Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Sufie Rashid Mengaku Tak Pernah Khatam Al-Quran, Sekarang Baca Iqra' Satu

23-12-2020 12:59 PM| Komen: 11

Penyanyi, Sufie Rashid mengakui dia tidak pernah khatam al-Quran dia kini dalam proses membaca dari Iqra' satu.

Sufie, 29, atau nama sebenarnya Muhammd Sufi Rashid berkata, atas inisiatif sendiri dia mengikuti program Kelas Ngaji Talaqqi dan Tadabbur (TNT) secara dalam talian anjuran stesen TV AlHijrah dengan kerjasama Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd pada setiap Rabu.


Foto: IG

"Sewaktu kecil saya pernah masuk madrasah mengaji, tapi saya tidak khatam dan terus berhenti. Memang ada niat nak belajar tapi apabila sering memberikan alasan ia sering tertunda.

"Saya fikir sampai bila tak pandai membaca dan mengaji al-Quran. Itu yang saya terbuka hati nak belajar semula. Apa lagi pada 28 Januari depan umur sudah 30 tahun. Jadi, sejak sebulan lalu saya ambil inisitif mengikuti kelas dalam talian bersama seorang Ustaz Iman pada setiap Selasa, selepas maghrib selama 15 minit.


"Kemudian, TV Alhijrah pelawa untuk terbabit dalam program mereka. Jadi, saya ada tambahan ustaz yang mengajar selama sejam. Bukan belajar baca Iqra' saja, tapi saya boleh bertanya semua perkara seperti solat, bacaan dalam solat dan persoalan mengenai bab agama.

"Alhamdulillah, saya sudah habiskan bacaan Iqra' satu dan dua. Sekarang saya masuk Iqra' tiga. Saya memang tidak boleh baca langsung. Nak kenal huruf pun lupa. Saya nak jadikan azam 2021 yang mana boleh baca dan khatam al-Quran," katanya.


Sufie yang juga juara program Akademi Fantasia 2015 berkata, tidak ada apa yang perlu dimalukan apabila berkongsi perkara itu.

"Nak kata malu, mesti ada rasa malu sebab kita manusia. Apa lagi perkara macam ini. Tapi sampai bila nak malu dengan orang sedangkan dengan Allah tak malu? Itu yang sepatutnya dahulukan.

"Bagi saya biarlah malu asalkan dapat ilmu. Alhamdulillah, apabila saya berkongsi di media sosial ramai mesej DM bertanya dan minta motivasi," katanya.



Kelas Ngaji Online Talaqqi dan Tadabbur (TNT) yang bermula sejak bulan lalu adalah bagi mewujudkan satu platform dalam talian bagi rakyat Malaysia mempelajari al-Quran dari rumah sambil dibimbing Qari dan Qariah terkenal.

Antara terbabit adalah seperti Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Tirmizi Ali, Ustazah Farhatul Fairuzah Panut dan ramai lagi.

Selain berpeluang mendalami ilmu al-Quran, peserta turut akan diberikan ujian pada setiap sesi kelas bagi memastikan peserta betul-betul memahami dan mendapat ilmu sepanjang kelas berjalan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 11
Komen

Previous : "Kalau Bab Seangkatan Korang, Senyap Je"- Michael Ang Bengang Dengan PU, Pertahan Kamal Dan Uqasha

Next       : 'Tererlah Dia' - Kinah Terkejut Bakal Suami Lancar Baca Alif Ba Ta

Komen Terbaru

Quote drivethru 23-12-2020 10:01 PM
Ade aku kesah dengan retis singapork.

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 23-12-2020 01:31 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote cap_ayam 23-12-2020 01:33 PM
Alhamdulillah. eloklah dapat keinginan nak belajar mengaji.
Quote lattehazelnut 23-12-2020 01:40 PM
Dah sebulan iqra 3 lg ke?

https://www.rotikaya.com/akui-buta-huruf-sufie-rashid-gigih-belajar-mengaji/
Quote Redmyvi 23-12-2020 01:41 PM
Perlu ker bgtau semua orang benda nie..
Quote NazRysha 23-12-2020 01:42 PM
alhamdulillah
Quote enot_sibudak 23-12-2020 02:59 PM
Bgs dik, semoga dipermudahkan.. Belum terlmbt
Quote husna_amal 23-12-2020 03:12 PM
Takpe lah masih belum terlambat untuk berubah. Yang penting ada usaha untuk belajar daripada tak buat apa2 langsung.
Quote slyfynx 23-12-2020 03:12 PM
Yes, nk belajar tu bagus, but no, membuka pekung di dada sendiri tu x bgs.
Aib orang kene tutup, ape ntah lagi aib diri sendiri
Quote depresio 23-12-2020 03:49 PM
Musim buka pekung masing2..
nak apa sebenarnya yg buka pekung yg Allah dah tutup tu?
Aib sendiri sendiri yg buka
Quote minah_selekeh 23-12-2020 09:56 PM
Sapa tanya progress Iqra' kau? Sapa tanya??
Quote drivethru 23-12-2020 10:01 PM
Ade aku kesah dengan retis singapork.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top