Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Apa Motif Papagomo Campuri Isu Kuil? - Pemuda PAS

7-12-2020 01:11 PM Komen: 22
Pemuda PAS mempersoalkan tindakan tergopoh-gapah EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang membidas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perobohan kuil di negeri itu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait kesal tindakan Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo itu dan mempersoalkan sama ada mahu mencari pertelingkahan, perbalahan atau pergaduhan.


Kredit foto: IG Wan Muhammad Azri

Tegas beliau, sebagai anak muda, tidak harus bertindak tanpa berpandukan prinsip di mana isu yang berlaku itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan juga Pemuda mesti menjadi ejen perpaduan, penyatuan dan mendamaikan.

Terangnya, isu tersebut tidak lagi menjadi rahsia di mana notis dari Majlis Bandaraya Alor Setar sudah diberi sejak Disember 2019 disusuli notis kedua pada Julai 2020, namun tidak diambil tindakan atau diendahkan oleh pihak kuil.

Di mana bacanya dari notis tersebut, pihak berkenaan dikehendaki mengubah dan mengalih serta merobohkan binaan berkenaan dengan kadar segera dalam masa tujuh hari yang menunjukkan bahawa isu tersebut bukan baharu atau tanpa budi bicara.

Isu tersebut juga kemuka Faisal, turut melibatkan perobohan gelanggang silat disebelah kuil itu, namun ia tidak diperjuangkan pula oleh Azri dan pihak-pihak yang mempertahankan kuil tersebut, malah pihak pertubuhan silat juga tidak membantah.

Kalau kita lihat sama lebih kurang dia punya kaedahnya iaitu anda telah pun didapati mendirikan binaan menyebabkan bersalahan dengan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan juga Bangunan (Akta 133)

Akta 133, tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil Hindu, tokong atau rumah ibadah, ianya juga berkuatkuasa ke atas semua struktur binaan dan hadangan yang tidak diluluskan, apa-apa sahaja, ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan motif Pemuda Umno membawa naratif isu tersebut yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen atau provokasi berbanding usaha untuk menyelesaikan isu itu secara sewajarnya.



Menjawab mengenai perkataan mabuk disebut Muhammad Sanusi di mana didakwa menghina kaum India, Faisal menyatakan bahawa ianya hanyalah sebutan kiasan dan merujuk kepada pihak tertentu yang mabuk populariti. 


Sumber: HARAKAHDAILY


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote bangcak 8-12-2020 03:41 PM
kemaruk replied at 7-12-2020 05:31 PM
bangkem dah tak ngam dengan si gomo nih lepas dia backup pemilik jakel

teross tak ngam!
...tetiba.

Lain-lain Komen

Quote LadyCarefree 7-12-2020 01:20 PM
Papagomo ni apa sumber pendapatan dia?
Quote rogayahtop 7-12-2020 01:29 PM
lmao keje polis dulu pun kena buang psl rasuah. lepas tu umno bayor. lepas tu tak paham kenapa org melayu tak undi umno time PRU.

dah 2020 ni bawak2 la tukar imej parti. ni nak.menyokong puak hindraf pulak. cukup2 la PH je.
Quote nikaido 7-12-2020 01:38 PM
LadyCarefree replied at 7-12-2020 01:20 PM
Papagomo ni apa sumber pendapatan dia?

Rizal mansur ckp papa jadi RBA dpt rm5000. Belum lagi elaun exco pemuda & projek2 under pemuda umno
Quote batusembilan 7-12-2020 01:40 PM
papagomo ni sampah
Quote ResellerMaxis 7-12-2020 01:55 PM
rogayahtop replied at 7-12-2020 01:29 PM
lmao keje polis dulu pun kena buang psl rasuah. lepas tu umno bayor. lepas tu tak paham kenapa org m ...


Papagomo nasihat benda betul je. Xde pun sokong kuil ke apa mcm pemuda pas ni tuduh.

Dia cuma suruh mb kedah minta masf sebab buat kenyataan berunsur perkauman.

Antara kenyataan tersebut kenapa penganut agama lain cacamarba dan xmcm islam teratur kononnya.

Try bagi peruntukan 1 billion pada agama lain juga. Then benarkan mereka derma pada urusan agama mereka dan boleh deduct tax 100%, baru sesuai nk bagi statement mcm tu.

Sama juga bila tuduh menteri mic buat statement mcm minum todi 1 botol tapi mabuk macam minum 2 3 botol.

[twitter]https://twitter.com/AmirulZickery/status/1335241034415001603?s=20[/twitter]
Quote LadyCarefree 7-12-2020 05:27 PM
nikaido replied at 7-12-2020 12:38 PM
Rizal mansur ckp papa jadi RBA dpt rm5000. Belum lagi elaun exco pemuda & projek2 under pemuda umn ...

Ooooo gituuuuuuu. Jijikznya pd iols duit camtu
Quote kemaruk 7-12-2020 05:31 PM
bangkem dah tak ngam dengan si gomo nih lepas dia backup pemilik jakel
Quote rogayahtop 7-12-2020 05:45 PM
mmg betul pun mb kedah tu cakap. nak buat kuil ada SOP. ke tak payah SOP boleh mcm pacak kat mana2 terus jadi kuil berumur 300 tahun gitu

papagomo tu try lalu jalan dr ukm pegi bangi avenue tu kira brp banyak kuil dr yg kecik sampai yg besar. berapa juta penganut kat bangi lama tu sampai nak berpuluh2 tempat ibadat.

7% je  penduduk lepas tu kira brp banyak pulak dah 300 taun. lagi nak billion? nak sama rata? kalau sama rata bagi 7% je.







Quote MissYouSayang 7-12-2020 05:52 PM
I donno why i feel papagomo ni is dizek...
Quote kelapaparut 7-12-2020 05:53 PM
mesti org umno main tikam blkg pas ni, papagamo xkan buat sesuatu kalu xde duit atau arahan pihak atasan, ni mesti pmainan umno dgn mic, ye la pas xnak sokong umno masa kes mb perak ni..
Quote Aliaskotonggo 7-12-2020 05:56 PM
amende lah kluster ketayap ni. org tegur benda lain, dia dok merapu benda lain pulak
Quote CiliPadiSedap 7-12-2020 08:36 PM
Sampai skg isu bomba adib senyap
Quote Normabaru 7-12-2020 09:14 PM
sejak dpt tahu dia ni balaci umngok.. kaka dh meluat tgk beruang ni. fitnah org xkira janji dpt duit.. puik..
Quote NBH 7-12-2020 09:18 PM
rogayahtop replied at 7-12-2020 05:45 PM
mmg betul pun mb kedah tu cakap. nak buat kuil ada SOP. ke tak payah SOP boleh mcm pacak kat mana2 t ...

memang tindakan roboh kuil tu betul. tapi yang orang pertikai kenyataan bengap mb tu. mb ni patut pi hntaq kursus komunikasi dulu la. apa punya bodoh.

Quote Bedah.Cun 7-12-2020 09:49 PM
Set2 Cholar tue pasti ker tak mengeluarkan kenyataan yang mengguris sentimen kaum lain? Tak dinafikan Msia neh memang negara rasis macam Yugoslavia. Komer nengok berapa lama lagi nak tahan kalau perangai melampau2 cenggini.
Quote n3ar 7-12-2020 09:55 PM
aku rasa ok jer MB kedah punya kenyataan tu..spe minum todi dia la rasa mabuk....
Quote Bedah.Cun 7-12-2020 09:55 PM
Situasi politik kaum kat Malaya neh makin lama makin toksik. Menyampah mak, meluwat! Set2 non-Malays pon same jer komer resis tapi sebab orang tak fokus ker komer, tue komer heppi jer menyakitkan hati orang. Siyal!
Quote pyropura 7-12-2020 11:32 PM
rogayahtop replied at 7-12-2020 01:29 PM
lmao keje polis dulu pun kena buang psl rasuah. lepas tu umno bayor. lepas tu tak paham kenapa org m ...

Isu nya tindakan seorang MB menghina pihak2 tertentu yg.takde kaitan dgn.undang2 pacak kuil? Paham?
Quote depresio 7-12-2020 11:49 PM
Salah satu sebab aku tak boleh support umno sbb ada sampah macam dia ni dalam umno xsanggup aku nak berada dalam satu parti dgn sampah macm ni..

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top