Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Hobi Berkuda Bukan Untuk Golongan Kaya Je, Tak Mahal Pun" - Sarah Suhairi

27-12-2020 01:20 PM|Oleh: LilRose| Komen: 38

Semua hobi 'makan duit'. Sarah Suhairi, 20, mengakui apa sahaja berkaitan hobi pasti memerlukan perbelanjaan, tapi tidaklah sampai membebankan penggemarnya.

Berkata kepada Harian Metro, Juara Big Stage musim pertama itu menafikan hobinya pada sukan berkuda menelan perbelanjaan besar.


Kredit foto: IG

"Setiap hobi memang ada sejumlah wang perlu disediakan, tetapi boleh sahaja ikut kemampuan kewangan kita sendiri. Tak perlu pun nak ikut orang lain.

"Begitu juga dengan hobi saya terhadap sukan berkuda ini, ia tidaklah terlalu mahal seperti didakwa segelintir orang, termasuk dilabel sebagai aktiviti untuk golongan kaya dan berada," katanya kepada Harian Metro.

Jelasnya, dia mula aktif dengan sukan berkenaan sejak enam tahun lalu dan sering menyertai pertandingan anjuran kelab berkaitan.

Menunggang kuda adalah terapi untuk dirinya. Walaupun penat, ia menyeronokkan, katanya.

"Apabila terbabit sukan berkuda, ia adalah 'me time' atau masa untuk diri saya sendiri," ujarnya.


Kredit foto: IG

Tambahnya, setiap minggu dia akan mengikuti latihan menunggang di tempat sewa kuda yang berpatutan dan sudah biasa dikunjungi.

Menjelaskan kuda memerlukan penjagaan rapi, Sarah mengakui terpaksa menjual kudanya kerana tidak ada penjaga memandangkan kerjaya seni membataskan masanya untuk menjaga kuda-kuda itu.

Berapalah yang dibelanjakan Sarah untuk hobinya ini agaknya ya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 38
Komen

Previous : Nyaris Bertumbuk Masa Rekod Lagu, Tajul Tertekan Tak Cukup Tidur Anak Meragam

Next       : "Public Figure Malaya, Sila Padam Gambar Kalian Memakai Topi Santa" - PU Syed

Komen Terbaru

Quote kucingitam 29-12-2020 01:04 PM
akak gayat dik..lagi2 teringat superman lumpuh bila jatuh kuda...seramm...

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 27-12-2020 02:34 PM
Org b40 tak mampu buat benda ni..

RIDING SCHOOL

Here are some details about the riding school:

Opening Hours

7.45 - 11.45am

4:15pm - 7:15pm

Tuesday - Sunday (Closed on Mondays)

Tel 03 - 8888 6080 (ext 118) or 03 8881 1271

Fax Fax: 03 - 8888 8699

Minimum age for children: 7 years.

Riding helmets are available for rent.

Charges

RIDING RATES

Group riding lesson (45 minutes) with instructor (Minimum of 2 riders) RM 60.00

Private lesson (45 Minutes) with instructor RM 70.00

Horse rental (45 minutes) RM 50.00

Pony Ride (20 minutes) RM 20.00

Escorted hacking (Minimum of 2 riders) RM 60.00

RIDING LESSON PACKAGES (8 LESSONS)

Beginners Package RM 380.00

Group Lesson Package RM 430.00

Private Lesson Package RM 500.00

https://www.malaysia-traveller.com/putrajaya-equestrian-park.html
Quote slyfynx 27-12-2020 02:38 PM
Oh, ye ke.
Baru aku tau x mahal.
Cite sikit berapa harga sekor kuda, and berapa kos nk jaga.
And if ko sewa, berapa kos mingguan?
Time2 covid mcm ni ramai terjejas, and ko leh ckp mcm tu kan.
Quote izat123 27-12-2020 02:56 PM
Walaupun aku pernah je boring boring pergi naik kuda, tapi kau punya statemwnt ni sangat lah out of touch dik.
Quote misc 27-12-2020 03:05 PM
Nampak sgt dia budget utk sorang yg bujang, mmg lah murah. Tunggu dia komen sekali lagi bila dia masuk dlm kategori b40 dan anak 5.
Quote ilacantik 27-12-2020 03:08 PM
Dia ni ke yg awal2 musim covid tu pergi bercuti kat UK? Kalau dah kaya, nak hobi apa pun boleh dek. Kau nak ke angkasa pun boleh, janji duit ada.
Quote lattehazelnut 27-12-2020 03:09 PM
Enam tahun lalu kau baru 14..
Kuda tu kau or parent belikan?
Quote TerataiMelur02 27-12-2020 03:27 PM
Iyo la dik non.
Dia ni macam dah nak kesenduan..
Quote makneng 27-12-2020 03:33 PM
Sendurina sgt diknon. By the way berkuda termasuk dlm hobi/activiti yg mahal. Lain la kalau uolls ckp main dam ulau.. Ha tu ye murah baq hang!
Quote adeqbun 27-12-2020 03:41 PM
Bg ko x mahal..bg aku ikan bilia dan sadin pon dhmahal skang..level definisi mahal kite berbeza dik..ko kalau mampu byat ape2 jgn la ckp ala benda murah je..org yg xmampu dgr bole kecik ati..jd buat je xyah kate benda tj murah
Quote ina_na 27-12-2020 04:05 PM
Aku dr muda lg kot rs berkuda ni mahaii.. Kalo sehari belajo modal rm60-100..boleh beli brg bsh seminggu
Quote pxlbb 27-12-2020 04:05 PM
Kalau b40 mampu sukan berkuda so ramai2 yg tak mampu tu b5 ke dekkk. Below 5 percent bottomest of the bottom kekdahnyeee {:stress
Quote aammyy 27-12-2020 04:06 PM
Latihan berkuda mmg la tak mahal tapi nak bela kuda sekor tu mak aii. Sbb tu ada statement ni kan

"Menjelaskan kuda memerlukan penjagaan rapi, Sarah mengakui terpaksa menjual kudanya kerana tidak ada penjaga memandangkan kerjaya seni membataskan masanya untuk menjaga kuda-kuda itu."

Penjagaan rapi ke penjagaan mahal? ada duit suruh je la orang jaga. Apa masalah. Duit lettew.
Quote AbukRokok 27-12-2020 04:18 PM
contoh org miskin bersukan kuda?
Quote AbukRokok 27-12-2020 04:20 PM
klu ramai berhobi kuda nti ada pula kluster berkuda atas jalan dan highway hobi kami mahal
Quote bintangterang 27-12-2020 07:26 PM
definisi mahal dia lain
Quote Supersirap 28-12-2020 01:12 AM
Harga masih boleh diterima kepada sesiapa yang mampu, salah satu sukan yang bagus untuk kesihatan
Quote miss_perfect 28-12-2020 01:23 AM
Cuba la jgn buat statement yg menyakitkan hati time2 org ramai susah takde kerja, makan bercatu semua ni. Bodoh tak bertebing.
Quote nolya 28-12-2020 01:48 AM
Aku rasa orang yg paling kesian tak merasa nak berhobi kude ialah Makcik Kiah n Pakcik Samad.  Terkial2 cari modal nak jual goreng pisang.  Pak Samad pulak dok lah ulang alik bank minta moratorium.  
Quote belacan_gurl 28-12-2020 06:02 AM
Tinot7 replied at 27-12-2020 02:34 PM
Org b40 tak mampu buat benda ni..

RIDING SCHOOL

Haiyoooo...dah ala2 harga aku amik pt dlm gym je...rm85 utk sejam... 10 sesi... Hahahahaha

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top