Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Projek Anchor SPM Lakonan Daiyan Trisha Tiru Filem Thailand?

22-12-2020 12:27 PM| Komen: 76

Peminat filem-filem Thailand pasti sudah pernah mendengar ataupun menonton Bad Genius lakonan mantap Chutimon dan Chuengcharoensukying.

Filem berkenaan mengisahkan tentang Lynn, seorang pelajar pintar yang berkawan dengan Grace, pelajar aktif dalam kokurikulum namun agak kecundang dalam pelajaran.

Pada hari peperiksaan, Lynn terpandang Grace yang sedang menangis dan disebabkan kesian, Lynn memberi jawapan kepada Grace.

Teman lelaki Grace mendapat tahu yang Lynn “membantu” Grace dalam peperiksaan dan menawarkan jumlah wang yang banyak kepada Lynn untuk turut menolongnya.

Lama-kelamaan, pelajar-pelajar lain mula mendapat tahu tentang “servis” Lynn dan mereka mula “melanggan servis” Lynn dengan membeli jawapan ujian.

Namun, menerusi laman Twitter baru-baru ini, seorang pengguna telah mengulang ciapan dengan melahirkan perasaan kesal:

Foto: Twitter

“Malaysia punya cerita memang suka tiru cerita luar ke? Lepastu tanya kenapa cerita cerita Melayu tak top macam cerita negara lain. Cuba lah produce good quality film/drama/movie from ur own idea not plagiarized from other country’s film. No no no,” tulisnya

Ciapan itu dituju khas buat filem Projek Anchor SPM terbitan pengarah tempatan yang dikatakan sama seperti Bad Genius.


Foto: IG

Filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi itu dibarisi pelakon Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan dan sebelum menghukum, lebih baik kita tonton dahulu! -CARI

Sumber: Hot FM

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
4
0
0
Komen: 76
Komen

Previous : Tiba Ke Finale Selepas 20 tahun, Selamat Tinggal Gerak Khas!

Next       : K Drama Angkat Kimchi, Ramen, Kenapa Kita Asyik Roti Bakar Dan Jus Oren Je?

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 22-1-2021 03:44 PM
akak betul2 lapar ni

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 22-12-2020 12:44 PM
Kalau tiru kemudian bagi kredit ok lah.
Quote Kurex 22-12-2020 12:50 PM
Penyanyi latar utk lagu sendiri
Quote puanserama 22-12-2020 12:52 PM
seriously tiru..? pffftt
citer ni fav iols..
Quote lotionmilo 22-12-2020 01:17 PM
Kenapa perlu tiru? Bosannyaaa
Quote sokmogitu 22-12-2020 01:18 PM
siapa yg twit tu mmg bangang abadi. Filem belum siap, xde sapa tonton lagi pun kau dah berkokok tuduh diorang meniru filem luar...kau datang dari masa depan ke?
Quote apedehal 22-12-2020 01:20 PM
Biasher2 je muka daiyan biler xmekap @JD bdak skulah..sasha abedul tu lg cantik n sesuai muka budak sekolah
Quote immaryjane 22-12-2020 01:20 PM
Sendu je muke daiyan dalam gambar tu. dlm ig sendiri kemain angelic
Quote kechikchomel 22-12-2020 02:18 PM
Tapi cite Bad Genius ni pun inspired by true event jugak kan
Quote SayaSayangMama 22-12-2020 02:29 PM
Mcm muka dynaz je
Quote VespaSilbe 22-12-2020 03:02 PM
Bad genius best...
Quote addamnor 22-12-2020 03:59 PM
Nak tiru buat cerita bagus macam queen gambit tak ada kepakaran dari segi script writers and CGI, so buat lah cerita ala ala inspired dari cerita lain tapi guna tema peperiksaan SPM.. peperiksaan yang semua orang duduki, tak perlu hire orang lain bantu script writer buat jalan cerita
Quote lasagna 22-12-2020 04:07 PM
like seriously sebijik sejibun ke cite nya? kalau camni mmg koser lah nk tgk, buang masa.
Quote dua_chzy 22-12-2020 04:20 PM
kechikchomel replied at 22-12-2020 02:18 PM
Tapi cite Bad Genius ni pun inspired by true event jugak kan

Inspired by true events dan inspired by copycatting other dramas/movies, laen...
Quote Suchi 22-12-2020 04:25 PM
Tajuk cam nama butter je
Quote kechikchomel 22-12-2020 04:40 PM
dua_chzy replied at 22-12-2020 04:20 PM
Inspired by true events dan inspired by copycatting other dramas/movies, laen...

iolss ok je kalau inspired by true events tu...tapi kalau meng'copy cat' tu mmg tak la iolss nak tgk.
nak2 kalau pelakon dia tu ermmm...ermmm...
Quote jijilaaa 22-12-2020 04:51 PM
kalau tiru pun apa salahnya. banyak je filem remake thailand, korean, tamil, bollywood,hollywood. aiiyoooo
Quote love_warrior 22-12-2020 05:02 PM
SayaSayangMama replied at 22-12-2020 06:29 AM
Mcm muka dynaz je

Hah... I pon nmpk yg sama
Quote aderaderker 22-12-2020 05:04 PM
kechikchomel replied at 22-12-2020 02:18 PM
Tapi cite Bad Genius ni pun inspired by true event jugak kan

So apa yg you cuba sampaikan kat sini sebenarnya?
Quote sharlenetexas 22-12-2020 05:06 PM
Jangan pulak jadi cite budak2 keanak2an.

Lihat semua komen(76)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top