Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Pelakon Korea, Chae Song Ah Buka Restoran Dan Menetap Di Johor

15-12-2020 01:58 AM| Komen: 22




Tidak dapat dinafikan bahawa komuniti warga Korea ramai di Malaysia dan sudah mula ‘berkampung’ seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malah, Han Ji-Sung seorang K-Pop Idol turut pernah menetap dan belajar di Malaysia.

Terbaharu, pelakon Korea iaitu Chae Song Ah dikhabarkan telah membuka sebuah restoran dikenali sebagai Sae Ma Eul BBQ di Johor Bahru. Restoran Sae Ma Eul BBQ yang berkonsepkan 100% seperti di Korea ini terletak di 71, Sunway Emerald Boulevard 88, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar.



Walaupun namanya tidaklah terkenal seperti Jang Nara, tetapi watak yang dibawanya sebagai watak pembantu cukup memberi kesan dalam setiap drama yang beliau sertai. Untuk pengetahuan anda, antara drama terkenal beliau adalah Good Doctor, V.I.P dan banyak lagi.

Difahamkan kini, Chae Song Ah telah menetap di sekitar kawasan restorannya bersama keluarganya. Rasanya, beliau merupakan selebriti Korea pertama yang membuka restoran di Johor Bahru.


Jika anda bernasib baik, mungkin boleh dapatkan autograph dan bergambar bersama beliau di restoran tersebut. Sebelum terlupa, restoran ini tidak halal dan sesuai untuk mereka yang bukan beragama Islam. Anda rasa kenapa ramai orang Korea suka menetap di Malaysia?



Sumber : TheVocket


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Bunga Citra Lestari Ditegur Doktor, Buat Ujian Swab Covid-19 Sendiri Terhadap Kawan

Next       : Respek! Tom Cruise Mengamuk Di Set MI-7 Sebab Kru Tak Patuh SOP

Komen Terbaru

Quote lurve82 27-2-2021 08:37 AM
Mmg dorg akan pilih Malaysia as second home...laki aku dulu keje dgn kilg jepun..klu manager dorg kne hantar balik jepun semula, ramai xnak...best ddk Malaysia lg...korea pun sama...dkt area rumah aku ni byk kedai korea la jepun la...

Sini mkn murah...compare dgn indon...klu resto yg ok sket kat indon pun dah mahal bg aku...indon pun byk bencana compare dgn Malaysia faktor geog...tp jgn la smpi org luar senang nk beli rumah bagai...tp pinggirkan org malaysia sndr...kesian dkt budak2 baru grad dan kawen...rumah mahal betul...klu singapore plak jgn ckp la..rumah mahal...thailand ok mcm Malaysia...rasanya thailand pun ramai gak expat ddk sana for good...dh la mkn sedap...murah lak tu...

Lain-lain Komen

Quote kimsa-ra 15-12-2020 02:48 AM
Blh ke depa hidup sini depa racist. Mesti nk Saing2 depa je.
Quote Itzy 15-12-2020 03:01 AM
Setahu aku ada artis korea yang jadi misionaris aka pendakwah kristian. Aku pernah baca sorang artis korea tu jadi pendakwah kristian siap pergi jelajah beberapa negara sebar kristian. Ada kemungkinan mereka ni datang nak dakwah sebar kristian di samping cari peluang berniaga, maklum peluang berniaga kat korea dah tepu banyak persaingan. Malah kalau mereka tinggal di korea mereka akan dianggap kelas pertengahan dengan kos sara hidup yang tinggi, di malaysia mereka akan jadi golongan t40 atau elit setelah tukar semua duit simpanan dia time kerja di korea ke ringgit malaysia. Dia jadi jutawan dah kat malaysia. Aku pernah tengok vudeo youtube tv jepun buat pasal kenapa orang jepun suka tinggal di malaysia. Mereka siap puji2 kos sara hidup di malaysia sangat murah berbanding jepun. Duit mereka mahal dan kos sara hidup rendah di malaysia dengan bil air elektrik yang sangat murah pada pendapat mereka, so mereka dapat faedah besar tinggal di malaysia.
Quote Perawankota 15-12-2020 03:55 AM
Sah2 lah kos Sara hidup kt sini rendah pada dorg tu..
Quote Tinot7 15-12-2020 05:20 AM
Depa mmg la suka mai mesia.. mur mur maa...
Quote rospinki 15-12-2020 06:12 AM
apakata org kita lak bukak kedai makan sana. mcm payah je aku rasa.
Quote SalenaGomez 15-12-2020 07:35 AM
Itzy replied at 15-12-2020 03:01 AM
Setahu aku ada artis korea yang jadi misionaris aka pendakwah kristian. Aku pernah baca sorang artis ...

Program malaysia second home...my japanese  frenz pon suka dtg malaysia sebab makanan sedap n they craving for roti canai...hahahah...touch down je terus ajak lepak mamak...xpelik kalau depa duk msia, boleh obes juga kot...
Quote Themilo 15-12-2020 07:39 AM
selain dari murah, keadaan yang panas & lembap sepanjang tahun juga membuatkan ramai japanese / korean berbondong-bondong apply my second home.
Quote helicornia 15-12-2020 07:50 AM
rospinki: apakata org kita lak bukak kedai makan sana. mcm payah je aku rasa.

ada je kak org kita jual makanan kt sana. makanan indon lagi byk.aku pernah jumpa remaja jual nasi kerabu kat area masjid itaewon sbb dia tau org malaysia mmg pi situ cari makanan halal
Quote helicornia 15-12-2020 07:51 AM
kat area ampang tu dh jadi mcm kampung dorang kan. org korea utara pun ada. ni depa dh melepak kt iskandar pulak
Quote supermum 15-12-2020 09:10 AM
Itzy replied at 15-12-2020 03:01 AM
Setahu aku ada artis korea yang jadi misionaris aka pendakwah kristian. Aku pernah baca sorang artis ...

Yep sama pendapat dengan colleague jepun aku dulu. Even dia nak balik sana pun keberatan. Balik sebab mentua belanja je. Org tua rindu cucu kan
Quote Supersirap 15-12-2020 09:11 AM
Baru semalam lalu di depan kedai itu, rupanya dimiliki oleh seorang selebriti
Quote husna_amal 15-12-2020 09:54 AM
Sebab utama cuaca Malaysia ni best bagi mereka, panas dan hujan sepanjang tahun dan taraf hidup kat sini lebih rendah dari negara mereka.
Quote rospinki 15-12-2020 10:10 AM
helicornia replied at 15-12-2020 07:50 AM
ada je kak org kita jual makanan kt sana. makanan indon lagi byk.aku pernah jumpa remaja jual nasi ...

oo ye ah..ada tgk yt pasal indon kwen korean sama2 kt u pastu kawen. nmpk laris..tapi tulah soalnya tup tup kita nk pi niaga sana..mana nk cari belacan mana nak cari serai
Quote AniseAzure 15-12-2020 01:20 PM
rospinki replied at 15-12-2020 10:10 AM
oo ye ah..ada tgk yt pasal indon kwen korean sama2 kt u pastu kawen. nmpk laris..tapi tulah soalny ...

Sana warga indon mmg ramai kerja kilang kt sana. So kedai2 jual brg2 runcit for indon ni ada jek. Ni ikot experience smpt dok sana for work for 2 bulan yearssssas back. Mahai la tp belacan serai nya hehehe
Quote AniseAzure 15-12-2020 01:20 PM
rospinki replied at 15-12-2020 10:10 AM
oo ye ah..ada tgk yt pasal indon kwen korean sama2 kt u pastu kawen. nmpk laris..tapi tulah soalny ...

Sana warga indon mmg ramai kerja kilang kt sana. So kedai2 jual brg2 runcit for indon ni ada jek. Ni ikot experience smpt dok sana for work for 2 bulan yearssssas back. Mahai la tp belacan serai nya hehehe
Quote Artemesiaa 15-12-2020 01:28 PM
Betul tu sebab kos hidup lebih murah disini, selain faktor cuaca sebab mereka lebih suka summer dari nak kena hadap cuaca sejuk sentiasa.  Selain negara kita agak modern berbanding beberapa negara jiran dan senang nak berkomunikasi sebab rata2 ramai tahu berbahasa inggeris.
Quote esbok 16-12-2020 12:43 AM
Pergi negara mana2 pun, Malaysia tetap dihatiku. Malaysia truly asia. Hari ni kau nak makan indian food. Esok western. Lusa chinese food. Tulat melayu balik. Makanan thai ada, makanan jepun ada. Memang malaysia ni seronok.

Ya, kerja aku makan je.
Quote arreysha 16-12-2020 08:14 AM
Itzy replied at 15-12-2020 03:01 AM
Setahu aku ada artis korea yang jadi misionaris aka pendakwah kristian. Aku pernah baca sorang artis ...

Ye betul, pernah baca pasal celebrity Jepun yg stay kat Malaysia, business hartanah kat Malaysia dan dia jd golongan elit di Malaysia. Masa time pandemik pun stay di Malaysia & puji cara Malaysia handling Covid19. Tp x sure pasal motif berdakwah Kristianiti tu. Pernah borak2 dgn owner kedai bakeri korea kat uptown Damansara sbb lokasi kedai ni dekat dgn office. Ye betul, dia migrate ke Malaysia utk bersara di sini, sebab kos Sara hidup di sana tinggi. Malaysia senang sbb rata2 rakyat Malaysia senang berkomunikasi dlm Bahasa English. Skrg ni kedai bakeri di uptown tu dah tutup, maintain main outlet je kat Solaris, Mont Kiara. Hidup mewah kat sini, tp struggle jgk dia utk maintain life style T20 disini.
Quote sarah_ary2 16-12-2020 04:01 PM
arreysha replied at 16-12-2020 08:14 AM
Ye betul, pernah baca pasal celebrity Jepun yg stay kat Malaysia, business hartanah kat Malaysia d ...

Gackt Camui kan? Haah x sangka ai crush gila kat dia masa zaman uni tetiba dia dah kat kl hahahha

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top