Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Istimewa Untuk Nur Fatima, Fattah Amin Terjemah Bahagia Menerusi Lagu

22-12-2020 11:53 AM| Komen: 29

Foto: IG

Selain dikenali sebagai pelakon, Fattah Amin juga membina kerjaya dalam bidang nyanyian.

Terbaharu, dia muncul dengan lagu kerohanian berjudul Sinar Selawat.

Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik ditulis bersama Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya itu dianggap sangat bermakna buat Fattah yang bergelar bapa pada 2 Oktober lalu dengan kelahiran cahaya matanya, Nur Fatima Aisya.





Fattah yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 2017 menyifatkan tiada yang lebih indah selain memanjatkan doa dan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kurniaan anak yang dinanti-nantikan selama ini.

Berbicara mengenai lagunya itu, Fattah berkata karya Sinar Selawat menterjemahkan kebahagiaan yang ada di dalam hatinya selepas bergelar bapa. Ujarnya, ia perasaan yang sangat indah.

"Lagu Sinar Selawat meluahkan suara hati dan perasaan bersyukur saya apabila Allah SWT mengurniakan zuriat buat kami suami isteri. Hadirnya, Nur Fatima Aisya adalah anugerah terindah.

"Seperti pasangan lain, saya dan isteri turut menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga kami. Alhamdulillah, penantian dan doa kami termakbul juga.

"Ia detik yang menjadi kenangan paling manis buat kami ketika menyambut kelahiran cahaya mata. Kemanisan dirasa lebih bermakna apabila kehadiran Nur Fatima Aisya diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW," katanya.



Ujar Fattah, rakaman lagu Sinar Selawat juga adalah projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu. Katanya, lagu berkenaan sangat menyentuh hati dengan bait indah lirik yang dihasilkan.

"Sebagai penulis lirik berpengalaman, nukilan lirik Ahmad Fedtri kena dengan perasaan saya. Malah, dia (Ahmad Fedtri) berjaya menyelami segala yang terpendam dan terbuku di sudut hati ini, pada ketika saya menempuh pengalaman baharu menjadi seorang bapa.

"Tidak terkecuali, dia juga berjaya menterjemahkan perasaan bertuah dan terharu saya apabila Allah SWT memberikan peluang berharga untuk menikmati setiap saat yang istimewa selepas memiliki anak.

"Setiap bait lirik itu menyimpan makna yang tersendiri dan ia menjadi lebih sentimental apabila diselitkan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT berserta selawat sebagai simbolik kesyukuran," katanya.


Terdahulu, Fattah melancarkan lagu Kiriman Agung pada September lalu yang menjadi doa dan harapannya ketika menanti kedatangan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

Sementara itu, Hafiz selaku komposer berkata, peluang bekerjasama dengan Fattah ketika rakaman lagu Kiriman Agung banyak membantunya untuk memahami apa yang dimahukan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu.

"Agak mudah bekerja dengan Fattah dan tahu kehendak lagu diinginkannya kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Ketika menghasilkan lagu Kiriman Agung, saya cuba memahami perasaan Fattah dan isteri, yang begitu menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka.


"Saya jadikan zikir-zikir amalan memohon zuriat sebagai asas utama untuk melodi dan Alhamdulillah, pendekatan berkenaan begitu menyentuh perasaan.

"Menerusi lagu Sinar Selawat ini, saya sebenarnya cuba menterjemahkan perasaan syukur dan terharu pasangan suami isteri apabila doa mereka dimakbulkan Allah untuk menimang cahaya mata," katanya.

Sehubungan itu, video muzik lagu Sinar Selawat yang diiterbitkan Universal Music Malaysia dan dimuat naik di YouTube hingga kini sudah mencatat lebih 46,000 tontonan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 29
Komen

Previous : Ali Puteh Luah Rindu Pada Ibu Dan Abam, Kenapa 'Kerat' Gambar Hidayah?

Next       : Kini Cepat Letih, Alif Satar Akan Kongsi Kisah Jadi Pesakit Covid-19 Di YouTube

Komen Terbaru

Quote siti_shaqila 23-12-2020 04:10 PM
Fafaaisa replied at 23-12-2020 12:36 PM
Lama roti menyepi tiba2 ada benang timoh zapzupzap terus muncul...hahahaha...benang lain dia x ambik ...

Peminat fanatik chuolss di mana ada faz fatima di situ ada rotijomput...

Lain-lain Komen

Quote songhara1226 22-12-2020 12:09 PM
Asal x update berita ni tahun depan je wartawan cari oi,

Tapi sebab abam fattah herlok saya maaf kan
Quote husna_amal 22-12-2020 12:10 PM
Bagus lah perbanyakkan zikir dan selawat.
Quote luluaurora 22-12-2020 12:32 PM
untonggg fatima...
Quote krustykrab 22-12-2020 12:55 PM
Herlokkk nye pasangan ni...
Quote Redmyvi 22-12-2020 01:02 PM
Untung fatima.. semoga membesar jadi anak yang soleh..
Quote Tasikchini 22-12-2020 03:20 PM
songhara1226 replied at 22-12-2020 12:09 PM
Asal x update berita ni tahun depan je wartawan cari oi,

Tapi sebab abam fattah herlok saya maaf ...

hahahahahahahahhahahhahah
Quote Tasikchini 22-12-2020 03:21 PM
geram betul dengan budak fatima ni...rase nak geget2
Quote Addrianna 22-12-2020 03:24 PM
Again mana mod?close saja thread kn dh ada thread psl ni .editor cari tak reti nak baca forum ke sebelum publish.
Quote rotijohan 22-12-2020 03:26 PM
Tasikchini replied at 22-12-2020 03:21 PM
geram betul dengan budak fatima ni...rase nak geget2

geram celah maner???..........
muka pun tak nampak...
delusional gamaknye panatik patjurah

kesian......
punyer lah sangap nak tgk ank patjurah.....
sampai delusional

lagi double kesian....
fanatik yg macam nak mati bedoa siang malam supaya patjura mengandong...
semata nk tgk ank patjura....
alih alih....
habuk pun tarak....

semuga panatik tu redha lah yer dak??
semuga panatik tu jgk tak doa bkn bkn pd timoh sbb sakit hati xdpt tgk muke timoh
hasil dari berdoa siang malam

#selamatkantimohdari...............

Quote Geeayden 22-12-2020 03:31 PM
rotijohan replied at 22-12-2020 03:26 PM
geram celah maner???..........
muka pun tak nampak...
delusional gamaknye panatik patjurah{ ...

#selamatkantimohdarirotijohan, boleh gitu
Quote rotijohan 22-12-2020 03:33 PM
Geeayden replied at 22-12-2020 03:31 PM
#selamatkantimohdarirotijohan, boleh gitu

#selamatkantimohdarigolonganlgbt



nauzubillah takod seram...........

Quote Geeayden 22-12-2020 03:38 PM
rotijohan replied at 22-12-2020 03:33 PM
#selamatkantimohdarigolonganlgbt



Allah Maha Pengampun, tengok pengakhiran kita..Buat dosa dgn manusia kita kena jumpa org yg kita mengata... Selagi x diampun selagi itu kita menanggung dosa ya...
Quote friedfishsoup 22-12-2020 03:39 PM
Addrianna replied at 22-12-2020 03:24 PM
Again mana mod?close saja thread kn dh ada thread psl ni .editor cari tak reti nak baca forum ke seb ...

Kan dah diberitahu kita mana boleh tutup thread wartawan Cari.
Quote rotijohan 22-12-2020 03:49 PM
Geeayden replied at 22-12-2020 03:38 PM
Allah Maha Pengampun, tengok pengakhiran kita..Buat dosa dgn manusia kita kena jumpa org yg kita m ...

syukur.....

betul tu....

buat dosa dgn tuhan kena mtk ampun byk byk...
mtk ampun

pstu buat lagi
ampun lagi
buat lagi...
ish ish............

syukur...
xde buat dosa dgn timoh pattjura...
hanya tulis semuga...
itukan doa........
doa dari keburukan utk kebaikan timoh

#selamatkantimohdari...........

Quote Addrianna 22-12-2020 03:52 PM
friedfishsoup replied at 22-12-2020 03:39 PM
Kan dah diberitahu kita mana boleh tutup thread wartawan Cari.

Ia lah mod sorry lupa pulak mod tak boleh katop thread editor cari.aku memang menyampah sungguh dengar editor cari ni suka buat thread recycle semua.dh lah level editor tapi buat thread semua sampah
Quote friedfishsoup 22-12-2020 03:54 PM
Addrianna replied at 22-12-2020 03:52 PM
Ia lah mod sorry lupa pulak mod tak boleh katop thread editor cari.aku memang menyampah sungguh de ...

Ye thread wartawan ni thread ketiga. Yg thread kedua selamat dikatup, so thread wartawan ni u redha saja la yachhh
Quote Tasikchini 22-12-2020 03:55 PM
serabutlah roti...ingatkan dah mati...sibuk je kat komen orang...lantak akulah nak komen ape pun
Quote slyfynx 22-12-2020 04:04 PM
Eh, berapa zaman punye cite daaaaa.
Org dah buat thread and dh kutuk suara x sedap pun
Quote giyomi 22-12-2020 06:39 PM
menyanyi lagi ker....hmmm

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top