Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hampir Semua Gigi Luruh 28 Tahun Dikurung Ibu

1-12-2020 08:04 PM Komen: 18
Seorang ibu di Sweden ditahan selepas disyaki mengurung anak lelakinya selama 28 tahun, menjadikannya kekurangan zat dan kehilangan hampir keseluruhan giginya.

Jurucakap polis, Ola Osterling berkata, wanita itu disyaki menghalang kebebasan dan menyebabkan kecederaan badan.

"Lelaki itu telah dikurung 'untuk tempoh yang sangat lama' di apartmen di selatan pinggir bandar Haninge," katanya yang enggan memberikan komen mengenai dakwaan akhbar tempatan berkaitan tempoh lelaki itu dikurung selama 28 tahun.

Berdasarkan laporan, wanita berkenaan memberhentikan anaknya dari sekolah ketika berusia 12 tahun dan mengurungnya di apartment berkenaan sejak itu.


Kredit foto: The Local Sweden

Menurut laporan Expressen, seorang saudara keluarga berkenaan menjumpai lelaki yang kini berusia sekitar 41 tahun pada Ahad lalu selepas ibunya berusia 70-an dibawa ke hospital.

Lelaki itu didapati cedera pada bahagian kaki, sukar berjalan, keupayaan bercakap yang lemah selain hampir kehilangan semua giginya.

Osterling bagaimanapun enggan memberi komen mengenai butiran berkenaan dan menyifatkan kecederaan yang dialami lelaki itu tidak mengancam nyawa.

Wanita berkenaan menafikan jenayah yang dilakukan, kata Lembaga Pendakwaan Sweden.

Difahamkan, doktor di hospital yang memaklumkan polis mengenai kejadian berkenaan.

Saudara mereka yang menemui lelaki berkenaan berkata, apartmen itu kelihatan seperti tidak dibersihkan selama beberapa tahun.

"Terdapat air kencing, sampah dan habuk. Ia juga berbau busuk," katanya kepada Expressen.

Katanya, dia menanti saat ini selama 20 tahun kerana mengesyaki wanita berkenaan 'terlalu mengawal' anaknya.

"Saya tahu dia (lelaki itu) dikawal sepenuhnya oleh si ibu. Namun, saya tidak menyangka ia sampai ke tahap ini.

"Saya bersyukur dia kini sudah diselamatkan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote antikorokprovok 2-12-2020 01:15 PM
Media reports suggested the mother was overly protective after having lost her firstborn son when he was three years old.

The relative said the mother had convinced the boy that everybody was out to get them and that she was the only one who could protect them.

The relative also told the Dagens Nyheter newspaper she had contacted social services several times over the years but was told no crime had been committed because the man was not physically locked up.

Katanya, mak dia jadi protective melampau selepas anak pertama mati pada usia 3 tahun. Saudara mara keluarga ni beritahu, mak lelaki tu yakinkan lelaki tu bahawa semua orang nak cari dan macam nak apa-apakan mereka. Sebab tu mak tu kurung lelaki tu. Mesti lelaki tu percayakan cakap mak dia, sebab tu tak pernah cuba lari..
Saudara mara mereka pernah hubungi social service beberapa kali, tapi disebabkan lelaki tu tak kena ikat atau rantai jadi social servis kata mak lelaki tu tak buat apa-apa jenayah

Artikel penuh di:
https://au.news.yahoo.com/mum-sweden-arrested-locking-son-120705642.html

Lain-lain Komen

Quote iminidin 1-12-2020 08:06 PM
Ya Allah.. kejamnya manusia..
Quote GincuPurple 1-12-2020 08:10 PM
Pelik ni,.padahal negara2 scandinavia punya la ketat undang2 bila berkaitan kebajikan budak2. Cemana diorang boleh terlepas pandang pasal budak ni. Patutnya diorang dah boleh detect bila budak ni tak didaftar ke sekolah.
Quote cmf_almondpecan 1-12-2020 08:17 PM
Edited by cmf_almondpecan at 1-12-2020 08:19 PM

Saya tau sgt mak yg set2 mcm ni. Mmg jahat dan abusive. Anak tu tak mampu nak buat apa since kena kawal sejak kecik si dia tak tau apa nak buat esp kalau anak tu kurang cerdik dan jenis tak melawan. Sedara dia pun satu hal. Dah mmg tau anak tu kena kawal sampai mcm ni takde pulak dia lapor ke pihak berkuasa padahal kat Sweden tu polis takkan suruh balik dgn alasan ni hal keluarga so sila selesaikan antara ahli keluarga.

Semoga mak tu kena hukuman setimpal walaupun dah tua. Tp mcmana pun walau hukum penjara sampai mati pun takkan dpt balik the best years utk anak dia tu. Mak ni tak insaf sbb menafikan. Mak2 yg jenis ni mmg takkan mengaku sbb pd diaorg dia buat benda yg betul.
Quote sarah82 1-12-2020 08:44 PM
Jangan dijadikan sex slave mak dia sudah..

Hamjadah sungguh mak2 mcm ni.
Quote lavendernovella 1-12-2020 09:03 PM
Nasib lelaki tu tak jadi Ed Kemper.
Quote lattehazelnut 1-12-2020 10:17 PM
Yg kes malaysian rotan anak dulu2 tu apa jd ek?
Quote KIM.K 1-12-2020 11:20 PM
cmf_almondpecan replied at 1-12-2020 08:17 PM
Saya tau sgt mak yg set2 mcm ni. Mmg jahat dan abusive. Anak tu tak mampu nak buat apa since kena ka ...

Sebab sama2 siblings narcissists
Berlambak la dalam fam aku. Aku pun on my way nak jadi narc letak family members trouble maker ni ke tempat yg sesuai
Quote iminidin 1-12-2020 11:32 PM
KIM.K replied at 1-12-2020 11:20 PM
Sebab sama2 siblings narcissists
Berlambak la dalam fam aku. Aku pun on my way nak jadi narc leta ...

u ok dah la ni Kim?..
take care u.
Quote Aikiko 2-12-2020 12:27 AM
Gambo xdeke?
Quote ikanmasin 2-12-2020 12:44 AM
jahatnya disebabkan bertahun2 kene kurung walaupun mak tu umur 70thn dah.msh tak boleh amik apa2 tindakan anak yg kene kurung tu.sbb tak tahu nak melawan.kesian
Quote antikorokprovok 2-12-2020 01:11 AM
Gambar mangsa takde. Jumpa gambar polis gi tempat kejadian
1201rskurung_1606820327.jpg 123132_194.jpg 1851a763-bd35-4af0-8f22-2eb3259f44bd_0.jpg
Quote dudaberhias 2-12-2020 05:29 AM
tak terbayangkan kena kurung selama 28 tahun sampai gigi semua dah luruh... sure gambar laki tu menyayat hati... gila punya mak...
Quote husna_amal 2-12-2020 09:50 AM
Biasa perempuan je jadi mangsa. Kali ni lelaki pun ada. Kesian hampir sepanjang hidup dia kena kurung je.
Quote any42 2-12-2020 10:27 AM
sbg ank llaki xmmpu nk mmberontak mlawan mak ke camne. camne ntah mak dia brainwash ank jntan smpai mmpu tkurung bpuluh tahun.

jgn la sat g mental dh kcau bila dh bebas hdup bdendam dgn prmpuan takutnya ttiba jd perogol/pmbunuh bsiri.
semoga btmbah baik life llaki ni lps ni
Quote Artemesiaa 2-12-2020 10:32 AM
Kat tanah air pun ada je jenis mak2 yang macam tu walau ada yang tak sampai se extreme tu tapi sampai dah beranak pinak anaknya tu pun tetap dicontorl semuanya.
Quote GincuPurple 2-12-2020 12:39 PM
lattehazelnut replied at 1-12-2020 02:17 PM
Yg kes malaysian rotan anak dulu2 tu apa jd ek?

dah selesai penjara dan dah balik sini kan? atau cemana?
Quote edayildiz 2-12-2020 01:00 PM
siannya dia..blh bckp  lg tak
Quote antikorokprovok 2-12-2020 01:15 PM
Media reports suggested the mother was overly protective after having lost her firstborn son when he was three years old.

The relative said the mother had convinced the boy that everybody was out to get them and that she was the only one who could protect them.

The relative also told the Dagens Nyheter newspaper she had contacted social services several times over the years but was told no crime had been committed because the man was not physically locked up.

Katanya, mak dia jadi protective melampau selepas anak pertama mati pada usia 3 tahun. Saudara mara keluarga ni beritahu, mak lelaki tu yakinkan lelaki tu bahawa semua orang nak cari dan macam nak apa-apakan mereka. Sebab tu mak tu kurung lelaki tu. Mesti lelaki tu percayakan cakap mak dia, sebab tu tak pernah cuba lari..
Saudara mara mereka pernah hubungi social service beberapa kali, tapi disebabkan lelaki tu tak kena ikat atau rantai jadi social servis kata mak lelaki tu tak buat apa-apa jenayah

Artikel penuh di:
https://au.news.yahoo.com/mum-sweden-arrested-locking-son-120705642.html

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top