Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lori Makanan Tersekat Bila Perancis Tutup Laluan, Krismas Tanpa Makanan?

Oleh: Cari-Azza |22-12-2020 09:24 AM Komen: 9


Penutupan pelabuhan Dover dan keretapi laju (Eurotunnel) selepas negara-negara Eropah (UK) mengenakan sekatan perjalanan membuatkan gangguan serius terhadap bekalan makanan, terutamanya menjelang perayaan krismas.

Ia bermula apabila kerajaan Perancis menutup laluan utamanya bermula Ahad menyebabkan gangguan trafik serius. Ini kerana Tenggara England dan London telah berhadapan virus Corona mutasi yang menyebabkan jangkitan lebih cepat antara individu.


Foto : PA

Menurut Daily Star, ia membuatkan operasi lori-lori penghantar makanan terperangkap sepanjang beberapa kilometer di laluan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan dan Minuman Perseketuan, Ian Wright menyatakan kerajaan perlu bertindak bijak bagi menangani isu ini.

"Penutupan laluan dari UK ke Perancis menyebabkan berlaku gangguan bekalan makanan segar. Jadi, kerajaan perlu berusaha meminta kerajaan Perancis mengecualikan kenderaan makanan sahaja yang boleh melalui sekatan itu."


Foto : AFP

Jika ia diteruskan, kerajaan UK akan mengalami kekurangan makanan segar seperti salad, brokoli dan buah-buahan sitrus.

Sementara itu, Perdana Menteri Boris Johnson akan membincangkan hal tersebut dengan terperinci agar virus yang bermutasi dapat disekat.


Krismas akan terjejas jika lori penghantar makanan tidak dibenarkan merentasi negara -  Getty Images

Terdahulu, Jerman, Ireland, Belgium dan Kuwait telah menghentikan penerbangan dari negara Eropah sehingga akhir tahun ini.

Jadi, kita mengharapkan agar yang baik-baik sahaja untuk semua rakyat di dunia. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MissVixen 22-12-2020 09:19 PM
Kesian. Mesti berebut beli makanan sebab panik. Bekalan makanan pulak tak masuk.

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 22-12-2020 09:33 AM
Raikan perayaan secara sederhana lah nampaknya.
Quote shernazz 22-12-2020 09:37 AM
Takpe la
Takyah raya
Kitorang tak raya pung hari tu
Aci la..
Quote sarah82 22-12-2020 09:43 AM
Adil.. Kami pun beraya dlm rumah

Quote ChildrenOfBodom 22-12-2020 09:44 AM

Joyeux Noël
Quote ChildrenOfBodom 22-12-2020 09:45 AM


Merry Christmarx
Quote djzara81 22-12-2020 10:34 AM
Bad times for warga UK. Bertabahlah
Quote jalfa 22-12-2020 10:58 AM
Kami raya x de ketupat lemang...makan je juadah keyyy elll
Quote RatuDunia94 22-12-2020 09:18 PM
Entahnya.. org muslim pun beraya dgn sumber yg limited.. siap kena beraya sesorang lg
Quote MissVixen 22-12-2020 09:19 PM
Kesian. Mesti berebut beli makanan sebab panik. Bekalan makanan pulak tak masuk.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top