Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Saintis Dedah Rekaan Bandar Di Planet Marikh, Boleh Tempatkan Sejuta Penduduk

8-12-2020 03:30 AM| Komen: 46




Reka bentuk yang menakjubkan bagi sebuah bandar yang dapat menempatkan sejuta orang di planet Marikh telah dilancarkan oleh pasukan saintis dan arkitek.


Bandar di planet Marikh ini dikatakan dapat melindungi penduduk dari keadaan yang teruk di planet ini dengan juga menempatkan rumah di tepi tebing.



Reka bentuk disusun oleh firma seni bina, Abiboo Studio, yang berpangkalan di Sepanyol, AS dan India.

Dengan kerjasama The Sustainable Offworld Network (Sonet), sebuah pasukan akademik yang berdedikasi untuk pembangunan penempatan manusia di dunia lain, mereka tampil dengan rekaan bandar di planet Marikh.




Mereka memilih sisi tebing di Marikh untuk membina "kota menegak" memandangkan keadaan di planet tersebut agak teruk dengan keadaannya yang berbatu.




Bangunan yang menegak dapat melindungi penduduk dari atmosfera planet Marikh dengan memasukkan kediaman mereka di tebing yang dapat menahan radiasi.

Tekanan udara yang melampau di planet ini membuatkan rekaan bentuk rumah biasa seperti di Bumi adalah mustahil untuk dibina, jadi rekaan ditebing adalah yang terbaik.




"Sinaran matahari dan gamma di Marikh memaksa kita untuk membina ruang yang tidak langsung terdedah dengan langit," kata pengasas Abiboo, Alfredo Muñoz.

Beliau menambah, "Jika kita membangunkan bangunan seperti di Bumi, bangunan itu cenderung untuk meletup disebabkan oleh tekanan."

Projek yang dinamakan Nwa ini telah membayangkan lima bandar di Marikh yang mampu menampung sejumlah satu juta orang.




Reka bentuk ini telah dibentangkan kepada pertandingan yang dianjurkan oleh The Mars Society awal tahun ini.

Pertandingan Reka Bentuk Negeri Mars City bertujuan untuk mencari reka bentuk terbaik untuk negara kota Marikh, yang boleh memuatkan penduduk dari Bumi dimasa akan datang.




Sumber: The Sun/EraJe

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 46
Komen

Previous : Teleskop Suria Perlihatkan Imej Tompok Matahari Yang Lebih Besar Dari Saiz Bumi

Next       : Dibina Sejak 1950 & Ditengah-Tengah Pulau, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia

Komen Terbaru

Quote kukuhalus 10-12-2020 11:02 AM
anta rohingya

Lain-lain Komen

Quote FOTHER-MUCKER 8-12-2020 04:18 AM
Tahun 1990 film total recall!
Quote dudaberhias 8-12-2020 05:39 AM
alita battle angel gittew... dan yang pastinya iols alita sebab hebat...
Quote dodolgemok 8-12-2020 07:50 AM
Harapnya ada gedung beli belah IKEA mahupon toko-toko jamu berhampiran utk founder2 millionaire dari Malaysia jual produk2 mereka
Quote Simunggu 8-12-2020 08:21 AM
saya cadangkan bill gates, ahli ahli sefahaman dgn beliau hidup di sana sbb mereka suka penduduk tak ramai...jangan kacau penduduk dunia yg nak beranak ramai...
Quote LadyCarefree 8-12-2020 08:29 AM
Hantarlah semua yg fanatik. Xkira fanatik ugama atau fanatik retis atau apa. Biar aman dunia bumi. Hehehe
Quote husie91 8-12-2020 09:26 AM
Konfiden je takde makhluk lain kt marikh tu.. mana tahu ada makhluk yg tak nampak di mata kasar ke.. suka hati atok nenek je tetiba nak bina rumah kt planet lain ehhh
Quote damian_lee 8-12-2020 09:30 AM
tak cukup dengan bumi yang dihuru harakan ..... now planet lain and bulan pun nak dijadikan biz
Quote umbut 8-12-2020 09:43 AM
Cam film interstellar..
Quote kucingitam 8-12-2020 09:51 AM
hmm terbayang total recall je..

udara pun kena bayar.

Quote Orix 8-12-2020 09:56 AM
husie91 replied at 8-12-2020 09:26 AM
Konfiden je takde makhluk lain kt marikh tu.. mana tahu ada makhluk yg tak nampak di mata kasar ke.. ...

entah2 kita ni semua pun sebenarnya asal planet lain..... lepastu dh buat rosak kt planet asal, discover bumi dan pindah ke sini smpai la beranak pinak
Quote insulin 8-12-2020 09:59 AM
Kalau bumbung rumah kaca tu pecah, apa akan jadi? Semua akan mati ke?
Quote YgBenar 8-12-2020 10:00 AM
Camner nk apply
Quote husna_amal 8-12-2020 10:07 AM
Entah tahun bila lah boleh jadi....
Quote Boomibulat 8-12-2020 10:53 AM
Cam film Martian..
Quote borrow 8-12-2020 11:05 AM
Nanti ada pakej  tourism bumi - marikh   Cantik design.
Quote ifanonline 8-12-2020 11:09 AM
aku yakin bangsa melayu tak kan sampai during our life time...
Quote biskut_milo 8-12-2020 11:25 AM
Hantar pedo, rapist dan penjual timbang kilo
Quote Artemesiaa 8-12-2020 11:32 AM
Cam dah pasti je kat sana tak ada makhluk lain tinggal.  Bentuk bagunan pun dah macam dalam citer Star Wars.
Quote Firenzza 8-12-2020 11:36 AM
dodolgemok replied at 8-12-2020 07:50 AM
Harapnya ada gedung beli belah IKEA mahupon toko-toko jamu berhampiran utk founder2 millionaire dari ...

Setinggan plk nk letak mana sis?

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top