Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Penunggang Basikal Wanita Maut Dirempuh Lori

19-12-2020 05:45 PM Komen: 243
Seorang wanita maut apabila basikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori dari arah belakang di atas jambatan berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 di sini pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Saksi kejadian, Mohd Shukri@Budiman Hassan, 43, berkata, ketika kejadian itu berlaku, kenderaannya berada di belakang lori terbabit yang dibawa perlahan.

Foto: Twitter

Tiba-Tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti.

Bila saya turun, rupanya objek yang saya mulanya sangka terjatuh itu adalah basikal, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata, beliau kemudian mendekati mangsa serta memeriksa nadinya dan mendapati nadi wanita itu amat lemah sebelum menghubungi talian kecemasan.

Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia, katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Beliau berkata, mayat mangsa yang berusia 34 tahun itu telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

"Kita telah menahan pemandu lori dan lori tersebut untuk siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - CARI

Sumber: BERNAMA

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 243
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 22-12-2020 02:01 PM
duri_durians replied at 21-12-2020 02:26 AM
nak tambah runner pun slalu lari atas jalanraya kat putrajaya.
padahal laluan dah ada, kalau mala ...

sebab kadang2 laluan footpath tu surface dia konkrit, walaupun tak semua,ada je footpath bertar. Keras & tak best lari atas konkrit. Jalanraya surface dia asphalt, tar, lembut sikit.
Tapi apa2pun, kalau runner tu cerdik berakal, dia utamakan keselamatan dari keselesaan.

Lain-lain Komen

Quote JunkMail 19-12-2020 02:36 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun. Berhati-hati masa bawa basikal tu...
Quote jalfa 19-12-2020 02:41 PM
Allahu .hari ni hujan renyai renyai pon aku tgk ada jer yg berbasikal..kalo budak budak boleh la nak tego..ni katehori apak apak dah....takziah family mangsa
Quote KIM.K 19-12-2020 02:45 PM
Kenapa yang amateur ni automatik bodoh ya..
Quote shernazz 19-12-2020 02:46 PM
Dok lorong kanan plak tu...
Erm...je lah...
Quote myoujin 19-12-2020 02:52 PM
Dengar kabar dari seberang sana nak tukar lane..
Kalau iya pun tolak la basikal lintas dulu jangan kayuh tepi divider tuh..
Quote white_musk 19-12-2020 02:55 PM
Kayuh kasaorangan kah arwah adik  ini?
Quote SepupuBen10 19-12-2020 02:59 PM
Aku pun tadi merayap ke putrajaya dgn kereta. Rasa nak langgar je basikal ketepi ketengah 2-3 org tertonggek tonggek. Kosser. Semak betul
Quote annehuda 19-12-2020 02:59 PM
Harap tragedi ni jadi pengajaran kpd cyclists yg lain
Quote Decaffeinated 19-12-2020 03:02 PM
Maaf cakap aku tengok geng2 basikal memalam kat tepi persiaran utara tu pun dah geleng kepala. Putrajaya ni jalan dia kosong tu yang bagi false sense of safety maybe to some people.
Quote Megikari 19-12-2020 03:03 PM
Cyclist ni toloooong la pakai baju kaler terang, beskal tu letak la lampu liplap. Hari tu aku nyaris nak terlanggar sekor. Dah le dekat nak maghrib, jalan gelap pulak tu. Kang kalau mati kat situ x memasal berantu pulak jalan tu.
Quote MissyMolly 19-12-2020 03:03 PM
Apakah.. lori x nmpk ke caner!?
Quote ChildrenOfBodom 19-12-2020 03:04 PM
good riddance
Quote mawardia 19-12-2020 03:07 PM
Weekend yg lepas kat tempat aku selonggok conquer jalan. 1 lane tu diaorg je. Mcm lahanat perangai sekor2! Ehhh siap tok ketua dia angkat tangan tahan kereta sebab diaorang nak jalan. Waddehek sgt!
Quote white_musk 19-12-2020 03:08 PM
Megikari replied at 19-12-2020 03:03 PM
Cyclist ni toloooong la pakai baju kaler terang, beskal tu letak la lampu liplap. Hari tu aku nyaris ...

Mengenai lampu lip lap tu akak sangat satuju. Selepas ini adik2 cyclist membeli lampu liplap di ikea seperti lampu liplap yang dipasang semasa hari raya aidilfitri..
ikat dan lilit lilit pada basikal supaya kelihatan dari jauh lagi


Quote naina 19-12-2020 03:10 PM
Innalillah..semoga terampun segala dosa
Quote white_musk 19-12-2020 03:11 PM
Jika pemasangan lampu lip lap juga tidak berkesan,
adik2 cyclist boleh guna cara motosikal yang memasang lagu max volume juga.

satu batu lagi pengguna jalan raya sudah boleh tahu akan kelibat adik2 cyclist
jadi mereka akan lebih berhati2
Quote cmf_premierleag 19-12-2020 03:11 PM
adakah ms dia eksiden berbasikal tu sejenis pakai melekap2 terbonjol sana sini dgn skirt pendek mcm hijabistas pi cycling??
Quote Knowlee 19-12-2020 03:16 PM
MissyMolly replied at 19-12-2020 03:03 PM
Apakah.. lori x nmpk ke caner!?

Kat Facebook, saksi tulis rider tu yg terbabas sendiri. Dia ikut lorong kanan.
Quote edayildiz 19-12-2020 03:17 PM
innalillah..pg td i nk g kerja pun ramai geng2 dorg ni menyelit..tlg la p cycling tmpt takde org

Lihat semua komen(243)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top