Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Peminat Tubuh Akademi Muzik Sempena 'Birthday' V BTS

24-12-2020 12:47 PM| Komen: 17

Sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 ahli kumpulan BTS, V, peminat setianya di China mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah akedemi muzik yang menggunakan nama idola mereka itu.


Kredit foto:


Army (nama gelaran peminat BTS) di sana memilih nama sebenar V iaitu Kim Taehyung sebagai nama sekolah tersebut yang terletak di Guangxi Zhuang, lapor Pinkvilla.

Tujuan penubuhan akademi itu bagi memberi peluang kepada bakal pemuzik muda yang mempunyai minat mendalam terhadap seni muzik bagi melebarkan sayap mereka.



Sementara itu, V menyatakan dia tidak mempunyai sebarang agenda istimewa bagi meraikan hari lahirnya yang disambut 30 Disember ini.

Sebaliknya, jejaka kacak itu mengatakan dia sangat merindui para peminat dan berharap dapat bertemu dengan mereka semula secepat mungkin.

BTS sepatutnya mengadakan konsert jelajah dunia pada April lalu namun terpaksa dibatalkan gara-gara pandemik Covid-19.

Selain V, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2013 itu turut dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan Jungkook.

Sumber: mStar


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 17
Komen

Previous : Bunga Citra Lestari Tak Terfikir Langsung Nak Kahwin Lagi

Next       : Baru Setahun, Anak Baim Wong Dapat Hadiah Pacuan Empat Roda

Komen Terbaru

Quote gideoncross 6-2-2021 12:47 AM
nadie90 replied at 16-1-2021 11:06 PM
Saya suka lgu BWL tu...slps dr tu lagu2 yg keluar thn lps dh mcm kurg menyengat di telinga saya... ...

Bgi iol biasa2 je, xde wow factor pun hahahaha.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 24-12-2020 01:34 PM
Rimas betul tgk laki mekap mcm pompuan
Quote husna_amal 24-12-2020 02:57 PM
Nasib lah tak kenal sorang pun. Cuma yang jelas budak2 bts ni tak boleh kena usik nanti ada army yang menyerang
Quote merrissa 24-12-2020 04:38 PM
husna_amal replied at 24-12-2020 02:57 PM
Nasib lah tak kenal sorang pun. Cuma yang jelas budak2 bts ni tak boleh kena usik nanti ada army yan ...

wakakaka betulll wehhh

tp x heran pon if ada peminat begini...bts ni bukannya cikai2...billionaire punya industri

retis malaysia suam2 kuku pon ada peminat fanatik
Quote sarah_ary2 24-12-2020 09:37 PM
Wah hensemnya Tete heheheheh
Quote Itzy 24-12-2020 11:32 PM
Kurex: Rimas betul tgk laki mekap mcm pompuan


Ala cakap la kau jeles dia rampas lelaki2 idaman kau hahahah
Quote Itzy 24-12-2020 11:33 PM
Ala bukan best pun bts tu. Lagu dia satu dua je yang best cam dna, fire yang lain tu ke laut
Quote CiliPadiSedap 25-12-2020 12:52 AM
Itzy: Ala bukan best pun bts tu. Lagu dia satu dua je yang best cam dna, fire yang lain tu ke laut

Bobo di mana tu lagu bts ke? Kenapa sendu takde army?
Quote RatuDunia94 25-12-2020 09:50 PM
Bila lah zaman BTS ni ni berakhir.. bosan. Dah la kat twitter madang nama ahli dorang je yg trending hari2
Quote gideoncross 26-12-2020 02:35 AM
RatuDunia94 replied at 25-12-2020 09:50 PM
Bila lah zaman BTS ni ni berakhir.. bosan. Dah la kat twitter madang nama ahli dorang je yg trending ...

Tol tu, esp nma Jungkook, boleh d ktakn hmpir tiap2 hri naik kat Twitter. Dh trlmpau overrated pun jdi boring gak, mcm zmn Justin Bieber dlu2 tu.
Quote gideoncross 26-12-2020 02:36 AM
Itzy replied at 24-12-2020 11:33 PM
Ala bukan best pun bts tu. Lagu dia satu dua je yang best cam dna, fire yang lain tu ke laut

Boy Wit Luv tu biasa2 je tpi boleh mletup kebabom, mungkin dorg ni dh join Illuminati kot, tu yg tiba2 jdi famous habis2 an tu.
Quote gideoncross 26-12-2020 02:37 AM
husna_amal replied at 24-12-2020 02:57 PM
Nasib lah tak kenal sorang pun. Cuma yang jelas budak2 bts ni tak boleh kena usik nanti ada army yan ...

ARMYs mmg almost smuanya annoying, kat YT lgi lh, kat video yg bukan psl BTS pun dorg mnyibuk.
Quote cikkittydiva 26-12-2020 02:53 PM
Budak2 bts ni tak salah mereka penghibur..tp peminat  yang batak sangat ni yang jadikan industri kpop ni nmpk buruk.. bts tu dulu hanya group picisan je. Sapa try hard dia berjaya dlm industri ni.
Quote akies 14-1-2021 08:27 PM
BTS tak dinafikan group paling popular setakat ni.
Sampai leh menjana income utk negara Korea Selatan.

Diorg ni banyak rekrut group baru under label Bighit. Terbaru ENHYPEN & TXT.
Esok2 diorg kena masuk military service nanti senyap la seketika.
Muncul group lain pula.
Quote nadie90 16-1-2021 11:02 PM
Happy Birthday V....moga trus dpt menjana pendptn dan jd lebih kaya raya
Quote nadie90 16-1-2021 11:06 PM
gideoncross replied at 25-12-2020 06:36 PM
Boy Wit Luv tu biasa2 je tpi boleh mletup kebabom, mungkin dorg ni dh join Illuminati kot, tu yg t ...

Saya suka lgu BWL tu...slps dr tu lagu2 yg keluar thn lps dh mcm kurg menyengat di telinga saya....tp still sedap ja lagu2 depa
Quote mieymiey 18-1-2021 05:00 PM
Kekadang fanatik yang memburukkan nama retis.
Quote gideoncross 6-2-2021 12:47 AM
nadie90 replied at 16-1-2021 11:06 PM
Saya suka lgu BWL tu...slps dr tu lagu2 yg keluar thn lps dh mcm kurg menyengat di telinga saya... ...

Bgi iol biasa2 je, xde wow factor pun hahahaha.

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top