Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Saya Insan Kerdil Yang Sekeping (Kurus), Tak Layak Diberi Datuk' – Saari Amri

9-12-2020 02:57 AM| Komen: 18

 Saari Amri


Komposer terkenal Saari Amri, 54, pernah dua kali menolak tawaran pangkat Datuk kerana merasakan dirinya tidak layak.

Saari yang sudah mencipta lebih 500 lagu berkata, dia didatangi tawaran itu dua tahun lalu.

"Saya insan kerdil yang sekeping (kurus) ini memang tak layak untuk dapat anugerah itu. Lagipun apalah sangat jasa saya kepada negara? Saya sendiri tengok rakan-rakan yang ada pangkat Datuk, tiba-tiba perwatakan mereka lain, bertukar cara percakapan dan lain-lain. Nak jumpa pun susah.

"Insya-Allah saya tak mempunyai sikap begitu dan sebab itu saya tak nak. Pada saya pangkat Datuk ini adalah tahap tinggi dikurniakan kepada seseorang individu," katanya.

Saari juga meragui cara penganugerahan yang begitu mudah kepada beberapa penggiat seni.

"Saya perhatikan sekarang senang-senang sahaja pelakon yang berlakon satu, dua drama dapat gelaran ini. Memang lumrah sangat. Pada saya menghasilkan lagu adalah hobi dan kerja saya dan tak perlulah pengiktifaran. Saya seronok buat orang terhibur dan ini tugas saya.

"Tak perlu gelaran semua itu. Pihak terbabit minta nama penuh saya. Mereka kata saya berjasa menghiburkan banyak orang hampir 30 tahun tapi pada saya buat lagu bukanlah jasa," katanya.

Saari diingati kerana menghasilkan rangkaian koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini antaranya Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UKs), Setelah Aku Kau Miliki (Shima), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Penantian (Black Rose) dan banyak lagi.

Komposer kelahiran Kelantan ini tidak mahu dirinya dihargai sebegitu rupa dan mahu bebas menjalani kehidupan seperti sekarang.

"Saya seronok melepak di restoran Mamak bercampur dengan semua orang. Sambil itu, saya akan kekal mengubati golongan pesakit kencing manis tanpa sebarang bayaran. Kalau sekiranya ada gelaran Datuk ia pasti akan membataskan pergaulan saya dengan semua orang. Biarlah orang terus kenal saya sebagai komposer Saari Amri.

"Saya tak hairan atau gah dengan gelaran. Saya buat kerja bukan kerana nama. Apabila masyarakat boleh terima, itu kepuasan yang amat sangat," katanya.

Saari mengakui kejayaan lagu Gerimis Mengundang yang turut diterima di Indonesia sehingga dialih kepada 35 versi dan bahasa sangat menggembirakannya. 

"Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Dalam sebulan pasti ada dua tiga badan kebajikan datang minta sumbangan. Sekiranya ada duit, saya akan hulurkan sumbangan sekadar termampu. Kadang-kadang ada juga orang susah dan ibu tunggal yang ramai anak minta bantuan. Saya 'kalah' apabila disebut mengenai anak yang tiada makanan dan beberapa kali bantu.

"Jika sekiranya mereka menipu, itu urusan mereka dengan Allah. Saya pun bukan mewah kerana hanya bergantung hidup pada royalti lagu tapi saya percaya Allah akan gantikan rezeki saya," katanya.

Saari masih aktif menghasilkan lagu yang dimuatkan di saluran YouTube Saari Amri Official. Dia juga baru menghasilkan buku berjudul Air Mata Saari Amri.



Sumber : hmetro.com.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 18
Komen

Previous : Elfira Loy Dedah, Ibu Beri Syarat Faris Hafal Surah Al-Mulk Sebelum Diterima Jadi Menantu

Next       : Achey Syukur Tak Hadap Masalah Kutipan Royalti

Komen Terbaru

Quote spy_caridotdot 28-12-2020 11:26 PM
Dia memang humble orangnya.. relax je dia mengatur hidup keluarganya dengan duit royalty.. anak2 dia alhamdulillah berjaya.. pakai pun kereta mercedes lama je.. beberapa kali terserempak dengan dia. Dia beli barang2 kat the store..

Lain-lain Komen

Quote otai_g 9-12-2020 03:37 AM
Very humble down to the earth. Mmg pilihan yg tepat reject pangkat dato tu.

Dato skrg pun RMI yg jd scammer, perogol, pembelit dan lain2.

So apa yg goodnya pangkat dato ni?
Quote Perawankota 9-12-2020 05:36 AM
Tak payah lah pangkat Datuk tu.. Yang penting, royalty dapat semua
Quote Kurex 9-12-2020 06:31 AM
Takpelah... Skrg ni dato dah murah
Quote abcdotcom 9-12-2020 06:33 AM
Benang dah ada makcik oi
Quote ufc148 9-12-2020 06:46 AM
Aku respect sgt org mcm ni... dia kenal dirinya dan PenciptaNya
Quote per706 9-12-2020 07:15 AM
Pilihan bijak,saya mesti piley. Bagus bang,udah byk bebeno,org pon da x heran.da mcam pgkat datuk cucu da dato' skang ni.punya bersepah.
Quote buapakperut 9-12-2020 08:00 AM
satu2 komposer yg iols minat sedari kecik. ok la datu sekeping, asek2 datuk belon
Quote MadameOnion 9-12-2020 08:13 AM
Tak payah bang saari...tu dato addy kana pun ada dato dah tak berguna..baiklah aman2 hidup mewah menikmati royalti dari lagu2 ciptaan abang yg evergreen tu
Quote husna_amal 9-12-2020 10:00 AM
Respek dengan Saari Amri.
Quote awanysss 9-12-2020 10:15 AM
saya peminat saari amri.. lagu uols best2..
Quote KingJerico 9-12-2020 10:43 AM
Membesar dengan lagu-lagu dia. sampai sekarang pun lagu-lagu dia masih menjadi peneman, tiada tandingan. Ramai je artis macam dia ni seperti Ogy dan Ella yang mmg tolak DATUK walaupun mereka layak. Mereka tunggu DATUK dari YDPA macam Chef Wan dan Aznil.
Quote silampumeja 9-12-2020 10:54 AM
respect. Teruskan bang...jangan macam shuib. hidup dah gaya gaya tansri, cakap org offer dato, pastu terpalit jenayah rasuah.. skrang sibuk cerita kisah2 susah balik. lol
Quote buragazz 9-12-2020 10:57 AM
Boleh dikatakan 80% lagu2 hit 90 an ada tercatit nama dia sebagai komposer..
Quote lavendernovella 9-12-2020 03:39 PM
One of the greatest lyricist in malaysia.
Quote brego 10-12-2020 08:29 AM
penyangak, penyamun dan scammer jer yang pakai title datok nih.

ada duit boleh beli, takde la spesel masa pun
Quote RatuDunia94 10-12-2020 01:23 PM
Heols kaya makan royalti je skrg.. lagu2 heols la yg plg byk dipasang di pusat karaoke.. program2 astro pun byk guna lagu2 heols.
Quote gadget 10-12-2020 01:30 PM
patutnya org mcm dia lah yg layak dapat title...ni kasi org yg bukan2 mcm aaron aziz? adie putra? awie? and the rest...

ps: kalau aku saari amri, aku tak rasa bersalah pun terima...lainlah kalau aku nama2 spt di atas tu...
Quote spy_caridotdot 28-12-2020 11:26 PM
Dia memang humble orangnya.. relax je dia mengatur hidup keluarganya dengan duit royalty.. anak2 dia alhamdulillah berjaya.. pakai pun kereta mercedes lama je.. beberapa kali terserempak dengan dia. Dia beli barang2 kat the store..

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top