Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Teknologi Baru, Imbas Mata Saja Untuk Kesan Salah Guna Dadah

21-12-2020 01:46 PM Komen: 12
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan melakukan kajian rintis bagi mengesan penyalahgunaan dadah menggunakan dua Instant Visual Drug Detector (IVDD 2.0).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata alat tersebut akan mengesan penyalahgunaan dadah terhadap seseorang individu melalui sensor yang mengimbas mata.


Kredit foto: Bernama

Beliau berkata kajian rintis akan dilakukan selama enam bulan sebelum ditentukan penggunaannya.

Teknologi ini diharap dapat memberikan hasil memuaskan dan seterusnya mewujudkan kaedah pengesanan dadah yang kurang mengganggu yang adalah lebih cepat, selamat dan bersih, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima dua alat pengesan berkenaan berharga RM136,000 daripada syarikat pembekal Nyla Sdn Bhd dalam satu program inisiatif korporat bersama AADK untuk Kuala Lumpur Sejahtera, hari ini.

Zulkifli berkata keberkesanan alat tersebut akan diuji semasa operasi bersepadu di Kuala Lumpur dan Putrajaya terutamanya di pusat hiburan, kawasan projek perumahan rakyat dan sekolah.

Selain itu, kami mengenal pasti kawasan dan tempat hotspot penyalahgunaan dadah jadi pada masa yang sama, kami akan lakukan ujian keberkesanan alat ini ketika melakukan pemeriksaan, katanya.

Beliau berkata pendekatan berbentuk usaha kolaboratif pelbagai pihak itu perlu diperluaskan dengan masing-masing mengambil langkah proaktif dalam mencegah penyalahgunaan dadah. 


Sumber: Bernama


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 22-12-2020 12:26 AM
Rasanya kt google playstore dh ada apps kesan jantina seseorang melalui sinaran mata mu bak kejora

Lain-lain Komen

Quote matbad 21-12-2020 01:48 PM
Buatan manusia bleh ja jem atau terlepas. Kalau chck urine lg tepat
Quote husna_amal 21-12-2020 03:05 PM
Kalau ada peguatkuasa tak tegas/dirasuah pun tak jalan ada alat2 ni semua.
Quote Skuau 21-12-2020 03:07 PM
semoga/harap 'teknologi tak buat silap'@boleh caya 100% ka???.
Quote Perawankota 21-12-2020 03:18 PM
Kos barang tu yg sebenar berapa
Quote Tinot7 21-12-2020 06:33 PM
Mahainya...

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima dua alat pengesan berkenaan berharga RM136,000 daripada syarikat pembekal Nyla Sdn Bhd dalam satu program inisiatif korporat bersama AADK untuk Kuala Lumpur Sejahtera, hari ini.
Quote Aliaskotonggo 21-12-2020 09:28 PM
matbad replied at 21-12-2020 01:48 PM
Buatan manusia bleh ja jem atau terlepas. Kalau chck urine lg tepat

bilka dah tengok mata org tu berbuih tanda dadah, suruh la dia kincing utk confirm

Quote tumpanglalu74 21-12-2020 09:36 PM
Poligraf pon boley tipoo..  Inikan pulak sekadar jelingan manje aje.
Quote kakikuDibibirmu 21-12-2020 09:39 PM
Matanya lirik lirik selalu...
Quote kakikuDibibirmu 21-12-2020 09:42 PM
Quote brownstone 21-12-2020 09:49 PM
Harap alat ni dah teruji & pass Medical Device Authority...bukan apa, takut tech baru2 camni more to scam je...

Lebih kurang 10 tahun dulu iols ada terbaca sejenis alatan canggih bole solve satu problem (tak ingat solving apa) ...byk negara beli, in the end ternyata scam, benda tu olok2 je.
Quote xy_daen 21-12-2020 09:55 PM
Bab nak perabih duit gomen bagi projek kat kroni... Memang champion...
Quote CiliPadiSedap 22-12-2020 12:26 AM
Rasanya kt google playstore dh ada apps kesan jantina seseorang melalui sinaran mata mu bak kejora

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top