Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Sharifah Sakinah Nak Kahwin Kekasih Sweden Mei Depan

19-12-2020 05:18 PM| Komen: 110

Pelakon Sharifah Sakinah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden dikenali, Michael Hansen, 41, pada 28 Mei tahun hadapan.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata, dia memilih tarikh tersebut kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kekasihnya itu.

Kredit foto: IG

"Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

"Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab Covid-19, semuanya masih dalam perbincangan," katanya.

Sakinah membuat pendedahan tersebut menerusi rakaman dalam program Melodi Extra yang dihoskan Ain Edruce.




Adik kepada penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah ini turut menyatakan dia tidak akan berhijrah ke negara kelahiran bakal suaminya sebaliknya akan terus menetap di Malaysia selepas berkahwin kelak.

"Lepas berkahwin nanti, saya tidak akan berpindah ke sana (Sweden) kerana ingin meneruskan kerjaya seni di sini. Kami akan jalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh, jika saya ke sana pun untuk bercuti, begitu juga dengan Michael," katanya.


Sakinah sebelum ini membuat pendedahan dia sedang bercinta dengan Michael pada September lalu. Pasangan itu dilaporkan berkenalan di sebuah pusat kecergasan.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015.



Menerusi laporan mStar pada 9 Julai lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah bercerai dengan Aliff pada Mei lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia tiga tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 110
Komen

Previous : 'Alhamdulillah, Pandainya' - Aaisyah Dhia Rana Dipuji Pandai Mengaji Al-Quran

Next       : Ikmal Amry Selamat Bergelar Suami Kepada Instafamous

Komen Terbaru

Quote evlinne 26-12-2020 05:25 AM
Camni ke keturunan syed seripah
Xleh pakai

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 19-12-2020 05:23 PM
terkangkang terkiap je gambo khau, mengundang sungguh
Quote Tinot7 19-12-2020 05:30 PM
Tahniah.. tapi bab jadi suami isteri jarak jauh tu, buat iols rasa musykil sgt...
Quote kiah_mai_pulak 19-12-2020 05:33 PM
dh check in sesama kat W Kuala Lumpur tu buat apa nak nikah lagi.. benda boleh kawen kottt
Quote ChildrenOfBodom 19-12-2020 05:38 PM
Sementara nk sampai tarikh tu dah letih menutuh sampai melechet lebam poen dh pon, buat apa nk kawen lg....lalu jgk mat salleh tu kt betina kepam ni..
Quote sharlenetexas 19-12-2020 05:43 PM
Ubat mujarab. Hilang sakit mental.
Quote fadz84 19-12-2020 05:47 PM
Edited by fadz84 at 19-12-2020 05:48 PM

PJJ blh jln ke? Nk2 plk ngn mat saleh. Ke konsep open relationship? Hehehe
Quote kikiharris 19-12-2020 05:53 PM
fadz84 replied at 19-12-2020 09:47 AM
PJJ blh jln ke? Nk2 plk ngn mat saleh. Ke konsep open relationship? Hehehe

Nak seronok2 je, bukan nak komitmen pun.
Time bercinta kemain berkepit , dah nikah boleh plak sorang kat Asia  sorang kat Europe. Haha..
Quote fadz84 19-12-2020 05:54 PM
kikiharris replied at 19-12-2020 05:53 PM
Nak seronok2 je, bukan nak komitmen pun.
Time bercinta kemain berkepit , dah nikah boleh plak sor ...

Kann.. Klu dua2 gers cmno kn.. hehehe..
Quote jalfa 19-12-2020 06:45 PM
Kendu jugak la laki kinah ni...
Quote syamzana 19-12-2020 07:02 PM
gambo first baju ijau tu mcm lyn dah...
tahniah la kinah
Quote Buritan 19-12-2020 07:08 PM
Tinot7: Tahniah.. tapi bab jadi suami isteri jarak jauh tu, buat iols rasa musykil sgt...



Tgn lelaki tuu mcm dekat sgt dah kat punai.. hahaha
Quote slyfynx 19-12-2020 07:37 PM
Lantak ko la kinah nk romen ke, nk kawin ke.
Xde efek pun kat idup aku.
Next
Quote samshik 19-12-2020 07:49 PM
Jauh lagi tu dik.. Mcm2 leh jd.. Maka kome get ready deh
Quote Normabaru 19-12-2020 08:09 PM

Mana p acik kepam busuk yang bekap minah biyol ni dlu? Mesti gumbira kan coz Otak biyol sheols dh helok teros. Heheheh
Quote kakakpositifker 19-12-2020 08:09 PM
Akak doakan semoga kekal ke jannah. Amin
Quote Piramida 19-12-2020 08:13 PM
Sesuai body masing2 tip top..
Esok lusa berubah lah tu... harap umur panjanglaa kan...
Mcm kakak2 beliau sempat.
Quote missyL 19-12-2020 08:46 PM
Nikah je la dulu...
Lambat sgt tu
Quote nordin84 19-12-2020 08:48 PM
lepas kawen dgn omputih penyakit adhd dia tu hilang ke?
Quote budaktua 19-12-2020 09:04 PM
hari tu bkn dh tunjuk cincin ke..?

oo..dpt cincin tu kira setuju buat free style..gitu..?

Lihat semua komen(110)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top