Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Penguatkuasa Syariah Cabul, Sebar Aib Rakan Sekerja

22-12-2020 01:21 PM Komen: 19
Seorang penguatkuasa syariah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul dan mengaibkan rakan sekerjanya.

Majistret Nordiana Abd Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Ahmad Fakkarudin Wahab, 30, yang mengaku salah terhadap dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 40 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa di sebuah pejabat kerajaan di sini, jam 4.20 petang pada 25 November tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa mengaibkan kehormatan mangsa di lokasi sama pada 10 pagi 25 November tahun lalu.


Foto: Berita Harian

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 14 bulan dan 12 bulan bagi pertuduhan pertama serta kedua.

ADVERTISING

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Sebelum ini, tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Bagaimanapun, selepas tiga saksi pendakwaan dipanggil, tertuduh menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full, manakala tertuduh diwakili peguam, Othman Bakar.

Terdahulu, Ka Full meminta hukuman berbentuk pencegahan kerana ia gangguan seksual di tempat kerja yang sering berlaku dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Katanya, kejadian itu turut memberikan trauma cukup mendalam kepada mangsa hingga menangis ketika memberi keterangan di mahkamah.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kakitangan kerajaan di negeri ini ditahan polis selepas didakwa mencabul rakan sekerjanya.

Suspek mengekori mangsa yang ketika itu mahu menunaikan solat Asar di sebuah bilik sebelum bertindak memegang tangan mangsa. Mangsa mendakwa sering menjadi mangsa gangguan seksual suspek di pejabat sejak tiga tahun lalu.

Lelaki itu ditahan jam 3.40 petang 6 Disember tahun lalu di tepi jalan di hadapan stesen teksi dekat Jalan Masjid Abidin, di sini. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 23-12-2020 07:25 PM
Bedah.Cun replied at 23-12-2020 01:50 PM
Kaw keje dalam jabatan agama macam mane? Kaw datang sneh cabul mak skang! Mak kempittt ngkawww sampa ...

Amboi, ade ke yg selera nak cabul mak tu...

Lain-lain Komen

Quote makneng 22-12-2020 02:13 PM
Padan muka. Kerat je nonet tu.
Quote Punat_button 22-12-2020 02:16 PM
thread paderi takde ka aku nak kasi up?

Quote husna_amal 22-12-2020 02:41 PM
Mereput lah kat dalam penjara tu.
Quote AbukRokok 22-12-2020 02:45 PM
org alim ni lg besar dugaan dari Alloh dari kita jadi kita husnuzon je lah...
mgkin ini sebahagian dari fitnah illuminati mcm dai  
Quote Supersirap 22-12-2020 11:11 PM
Apabila membuat sesuatu berlandaskan hawa nafsu, kesannya diri sendiri yang susah
Quote ikanmasin 22-12-2020 11:50 PM
padan muka..ingat selama tu diam tu makin menjadi2..
Quote MissYouSayang 22-12-2020 11:58 PM
Penunggang ugama wannabe...xmalu dgn org kapir ke buat pangai cam celako ni
Quote LemakPetai 23-12-2020 12:02 AM
Perbuatan tu masa mangsa tu nak solat. Apa la dlm fikiran dia agaknya masa tu...stim tgk org pakai telekung ke
Quote Jemahjemah 23-12-2020 01:53 AM
Pastu org gomen dgn banggakan ckp melucah di tmpt kerja itu normal. Siap ada yg ngaku kalau sangap make love je terus masa lunch hour. Bodo piang.
Quote pyropura 23-12-2020 01:58 AM
Lobai isele
Quote jalfa 23-12-2020 04:01 AM
Acik 40@n pon ko stim dah kenapa..lahap sgt pi la ke sempadan..siap ada saksi tu mmg lahanat punya jantan.
Quote ladybugz 23-12-2020 06:23 AM
lelaki mmg bahaya. x kira siapa. kat ofis mmg berbulu mata, bergurau senda lelaki n wanita tanpa batas pun dah dianggap biasa. seriously, jgnla buat mcm tu. mende yg kecil boleh lead to perkara yg lebih besar. sama2 la menjaga. dtg bekerja utk cari rezeki yg halal. jgn duk melucah walaupn bergurau terutama berlainan jantina. duk bergelak2 duk bersembang2 terutama yg dah berkahwin. panggilan manja mcm sayang, abang, dll tu simpan utk pasangan jela, takyah nk bermesra2 dgn yg lain kat opis. makan pun walau beramai2 elak la dgn yg berlainan jantina. apatah lg berdua2. jgn duduk berdua dalam bilik kalau nk jumpa sekejap pun bukak la pintu ofis tu, utk selamat dari fitnah. terutama wanita bergelar isteri, izin suami utk kita bekerja tu bersyarat, jaga kelakuan dan aurat kita. Allah juga sentiasa melihat. semoga semuanya makin menjaga. inshaAllah Allah akan jaga kita.
Quote Tinot7 23-12-2020 08:56 AM
Eeewww.. tmpt keje pun tak slamat

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 40 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa di sebuah pejabat kerajaan di sini, jam 4.20 petang pada 25 November tahun lalu.
Quote weezerfan 23-12-2020 10:24 AM
Pdn muka..smg mereput dlm jel
Quote sharlenetexas 23-12-2020 01:33 PM
Takde yang nak cari IG abam2 polis di sebalik face mask?

Quote Bedah.Cun 23-12-2020 01:50 PM
Kaw keje dalam jabatan agama macam mane? Kaw datang sneh cabul mak skang! Mak kempittt ngkawww sampai kering!!! Grrrrr!
Quote tikusmontok 23-12-2020 02:23 PM
AbukRokok replied at 22-12-2020 02:45 PM
org alim ni lg besar dugaan dari Alloh dari kita jadi kita husnuzon je lah...
mgkin ini sebahagian  ...

Tang mana yg tulis org alim? Yg jelas penguatkuasa 3 tahun dah geram.
Quote arm_band 23-12-2020 07:17 PM
oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini,


baca first line - di sini. tapi kena baca sampai last line baru tahu "di sini" tu kat mana. tu pun kena teka and google dulu utk dapat kepastion kejadian berlaku kat mana


Quote MissYouSayang 23-12-2020 07:25 PM
Bedah.Cun replied at 23-12-2020 01:50 PM
Kaw keje dalam jabatan agama macam mane? Kaw datang sneh cabul mak skang! Mak kempittt ngkawww sampa ...

Amboi, ade ke yg selera nak cabul mak tu...

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top