Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Syed Saddiq Nazar Botak Kepala Kutip Sumbangan RM200,000

28-12-2020 01:57 PM Komen: 49
Kredit foto: IG Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bernazar membotakkan kepalanya jika berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 pelajar dalam kawasan parlimen beliau.



Dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak mereka, maka kempen #1keluarga1laptop dilancarkan.



Melalui cara sama sebelum ini, Ahli Parlimen Muar itu berjaya menyumbang sebuah komputer riba kepada 100 pelajar yang terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menerima tawaran melanjutkan pelajaran.

Inisiatif ini khas dilakukan kerana saya sedar kepentingan laptop yang kini sangat diperlukan oleh para pelajar.

Saya juga bernazar, dengan tercapainya sasaran kempen ini, saya akan membotakkan kepala saya sebagai tanda kesyukuran. Semuanya demi Muar.

Saya berharap dan menyeru para insan yang baik hati dan dermawan supaya turut serta bersama saya di dalam menjayakan program murni ini, katanya memetik Suara Merdeka.


Kredit foto: Twitter

Syed Saddiq teruja apabila sehingga malam tadi berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM61,410.

Ianya menguatkan lagi iltizam saya untuk memastikan sasaran RM200,000 mesti dicapai. Doakan semoga kempen ini berjaya. Bantulah sebarkan tentang kempen ini kepada rakan dan saudara anda.



Nak tengok saya botak kan? Semoga semuanya berjalan lancar. Jalan tegak, ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
33
Marah
22
Terkejut
13
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
0
1
Komen: 49
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote NazRysha 5-1-2021 02:09 PM
laptop terpakai ke baru?

Lain-lain Komen

Quote sarah82 28-12-2020 12:26 AM
radikal? biar betul tindakan nazar botakkan rambut tu radical...kenapa aku rasa biasa saja...lain la kalau dia berguling2 seluruh muar kalau berjaya kumpulkan 200k.

apa pun tujuan dia bagus...jadi aku doakan semoga dia berjaya kumpulkan 200k utk beli 100 buah laptop.

oh ni persoalan bodoh aku...beli 100 buah laptop tu kira bundle kan...x ada yg dpt bagi harga borong? aku tanya sebab aku nak tau
Quote KIM.K 28-12-2020 12:35 AM
Padahal dalam akaun dia duploh juta kot
Quote Tinot7 28-12-2020 01:16 AM
Eh aritu bkn dia ke yg report polis hilang 200k?
Ni akaun khas utk derma ke apa?
Quote Yunbin 28-12-2020 01:33 AM
Sapekah yg nk sangat tengok dia botak tu?

Btw baguslah kalau mmg niat dia nk tolong student
Quote kimsa-ra 28-12-2020 01:45 AM
Gaji heols yg bnyk jd menteri sblm ni mana
Quote clarizsa 28-12-2020 01:47 AM
Biar jelah budak2 tu beli sndri
Duit ptptn kan ada

Quote lampor 28-12-2020 06:06 AM
Mm.. bulu tiak tanak cukur sekali ke?? Dia ni x sesuai la jadi politician....jadi selebriti suda...
Quote cikkilata 28-12-2020 07:18 AM
Alasan nk kutip duit utk cover duit yg hilang ari tu ke?
Quote asma87 28-12-2020 07:37 AM
Syed sadik ni elok jadi pelakon je...leh jugak la eye candy..aku lagi sanggup tengok SS jadi hero banding hero kertu zul arifin
Quote Knowlee 28-12-2020 08:42 AM
Apehal nak kutip? Simpan cash kat rumah pun lebih byk drpd tu. Guna la duit kat rumah tu... Belanja cikaro 1 malam pun lebih drpd berapa laptop harganya ye.
Quote TomyamPuteh 28-12-2020 10:08 AM
@Kurex musti excited kan...
Quote highcastle 28-12-2020 10:15 AM
Teringat dulu katanya kat cari ada yang bernazar berlari bogel..... Lupa lak nama forumer tu.........
Quote takayama 28-12-2020 10:20 AM
yealah syed kaka doakan  supaya impian itu tercapai jd kaka leh tgk syed membotakkan kepala
Tp dia mmg byk membantu org2 Muo bukan shj students dan org tua tp peniaga dan gelandangan juga, walau ramai rengsa dgn dia tp be da baik kaka kenalah puji juga kan
Quote Al-Patih 28-12-2020 10:28 AM
skin head dah tren baru kot...
Quote syaz_lina 28-12-2020 10:32 AM
Apo2 la dek saddick..ko dah tak relevan sejak atuk turun. Please pi sambung belajar lg bagus
Quote Kurex 28-12-2020 10:50 AM
TomyamPuteh replied at 28-12-2020 10:08 AM
@Kurex musti excited kan...


Zoom            
IMG_20201228_104932.jpg
Quote tripleid 28-12-2020 11:45 AM
oklah..better drpd kutip derma tin milo lobai pas yg hasil dermanya x tahu diguna utk apa
Quote jalfa 28-12-2020 12:05 PM
Senang senang je skrg minta derma ya mesti byk sumbangan sbb yg mohon yb kacak....cer bang bung yg minta derma
Quote cmf_premierleag 28-12-2020 01:33 PM
ala ko lelaki..kalo ko botak pun so what???
laki aku pun botak
normal la laki botak ni
tapi kalo ko pakai tudung ke, baru la rare species

Lihat semua komen(49)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top