Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

RM50,000 Tempah Kubur Di Bulan, Siapa Nak?

1-12-2020 07:48 PM Komen: 16
Projek berkaitan bulan bukan lagi satu perkara asing kerana sebelum ini sudah beberapa perancangan telah dibuat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA)

Jika sebelum ini NASA bercadang untuk mencipta tandas di bulan, namun kali ini mereka menawarkan perkhidmatan pengkebumian.


Gambar hiasan

Menurut laporan The New York Post, abu mayat tersebut akan dihantar ke bulan tahun depan, sebahagian daripada tawaran NASA.

Servis berkenaan dijangka dilaksanakan pada bulan Julai 2021 dan turut dikendalikan oleh syarikat pengebumian ruang angkasa, Texas Celestis.

Menariknya, abu mayat ini akan di bawa menuju salah satu wilayah bulan dikenali sebagai Lacus Mortis.

Difahamkan, sehingga hari ini hanya seorang manusia saja telah dikebumikan di bulan.


Kredit foto: Gempak

Individu tersebut ialah saintis planet, Eugene Shoemaker.

Pakej pengebumian pula dianggarkan berharga USD$ 12,500 (RM50,000).

Abu mayat ini akan dibawa ke permukaan Bulan oleh kapal angkasa yang dibuat oleh Astrobotic, sebuah syarikat robotik swasta AS.

Sumber: Gempak



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nanies 13-1-2021 10:39 AM
dah byr iye iye, ropa ropanya dia buang aje abu tu kat sungai. pastu amik gmbr edit photoshop background bulan, pastu htr kat family members. nk gah sikit, buat satu certificate. hahahhahah asal boleh korg nk meniaga yaaaa

Lain-lain Komen

Quote Rogue98 1-12-2020 08:57 PM
Xnak lah ...aku gayat.
Yg dtg melawat kubur alien jer pun....
Quote dudaberhias 1-12-2020 09:00 PM
tak nak sebab mati2 pun last2 kena hadap tengok manusia dekat bumi jugak yang sibuk merosakkan dunia kalau boleh booking dekat matahari ok jugak
Quote allshares 1-12-2020 09:10 PM
No thanks, satu sbb kalau iols mati 50k tu mesti waris ckp bodo pg bayar benda tah hape2. 2ndly, nanti kena umpat oleh melayu Muslim ktnya tanah dunia taknak terima jasad iols sbb bnyk dosa. Choy.
Quote misc 1-12-2020 09:19 PM
Tak nak lah..kubur kat bulan takde oksigen
Kalau nak dikuburkan di bulan mana boleh sebut pengkebumian. Kena tukar jadi pengkebulanan.
Quote RatuDunia94 1-12-2020 09:24 PM
So dh x relevan lah ayat2 acik meleis "nanti mati mayat tak diterima bumi".. sbb bulan say hello..
Quote stingerdoll 1-12-2020 09:30 PM
Lebih seswai utk golongan kunyit kerana memang tak diterima bumi jasadnya....hence dibulan la tempat persemadian..

Kahkahkahkah
Quote friedfishsoup 1-12-2020 10:21 PM
stingerdoll replied at 1-12-2020 09:30 PM
Lebih seswai utk golongan kunyit kerana memang tak diterima bumi jasadnya....hence dibulan la tempat ...

Stingerdoll? Inspired by house of doll ke?
Quote Lengkong 1-12-2020 10:39 PM
Tak nak lah..

Quote Tinot7 1-12-2020 10:51 PM
Silap ni. Patutnya pakej pengebulanan.

Pakej pengebumian pula dianggarkan berharga USD$ 12,500 (RM50,000).
Quote sharlenetexas 1-12-2020 10:55 PM
Ku bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Ku tempah kubur di bulan
Takde sape nak kacau...

Quote MissYouSayang 1-12-2020 10:58 PM
friedfishsoup replied at 1-12-2020 10:21 PM
Stingerdoll? Inspired by house of doll ke?

Bukan laaa...dia ada anjing belaan jenis ragdoll tau...ahaha
Quote Dwdrum 2-12-2020 02:04 AM
Manusia selepas mati end up carbon neutral... Sama seperti kehidupan lain... Nothing special..cuma as human selalu rasa diri lebih istimewa dari kehidupan lain...
Pilih untuk rest di bulan pilihan individu yang mampu rm 50k lagi murah dari lot kubur dan prep include coffin di tempat i...
Quote swateng1 2-12-2020 08:54 AM
iyolahhh tu nak bawak abu mayat p bulan. silap2 tuang dalam jamban sajorkkk. tak pun buang dalam lombong. aku tak percaya laa.puak2 ni semua nk buat duit saja.
Quote husna_amal 2-12-2020 10:00 AM
Kalau ada yang berhasrat mungkin boleh la cepat2 mati sebelum nasa ke bulan tahun depan.
Quote Artemesiaa 2-12-2020 10:37 AM
Bab idea berbusiness mereka ni amat pandai
Quote nanies 13-1-2021 10:39 AM
dah byr iye iye, ropa ropanya dia buang aje abu tu kat sungai. pastu amik gmbr edit photoshop background bulan, pastu htr kat family members. nk gah sikit, buat satu certificate. hahahhahah asal boleh korg nk meniaga yaaaa

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top