Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kawan Dari Kayangan! 14 Rakan Dapat RM4 Juta Seorang Daripada George Clooney

30-11-2020 10:39 AM| Komen: 12

Bayangkan betapa kaya dan banyaknya harta dikumpul penerbit, pengarah, aktor Hollywood, George Clooney hasil daripada kariernya dalam bidang hiburan apabila beliau pernah memberikan sejumlah ASD14 juta bersamaan RM57 juta kepada 14 teman baiknya.


Kredit foto: France 24

Clooney mengaku memberi setiap seorang daripada 14 teman baiknya wang tunai bernilai ASD1 juta atau RM4 juta beberapa tahun silam kerana masih belum berkahwin apalagi memiliki keluarga.

Rahsia itu diceritakan pemenang tiga kali Golden Globe berkenaan dalam wawancara terkininya bersama majalah GQ yang juga menobatkan suami Amal Clooney ini sebagai Icon of the Year.

Menurut Clooney, 'pembahagian harta' itu dilakukan selepas filem lakonannya bersama Sandra Bullock, Gravity yang dibintangi pada 2013 menjadi blockbuster.


Kredit foto: Magzter

Lantaran itu, lelaki berusia 59 tahun ini mendapat bahagian lumayan hasil daripada filem yang menjadi hit. 

Namun, kata Clooney, oleh kerana pada saat itu beliau tidak punya sesiapa, belum berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, dirinya memutuskan untuk memberikan RM4 juta seorang kepada 14 teman rapatnya.

"Tanpa mereka, saya tidak akan ada di sini atau berada pada tahap ini," dedah Clooney dalam wawancara tersebut yang dipetik dari CNN.

Ayah kepada dua orang anak, Alexander Clooney dan Ella Clooney itu kemudian melanjutkan ceritanya dengan mengatakan beliau memandu sebuah van buruk ke sebuah gudang di luar bandar Los Angeles, lokasi dirinya memiliki RM57 juta sebelum menelefon 14 temannya untuk datang ke rumah.

"Macam mana saya boleh membayar jasa mereka yang telah bersama saya selama ini? Dan saya katakan pada diri sendiri, 'apa kata saya berikan kalian RM4 juta seorang?

"Dan saya keluarkan peta, tunjukkan saja tempat mana di dunia yang ingin saya lawati dan saya dapat lakukannya kerana mereka," kata Clooney.



Sumber: Gempak

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
1
0
Komen: 12
Komen

Previous : Nia Ramadhani Dedah Dulu Hidup Susah, Terpaksa Pergi Sekolah Naik Van Tambang

Next       : Isteri Meninggal Akibat Tsunami, Kini Ifan Seventeen Dah Ada Kekasih

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 1-12-2020 03:26 PM
Walau cerita lama tapi sifat dia yang tak lupa pada kawan2 lama lepas terkenal boleh dijadikan contoh

Lain-lain Komen

Quote husie91 30-11-2020 10:43 AM
Cerita graviti tu best tp spjg cerita pelakon yg sama je memanb untung la siapa berlakon citer tu dia sorg je satu cerita haha
Quote KIM.K 30-11-2020 10:55 AM
cerita lama. clooney hadiah pada kawan2 zaman dia bbnu
Quote puccafan 30-11-2020 11:28 AM
Ingatkan hasil con orang persis ocean 11
Quote Boomibulat 30-11-2020 01:22 PM
Rasa mcm cerita lama je..ke ada di kasi lg baru2 ni..mana tau mgkn Bnyk pelakon Hollywood  terjejas kobit..
Quote LadyCarefree 30-11-2020 02:53 PM
Cerita lama ni. Nasib baik amal bukan melayu islam msia.
Quote husna_amal 30-11-2020 03:36 PM
Bagus tu share kesenangan dengan kawan baik.
Quote Scheherazade 30-11-2020 04:56 PM
Byk tu sejuta USD sorg
Quote ikanmasin 30-11-2020 05:33 PM
untunglah 14org kawan2 dia tu..walaupun cerita lama tp menjadi ingatan buat kawan2 dia yg 14org tu kan...
Quote Aikiko 30-11-2020 11:03 PM
Boleh tak nak tau siapa kenkawan dia yg 14 org tu{:spot
Quote lavendernovella 1-12-2020 01:46 AM
Filem gravity tu best giler. Tapi ramai tak minat.
Quote Supersirap 1-12-2020 07:01 AM
Untung betul kawan-kawannya itu, semoga persahabatan yang terjalin itu kekal sehingga akhir hayat
Quote Artemesiaa 1-12-2020 03:26 PM
Walau cerita lama tapi sifat dia yang tak lupa pada kawan2 lama lepas terkenal boleh dijadikan contoh

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top