Lain-lain Komen

Quote izat123 31-12-2020 09:46 AM
Maid ni memang macam gambling. Untung nasib kena tapi mostly susah nak dapat yang baik. Dah banyak pengalaman dengan maid ni. Ada yang okay tapi kuat menipu. Ada yang okay kejap lepastu lari. Ada yang pengotor. Hahaha last last malas dah ambik maid. Orang kata maid Filipino okay lagi dari maid Indonesia zaman sekarang ni.
Quote sarah82 31-12-2020 09:52 AM
izat123 replied at 31-12-2020 09:46 AM
Maid ni memang macam gambling. Untung nasib kena tapi mostly susah nak dapat yang baik. Dah banyak p ...

Baik ada bibik.. Depa ni suka berdengki dan mengadu domba
Quote makneng 31-12-2020 10:17 AM
kampret loh bibik
Quote missyL 31-12-2020 10:42 AM
Gitu la maid indon.
Bkn sorang dua mostly mcm nie. Bile Tnye kate nk smbung last2 lari..

X bersyukur kot.
Last2 name msia jgk buruk..
Quote juruterra 31-12-2020 11:27 AM
i ada 3 kejadian maid lari... yg lg 2 tu pun byk juga masalah tp stay la lama jugak

skrg dh 2 yrs takde maid hidup aman damai...ambik weekly cleaners , rumah pun mcm elok je jaga sendiri. kepala x pening dgn kerenah maid walaupun penat sikit menyental periuk lepas masak huhuhu
Quote matbad 31-12-2020 11:34 AM
Kawan aku plak ambk maid tp laki dia terlebih layan batin plak. Last2 maid yg salah laki dia betol hahaha. Sedapnya laki dia la
Quote jijilaaa 31-12-2020 11:37 AM
aku suka tgk rumah dia yang kat ulu dong ke apa tu..selalu nmpak penampakkan nabil kat ig rara ni. diaorg share beli tanah ke apa?
Quote Themilo 31-12-2020 11:59 AM
bibik yindon ni memang buat meols geram jaa.. dalam resume, boleh masak macam-macam lauk-pauk, time kat dapur, nak goreng ikan pun terkial-kial.. yiiihhhhh..
Quote Itzy 31-12-2020 01:06 PM
Majikan malaysia especially melayu kalau ambik maid indon sanggup bayar berouluh ribu siap dnegan cuti, gaji bulan2. Tapi bila nak ambik maid local tak sanggup bayar gaji lebih rm1200. Padan la muka dapat maid indon perangai cam taik. Kalau sanggup bayar lebih rasanya ramai maid local nak bekerja. Kerja kilang sekalipun gaji dibayar lebih dari gaji minimum kalau rajin buat ot. Ni nak minta buat kerja macam2 gaji mau bayar bawah rm1200, akhirnya kena upah maid oversea. Sekali dapat maid yang scammer atau pencurik macam alif syukri kena. Akunpernah tengok satu iklan cari maid local nak bawa ke uk entah negara eropah gitu, gaji mau bayar bawah rm1000 katanya dah bagi chance bawa keluar negeri, tanggung kos makan, tanggung tiket kapal terbang etc, pelik kenapa tak upah maid indon/filipina? Sebab mahal dan tak boleh negotiate macam maid local ke? Hahhahahaha aku kalau bab benda tak adil ni memang aku cukup geram
Quote me12345 31-12-2020 01:41 PM
Mmg gitu la kebanyakan maid indon. Tak reti bersyukur. Dah layan baik dan byr permit pun lari. Kdg2 agen2 ni pun subahat juga depa yg ajar maid kakau tak suka lari jr. Sbb depa dpt caj belas ribu ..dah lari nak ganti punyalah lama...kesudahannya ambik from agen lain..duit lagi. Tu belum yg demand nk hp etc ...majikan xde ..bergayut main facebook..tgk tv mcm2.
Quote fealefea 31-12-2020 06:01 PM
Anak die da beso2. Boleh dah hands on.
Quote kads 31-12-2020 06:32 PM
Anak dah besar pun amik maid...ajar jela budak2 tu tolong buat kerja rumah..nila penyebab budak2 skrg basic home cleaning pun x pandai dn jadi pemalas ya  rabbi
Quote paanz 31-12-2020 06:56 PM
jijilaaa replied at 31-12-2020 11:37 AM
aku suka tgk rumah dia yang kat ulu dong ke apa tu..selalu nmpak penampakkan nabil kat ig rara ni. d ...

yg mcm dusun tu kan?
nampak mcm dia beli tanah, buat dusun situ dan jugak buat rumah.
besar juga tanah tu kalau tgk dari ig
Quote MenteriWanita 31-12-2020 07:02 PM
Kita kena faham yang maid A+ semua tuan rumah hantar belah2 arab sana, B+ belah2 China, C+ belah2 kita atas sikit, pernah keluar paper kot yang kantoikan Malaya dapat yang maid Gred D ke atas. Tak tau apa khabar yang kantoikan maklumat rahasia tu, musim2 covid tengah relaks kat rumah gamaknya.
Quote irvene 31-12-2020 07:16 PM
ko suka membebel kot. tu yg maid lari.
Quote nia_salina 31-12-2020 10:22 PM
jijilaaa: aku suka tgk rumah dia yang kat ulu dong ke apa tu..selalu nmpak penampakkan nabil kat ig rara ni. diaorg share beli tanah ke apa?

me toooo .suka tgk. sama pemikiran mcm iols bila dh berusia nk duduk rumah kg moden mcm ni hahah. n shira ni real tak fake. iols suka dia dari artis lain
Quote newyork 31-12-2020 10:25 PM
Anak dah beso dah boleh ja mengarah sana sinun dr dok potpet tak tentu hala..
Quote RatuDunia94 31-12-2020 10:41 PM
Jd maid ni ingat senang ke. Sedangkan kita buat kerja rumah sendiri pun rasa mcm nk mengamuk .. apatah lg kalau jd maid. Dh la kerja rumah ni x kan pernah habis. Rasanya bibik2 ni sebelum dtg malaysia teruja dengar cerita2 dr kawan2. Sekali dh sampai sini x seindah disangka. Tu yg cabut lari..
Quote jijioaynna 31-12-2020 11:11 PM
Ku rasa maid ni cabut sbb xtahan jaga rumahtangga dia yg ahli ramai tp malas masing2 pon...sbb ank dia yg kecik tu,even gosok gigi pn harap maid.sbb ade video dia tnjuk,dia ckp kt anak dia 'haa pandai pun gosok gigi sdr walo xde maid'.
Bayangkn la betapa exhaustednya maid nye nak cover semua house chores dgn ahli yg ramai mcm tu.baik serve kt rumah yg anak sorg mcm rumah awal-scha ke..hikhik

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top