Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dah Sampai Ke Melaka, "Menggigil Bila Dengar Ketukan Tapi Tiada Orang"

7-12-2020 02:58 PM Komen: 51
"Menggigil saya apabila mendapati tiada sesiapa di luar sedangkan cara pintu diketuk itu seolah-olah seseorang meminta ia dibuka dengan segera.

"Tidak pernah pintu rumah saya diketuk pada 3.30 pagi macam pagi tadi, saya hairan siapa pula mengetuk pintu dengan kuat, tetapi apabila saya menjenguk di tingkap, tiada sesiapa di luar," kata Mohd Amin Kassim, 32.

Peniaga dadih itu berkata, dalam kejadian itu, dia belum tidur kerana asyik bermain permainan dalam telefon bimbit manakala isteri, Holimatus Holi, 28, sudah masuk tidur bersama-sama empat anak berusia antara dua hingga 10 tahun.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, secara tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu hadapan yang kuat hingga menyebabkan daun pintu bergegar.

"Saya memberanikan diri membuka tingkap, tetapi tidak nampak sesiapa pun di luar dan dalam sekelip mata tubuh saya menggigil ketakutan kerana terlintas di fikiran ada tetamu tidak diundang mencuba mengganggu kami.

"Sebaik sahaja menutup tingkap, ketukan itu terhenti dan saya menunggu kira-kira lima minit berhampiran tingkap untuk segera meninjau jika ada sesiapa mengetuk pintu lagi.

"Bagaimanapun, tiada ketukan susulan kedengaran dan sekali lagi saya meninjau keadaan di luar sebelum mendapati tiada apa-apa berlaku," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Londang, Masjid Tanah, dekat sini, hari ini.

Mohd Amin berkata, dalam keadaan menggigil ketakutan, dia memastikan selak pintu tidak terbuka sebelum masuk ke dalam bilik.

Bagaimanapun, tidak mengejutkan dan memaklumkan kejadian itu kepada isterinya ketika itu, sebaliknya hanya berbuat demikian pada 10 pagi hari ini.

Sementara itu, Holimatus berkata, dia tidak mendengar sebarang bunyi kerana tidur dalam keadaan keletihan selepas menjaja dadih, sagu dan jeli kelapa dihasilkan sendiri di pantai peranginan Pengkalan Balak, petang semalam.

"Setiap petang saya menjaja makanan itu dengan berjalan di sepanjang pantai yang dipenuhi pengunjung dan selepas pulang, saya keletihan.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana suami tidak mengalami kejadian tidak diingini ketika meninjau dari celah tingkap," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 51
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kimsa-ra 8-12-2020 04:15 PM
Suchi replied at 8-12-2020 03:54 PM
Kat fb iols tgk member share. Yg lelaki tak pakai baju ni tak seram sgt maybe sbb iols tgk tak abi ...

Iols pernah kena ketuk pintu bilik air masa darjah 2. Cam haram nk roboh pintu bilik air bila buka tak ada org pon. Sejak tu mmg tak duduk bilik air lama2 lampu dapur sentiasa pasang. Hantu ketuk haram jadah ni mmg wujud tp sbb zmn ni ramai sgt nk clout tu yg nk tgk bila video tu buka pintu.

Lain-lain Komen

Quote domestobot 7-12-2020 02:59 PM
kenapa rumah Melayu je yang kena setakat ni? kat Sarawak pun sama jugak, cuma rumah orang Melayu je kena ketuk.
Quote CiliPadiSedap 7-12-2020 03:11 PM
domestobot replied at 7-12-2020 02:59 PM
kenapa rumah Melayu je yang kena setakat ni? kat Sarawak pun sama jugak, cuma rumah orang Melayu je  ...

sbb nak masuk rumah melayu kena ketuk xperlu tekan lonceng
Quote Normabaru 7-12-2020 03:12 PM
Laju betul berjalan yeeee... Kawan kaka hantar pic pki glass door. So spekuan porumer pintu kaca xkena salah juga.. Semua pintu kena gamaknya. Hihiii
Quote salimrock 7-12-2020 03:20 PM
domestobot replied at 7-12-2020 02:59 PM
kenapa rumah Melayu je yang kena setakat ni? kat Sarawak pun sama jugak, cuma rumah orang Melayu je  ...

orang iban, cina, india , singh tak kena ek?

kalo ikut firasat Al-Fadil, orang2 beriman ni selalu kene dugaan dari jins and syaitons
Quote salimrock 7-12-2020 03:22 PM
CiliPadiSedap replied at 7-12-2020 03:11 PM
sbb nak masuk rumah melayu kena ketuk xperlu tekan lonceng

petua orang cina, kalo letak cermin depan pintu rumah, hantu lari sebab tgk muka sendiri..



cuba letak cermin tgk, betul tak apa teori kaum cina tu buat, kalo tak ketuk tu, jadi boleh la dipraktikkan....


bukan lah aku suruh korang syirik, tp eksperimen..


Quote Orix 7-12-2020 03:23 PM
kawan iols gigih forward ws psal hantu ketuk2 ni... iols rolling eyes sajokk.. entah iols bukan la x percaya benda2 ghaib ni tapi entah, iols mcm rs mcm hoax jah
Quote CiliPadiSedap 7-12-2020 03:38 PM
salimrock replied at 7-12-2020 03:22 PM
petua orang cina, kalo letak cermin depan pintu rumah, hantu lari sebab tgk muka sendiri..

kaka letak filter tiktok depan pintu berjoget hantu tu buat tiktok.

haah nak kenal premis percaya benda ni tengok atas kedai, kedai makan melayu pun ada, wafak ke apa, tengok kt bahagian frame, kt dinding atas biasa kedai percaya petua or memakai pelaris kt celah2 tu dia letak botol minyak atau gantung kulit2.

dalam forum ni ada satu sister famous dengan balan2. balik sabah tengah guna toilet pun balan2 kacau.  aisy atau aira nama sista tu dh lupa



Quote CiliPadiSedap 7-12-2020 03:40 PM
Orix replied at 7-12-2020 03:23 PM
kawan iols gigih forward ws psal hantu ketuk2 ni... iols rolling eyes sajokk.. entah iols bukan la x ...

sama cm artificial sun, dekat tiktok viral matahari muncul dua. dh nak kiamat sulamkan dengan ayat alquran. walhal matahari di maksudkan kuasa kepanasan core nuclear fushion tu dijangka 10 kali ganda daripada core matahari.

senang sangat orang percaya. tujuan buat nuclear fusion nak dapat clean energy dan sustainable energy.
Quote salimrock 7-12-2020 03:44 PM
dia sorang dgr,

err main game apa tu?

mgkn neuron2 dlm otak terjejas kot, sebab main game lama sgt...

kadang2 masuk rm100 dpt bonus 400 pastu tak nak cuci, pastu abis modal dgn duit kemenangan pn boleh menyebabkan neuron2 otak terganggu tau...
Quote salmon-suki 7-12-2020 03:47 PM
Nama wife dia holimatus holi?jadi bapak mertua dia nama holi?

Baidewei,xkan xde explanation lgsg psl ketukan ni?mana PU,Daie y boleh rawat paranormal ni?{:smile  tulaa korg..dah tangkap syedsy*t,xde daa y boleh pulihkn paranormal..{:smile
Quote mrsbob87 7-12-2020 03:54 PM
uiksssh kes ketuk pintu ni kira da jadi urban legend la ye
Quote saviour_09 7-12-2020 04:00 PM
ada buat road show ke tu?

amboiihhh
Quote Limao 7-12-2020 04:04 PM
Eloknya perangai dah jadi bapak main game sampai 3.30 pagi.
Siang tu tak menolong bini menjaja ke?
Aku speku 'benda' yang ketuk pintu umah ko tu nak tanyer tu je.
Quote AbukRokok 7-12-2020 04:06 PM
domestobot replied at 7-12-2020 02:59 PM
kenapa rumah Melayu je yang kena setakat ni? kat Sarawak pun sama jugak, cuma rumah orang Melayu je  ...

hantu resis
Quote cmf_almondpecan 7-12-2020 04:33 PM
Satu perkara yg saya heran, mcmana suratkhabar boleh dpt tau ada rumah org diketuk pintu tp takde org? Adakah tuan rumah terus contact wartawan bila pintu rumah diketuk? Atau dia bgtau kawan2 dah cerita tersebar sampai ke pengetahuan wartawan?
Quote True-X 7-12-2020 04:46 PM
Makhluk ni hanya ketuk rumah umat melayu  je ke?
Quote HuoJingJue 7-12-2020 04:46 PM
cer pasang cctv 1 unit pada dinding berhampiran pintu..
mana tau kalo tertangkap imej ganjil boleh popular 1 malaya
Quote addved 7-12-2020 04:48 PM
cmf_almondpecan replied at 7-12-2020 04:33 PM
Satu perkara yg saya heran, mcmana suratkhabar boleh dpt tau ada rumah org diketuk pintu tp takde or ...

hahaha ... sama lah, I pon pikir benda yang sama. Itu pon boleh masuk newspaper?
Quote kucingitam 7-12-2020 04:49 PM
salimrock replied at 7-12-2020 03:44 PM
dia sorang dgr,

err main game apa tu?

apa maksud cuci2 tu?

selalu dpt sms bonus sekian2, boleh cuci..


boleh tlg explain?


Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top