Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Peragut' Wan Maimunah Terharu Aksinya Diingati

8-12-2020 11:27 AM Komen: 26
"Saya terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen," kata Mohd Uzreen Mohd Kassim yang pernah melakonkan watak peragut dalam iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006.

Turut membintangi iklan khidmat masyarakat itu adalah pelakon veteran, Wan Maimunah.

Berkongsi pengalamannya, Mohd Uzreen, 39, yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.

Foto: Harian Metro

"Saya ditawarkan berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) dan terkejut kerana tawaran datang secara spontan sedangkan saya pula tiada pengalaman berlakon.

"Kebetulan, saya tiada pekerjaan pada waktu itu jadi terima tawaran untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya (berlakon)," katanya ketika ditemui Harian Metro di Taman Perindustian, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebagai inidividu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.

"Perasaan saya bercampur baur, teruja ada, takut pun ada ketika berlakon dengan ibu (gelaran untuk Wan Maimunah) di set penggambaran.

"Namun, ibu tidak lokek berkongsi ilmu malah banyak membantu dan mengajar saya bagaimana melakonkan watak peragut di set penggambaran.

"Ibu seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup," katanya.

Katanya, dia ada terbaca kenyataan Wan Maimunah yang meluahkan hasrat untuk bertemu dengannya.


"Saya ada menerima panggilan daripada anak angkat ibu yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial.

"Namun, ia kemudiannya senyap begitu saja dan difahamkan ibu mempunyai masalah kesihatan.

"Ikutkan, saya juga (mahu) bertemu dengan ibu jika ada masa yang sesuai tetapi tidak pasti adakah dia masih ingat dengan saya atau tidak," katanya.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, selepas iklan khidmat masyarakat berkenaan dia tidak menerima tawaran lain untuk berlakon.

"Itu (tawaran) kali pertama juga terakhir saya berlakon dan tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.

"Ini kerana ramai individu tidak dikenali menghantar permintaan untuk menjadi rakan di Facebook (FB) dan beratus mesej diterima. Jujurnya saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berwaspada," katanya.

Berhubung wajahnya yang dijadikan karikatur di laman jenaka dekat laman sosial, Mohd Uzreen mengakui marah pada mulanya dengan tindakan individu yang melakukannya.

"Mulanya memang marah tetapi akhirnya saya anggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Fafaaisa 10-12-2020 01:27 AM
Legend ni..dulu2 siapa je x kenal peragut wan maimunah.

Lain-lain Komen

Quote white_musk 8-12-2020 11:41 AM
Rupa yang sesuai  untuk  job peragut
Quote EvieWanKenobi 8-12-2020 12:02 PM
lakonan tak kayu..
Quote makneng 8-12-2020 12:27 PM
Barder ni mmg ada package lengkap utk watak tersebut. Good job.
Quote matbad 8-12-2020 12:36 PM
Akhirnyaaa setelah viral hahahhaa
Quote husna_amal 8-12-2020 12:40 PM
Lagend ni. Banyak jadi meme kat facebook.
Quote helicornia 8-12-2020 12:54 PM
white_musk replied at 8-12-2020 11:41 AM
Rupa yang sesuai  untuk  job peragut

adoyai
Quote duri_durians 8-12-2020 02:39 PM
tenang-tenang je bang takyah marah.
semoga ada rezeki berlakon lagi.
Quote HuoJingJue 8-12-2020 02:51 PM
muka dia jadi kartun kt page cencorot..haha
Quote Redmyvi 8-12-2020 03:19 PM
Legend betui iklan tu smpai bertahun2 pn org ingat lg.. hehe
Quote hanihan16 8-12-2020 03:26 PM
HuoJingJue replied at 8-12-2020 02:51 PM
muka dia jadi kartun kt page cencorot..haha

oh.. bang syim tu sempena watak dia ni ke? hahahaha
Quote HuoJingJue 8-12-2020 03:31 PM
hanihan16 replied at 8-12-2020 03:26 PM
oh.. bang syim tu sempena watak dia ni ke? hahahaha

yes, abg hashim makrifat tinggi..haha
Quote kucingitam 8-12-2020 03:36 PM
tak pernah tgk kartun tu la wei..ada eh.. aku tau kadang2 dlm komen netizen ada je mention pasal peragut wan maimunah..tu je yg aku rasa dia popular..rupanya ada kartun bagai...
Quote kimsa-ra 8-12-2020 03:38 PM
Akhirnya muncul juga. Memberi impak iklan tu.
Quote kivio 8-12-2020 07:29 PM
white_musk replied at 8-12-2020 11:41 AM
Rupa yang sesuai  untuk  job peragut

Kuahaja hahaha
Apa pun semoga dia teruskan kerja halal, jangan sekali terpikir nak ragut walaupun sesak.
Quote SkinnyLejen 8-12-2020 08:45 PM
Iklan lejen. Wan maimunah berendeh pakai barang kemas jalan depan digital mall ss14
Quote kemaruk 8-12-2020 09:34 PM
Satu2nya watak meme dari malaysia
Quote sukacactus 8-12-2020 10:02 PM
Kawan dia la bijak cari talent watak peragut
Quote Perawankota 9-12-2020 02:34 AM
Glamer lah jap.. Tapi berapa dorg bayar? 100? 200?
Quote ifanonline 9-12-2020 09:33 AM
sebab tu slot antara kul 8pm hingga 9pm, semua stesen tv dan radio mengenakan harga yg mahal utk iklan...ada sebab waktu ini menjadi popular dan dpt menarik perhatian ramai...

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top