Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ini 6 Perkara Mengenai Insiden Kemalangan Tragis Syafiq Ahmad

7-12-2020 10:29 AM Komen: 208
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu yang dilalui penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad yang terpaksa reda apabila kehilangan dua insan tersayang dalam satu kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Jawi semalam.

Siapa sangka, kepulangannya ke kampung halaman berakhir dengan insiden tragis sehingga meragut nyawa bayi lelaki dan ibu mentuanya.


Ternyata, semalam merupakan hari duka buat seluruh keluarga Syafiq dan juga peminat bola sepak tanah air yang berkongsi rasa sedih dengan berita menyayat hati tersebut.

Berikut Gempak kongsikan rangkuman berkaitan insiden duka pada 6 Disember yang menyelubungi keluarga Syafiq yang juga merupakan pemain Harimau Malaya:


1. Kebumi satu liang lahad


Jenazah Muhammad Aisy Saqeef yang berusia 22 hari dan ibu mentua Muhammad Syafiq Ahmad, Zainab Wahab, 46, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Pendang kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Kedua-dua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad.


2. Isteri ditolak atas katil wad beri kucupan terakhir


Isteri Muhammad Syafiq Ahmad, Nur Amalina Norain yang turut sama cedera dalam kemalangan tersebut ditolak di atas katil ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi memberi kucupan terakhir kepada jenazah anaknya, Muhammad Aisy Saqeef yang berusia 22 hari.


3. Bendera JDT dikibar separuh tiang


Sebagai tanda penghormatan, Tengku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah agar bendera JDT di Stadium Sultan Ibrahim dikibarkan separuh tiang, stadium diterangi lampu putih selain ucapan takziah dipaparkan pada skrin besar.


4. "Mana Aisy...Aisy sudah tiada"



"Mana Aisy..Aisy sudah tiada". Ini antara bait-bait kata yang dilafazkan pemain JDT itu ketika menunggu jenazah anak lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef di perkarangan Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Bahkan, menurut adiknya, Muhammad Zulfadhli, Syafiq masih trauma dan sukar menerima insiden yang meragut tiga nyawa itu.

Syafiq juga dikatakan enggan bercakap dengan sesiapa selain dilihat hanya mampu menangis setiap kali didatangi saudara mara dan kenalan yang bertanyakan keadaannya.



5. Ayah Syafiq tak sempat tatap wajah cucu lelaki pertama


Bapa penyerang JDT itu, Ahmad Ibrahim, 56, tidak berkesempatan untuk menatap wajah cucu lelaki pertama dalam keluarganya itu.

Bahkan, katanya, dia sebenarnya merancang untuk ke Johor bersama ahli keluarganya yang lain bagi melawat anak kedua Syafiq.




6. Arwah isteri minta kemas rumah


Bapa mentua Syafiq, Norain Shahadan,50 memaklumkan bahawa arwah isterinya, Zainab Wahab, 46, ada menghubunginya sebelum pulang ke kampung.

Katanya, isterinya yang sudah berada di Johor sejak perayaan Deepavali lalu itu meminta agar dia mengemaskan rumah, namun tidak menyangka dua insan tersayang itu pulang sebagai jenazah.

Bahkan, katanya, dia hanya sempat menatap wajah cucu barunya itu menerusi kumpulan WhatsApp keluarga sahaja.


Sumber & Foto: Gempak, Bernama & Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 208
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote fiera_sakura 31-12-2020 12:50 AM
pasti ada hikmahnya.... Allah Swt sebaik2 perancangan.... bertabahlah

Lain-lain Komen

Quote per706 7-12-2020 10:36 AM
Bertbah ye deq....Allah syg...semoga istri selamat insyaAllah...semoga keluarga diberi kekuatan dan ketbahan dri Allah..semoga diangkat darjat di sisi Allah dia atas dugaan yg menimpa...semoga yg dah pergi ditempatkan bersama2 org2 yg beriman dan mulia disisi Allah...InsyaAllah...Amin Ya Rabb...
Quote sukacactus 7-12-2020 10:48 AM
Pantang ye reporter cari ni nak sambung kat thread yg sedia ada
Nakkkkkkkk jg buka thread baru
Quote Kak-Leen 7-12-2020 10:52 AM
Sedih bila baca berita ni. Akak x kenal dia sebab x ambil tahu pasal team bola walau dok Johor. Moga dia sekeluarga diberikan kekuatan. Trauma sangat..
Quote pumpkingirl 7-12-2020 10:56 AM
No 2 tu paling sedih
Quote vespa_oren 7-12-2020 11:17 AM
Hilang mak, hilang anak sekelip mata tanpa sempat beri/terima pesanan akhir. Berat dugaan isteri dia terima. Semoga tabah dan reda ketentuan takdir.
Quote sonatalady 7-12-2020 11:21 AM
Berat dugaan dia.semoga diberi kekuatan buat dia sekeluarga.
Quote Normabaru 7-12-2020 11:22 AM
Mayat bibik tu apela cerita dia.. Tu lg kesian.. Ntah dpt pampasan or mati katak gitu je.. Btw ape kewajaran bendera separuh tiang? Dorg meninggal sbb perjuangan bola sepak kah?
Quote ina_na 7-12-2020 11:25 AM
Kesian nye.. Dia tanye soalan.. Dia jawab blk.. Tkt kalo mental x kuat.. Sasau blh jd.. Dgn rs bersalah lg..
Quote jlo 7-12-2020 11:25 AM
sedih
semoga roh mereka dicucuri rahmat ..
Quote saviour_09 7-12-2020 11:27 AM
Edited by saviour_09 at 7-12-2020 11:28 AM

'' no parent should ever bury their child ... ''

salam takziah
Quote stingerXIM 7-12-2020 11:32 AM
saviour_09 replied at 7-12-2020 11:27 AM
'' no parent should ever bury their child ... ''

salam takziah

Kau nak sebut TUHAN iteww zalim keww?
Quote johan-adx 7-12-2020 11:36 AM
arwah mak mertua pun muda lg br 46..
salam takziah utk ahli keluarga
Quote zehra2 7-12-2020 11:37 AM
tu ler harap terus tabah.. penting nya percaya pd qada' dan qadar' Allah swt.
teringat kes kak eton sameon.. sampai  skrg.. gitu laa
Quote stingerXIM 7-12-2020 11:39 AM
Should be 7 not 6 perkara yg kita perlu tahu...
Pemandu hilang kawalan kenderaan dek ngantuk...oleh sebab keadaan TER doze off maka tindakan susulan undang umdang terhadap pemandu tidak akan diambil walaupun atas kecuaian yg tidak disengajakan ini yaitu dengan TER tidur, menyebabkan kehilangan jiwa...

Quote stingerXIM 7-12-2020 11:45 AM
zehra2 replied at 7-12-2020 11:37 AM
tu ler harap terus tabah.. penting nya percaya pd qada' dan qadar' Allah swt.
teringat kes kak eton ...


Kalau mati disebabkan dilanggar oleh pemandu mabuk harus kita carutkan sipemandu yg mengakibatkan kematian org lain kheunz? Kes pemabukan sehingga teejadinya kehilangan nyawa tidak ada kaitan langsung dgn takdir atau qada dan qadar?tapi kalau kes TER doze off waktu memandu..baru qada dan qadar?

Atau canna?
Quote pyropura 7-12-2020 11:45 AM
Memecut laju sambil bawak bini dlm.pantang. Memecut dgn.people mover pulak lagi. Aiyem really speechless
Quote stingerXIM 7-12-2020 11:47 AM
pyropura replied at 7-12-2020 11:45 AM
Memecut laju sambil bawak bini dlm.pantang. Aiyem really speechless

OK QADA QADAR....as long as bukan memandu dalam keadaan kandungan alcohol dalam darah melebihi had...kalau memandu laju tak mengantuk masih ok...

Kahkahkahkah
Quote manehnya 7-12-2020 11:50 AM
smoga syafiq dan isteri di berikan ketabahan, kekuatan dan kesembuhan mental dan fizikal
Quote stingerXIM 7-12-2020 11:52 AM
manehnya replied at 7-12-2020 11:50 AM
smoga syafiq dan isteri di berikan ketabahan, kekuatan dan kesembuhan mental dan fizikal

Some people diuji utk be a better, responsible being, THE HARD WAY...

Lihat semua komen(208)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top