Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Diana Daniella Luah Hasrat Mahu Berehat Dari Dunia Seni

9-12-2020 04:42 PM| Komen: 43

Pelakon jelita terkenal Diana Danielle baru-baru ini meluahkan hasrat mahu memperlahankan karier seninya berikutan hendak memberi fokus sepenuhnya kepada anak-anak iaitu Nur Aurora binti Farid Kamil dan Muhammad bin Farid Kamil.

Pengumuman mengejutkan itu diumumkannya menerusi laman Instagram beliau pada 9 Disember 2020.

Foto: IG

Melihat pada kapsyen yang ditulis oleh Diana, beliau mendedahkan bahawa sebagai seorang ibu, amat sukar baginya untuk berjauhan dengan anak-anak.

“I can’t be away from the kids. Not the mom yang happy to have even one night without them. My “me time” is just being alone for a few hours hiding so i can watch trevor noah jabbing at US politicians and james cordon’s carpool karaoke. It’s hard to admit sebab i tak suka orang clingy tapi i’m the clingy one now .”


Malah, Diana berkata, setiap kali mahu pergi kerja, dia merasakan perkara itu sangat berat untuk dilakukan walaupun sebenarnya berlakon merupakan minat beliau.

Berbalik kepada hasratnya untuk memperlahankan karier seni, Diana berkata, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat berat buatnya.


Oleh itu dia membuat keputusan untuk berehat seketika dan hanya mahu melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan dirinya gembira dan meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Untuk rekod, Diana sebelum ini mendedahkan bahawa dirinya mengalami gangguan kebimbangan melampau ataupun anxiety attack sehingga membuatkannya sukar untuk bernafas ataupun melakukan kerja-kerja lain.



Sementara itu, umum juga mengetahui bahawa sebelum ini, suaminya yang juga pelakon terkenal, Farid Kamil telah dihukum penjara 13 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dua tahun lalu.

Kami di Hot FM mendoakan supaya Diana terus cekal menghadapi dugaan, semoga Allah SWT sentiasa lindungi diri dan keluarganya. Amin. -CARI

Sumber: Hot fm



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 42
Komen

Previous : Ika Nabella Dedah, Suami Tak Pakai Perfume Kalau Keluar Tanpanya

Next       : Nazir Razak Elok Je Cakap Melayu Tapi Hos Meletop 'Fefeeling Speaking, Apo?

Komen Terbaru

Quote Nham22 13-12-2020 10:11 PM
Jgn. Tipu la DD... U know your husband better kan.. Kan....kan... Rindu bukan main reason sebenarnye... Ade bende yg die pendamm..

Lain-lain Komen

Quote mamajawie 9-12-2020 05:15 PM
da berehat lama jngan plak tup2 kluar berita nk aktif kembali konon alasan rindu dunia seni..padahal true story is kalu x pasal masalah kewangan mesti masalah nk bercerai bak kata ahli2 nujum forum ni..
Quote September14 9-12-2020 05:18 PM
Dia ni pelakon muda cantik yg berbakat.. dia berlakon sehebat umi aida. Syg x bnyk produk...
Quote Tukul.Besi 9-12-2020 05:19 PM
Sayang dia kawen awal sebab rasanya dia boleh je keluar negara kembangkan bakat mcm Fazura, Bront tu. Stok2 muka kokesen laku kt indon.
Quote lattehazelnut 9-12-2020 05:20 PM
Tp kau bole belakon jd ape je
Tua sgt utk heroin
Muda sgt nk jd mak
Quote asma87 9-12-2020 05:24 PM
Ke peknen, tu nak berehat??? Sygla Didi. Ko pandai berlakon. Cukup pakej. Bertiang bagus dari amelia kayu henderson
Quote Normabaru 9-12-2020 05:58 PM
Dia ni ada anxiety ke bipolar ek.. Ke dedua
Quote Suchi 9-12-2020 06:43 PM
Kalau duit dah banyak or ade side income lain yang tak perlu usaha lebih cth mcm artis buat ig review or jd duta produk ok la nk stop dah berlakon bagai.
Iols pun kalau boleh dah tanak kerja keras mcm nak mampus tapi nampaknya 2021 akan lebih mencabar ni.


Quote gekkou 9-12-2020 06:45 PM
panjangnya karangan

Quote samshik 9-12-2020 06:49 PM
Suke ati ko la nak.. Semoga shuben beewak chu olls mampu bela chu olls ank branak
Quote Nenasketum 9-12-2020 07:17 PM
Something about her lepas ada anak ni, pada mata aku she looks awkward dalam tv. Sora pun dah jadi sora pondan. Mata ngan telinga aku kena pegi servis rasanya
Quote nuno 9-12-2020 07:21 PM
Selisih kat paradigm last week, lawa dia ni compare x wife ammar yang korang cakap lawa tu..buta ke ape
Yang aku tau anak laki nama che mad tu pun ada
Quote pxlbb 9-12-2020 07:24 PM
DD ni cantik, suara sedap, berlakon pun ok. Kenapa tak femes meletop2 ye
Quote RatuDunia94 9-12-2020 08:06 PM
pxlbb replied at 9-12-2020 07:24 PM
DD ni cantik, suara sedap, berlakon pun ok. Kenapa tak femes meletop2 ye

Cantik yes.. suara sedap tu hmmmm..
Quote Perawankota 9-12-2020 08:30 PM
Dia ni cantik.. Tapi Kadang2 merempan gak
Quote LadyCarefree 9-12-2020 08:49 PM
Me time kena cut short sbb pkpb ko meroyan tu ko lupa ke?

Eloklah bersara terus dari medsos juga ya. Produk sampah hommed pon xyah jual.
Quote shernazz 9-12-2020 08:50 PM
nuno replied at 9-12-2020 07:21 PM
Selisih kat paradigm last week, lawa dia ni compare x wife ammar yang korang cakap lawa tu..buta ke  ...

DD neh mmg.lawo..
Dolu iols ada jumpa dia di mid valley utk magazine cosmopolitan ke apa tah...
Oh my...cung
Quote makcun14 9-12-2020 08:50 PM
Cantik .boleh berlakon, teringat dia belakon cite fantasia dari situ start suka. Tapi entah la ada sesuatu yang kurang kat dia since kahwin. who knows what. Maybe sebab kawin muda sangat kot and then laki biol tak leh pakai bagi stress je, dengan muka dia and hasil seni pun jadi kurang menyerlah .
Quote kukukatablog 9-12-2020 09:15 PM
di ni persis Sofea Jane, lagu Pujaan Hati tu ku suka betul dengar dulu2... walaupon orang kata suara dia xsedap nyanyi, tapi lagu tu bg aku dia nyanyi sedap..
Quote marigold90 9-12-2020 09:34 PM
Perawankota replied at 9-12-2020 08:30 PM
Dia ni cantik.. Tapi Kadang2 merempan gak

Betul..kuat sgt merempan..lepas tengok dia merempan pasal kedai dobi tu i terus turn off dgn dd

Lihat semua komen(43)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top