Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

“Ini Manusia Atau Pontianak?” Netizen Terpesona Nenek 53 Tahun Persis Gadis Remaja

28-11-2020 02:51 AM Komen: 195
PUSPA (dua dari kiri) bergambar bersama suaminya (kanan), dan dua anak mereka. – INSTAGRAM


JAKARTA – Seorang wanita berusia 53 tahun menjadi tum-puan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor laman berita Suara.com.

Beberapa gambar wanita berstatus nenek yang dikenali sebagai Puspa Dewi itu menjadi tular selepas dimuat oleh seorang pengguna di laman Twitter.

Antaranya gambar menunjukkan perbezaan wajah Puspa bersama suaminya yang dirakam pada 1993 dengan foto terkini mereka pada tahun 2020.

“Ini manusia atau pontianak?” tulis keterangan pada gambar tersebut.


Ia berikutan wajah Puspa kelihatan jauh lebih muda berbanding pada tahun 1993 walhal usianya kini melepasi separuh abad. Malah, sebilangan netizen sukar mempercayai kecantikan wanita itu tidak dimamah usia.

Puspa yang memiliki seorang cucu adalah selebriti media sosial di Indonesia. Dia mempunyai hampir setengah juta pengikut di laman Instagram dan kerap memuat naik gambarnya melakukan pelbagai aktiviti.

Salah satu hantaran di laman sosial tersebut, menunjukkan dua gambar Puspa sedang bersenam ketika berusia 35 tahun dan 53 tahun.

Menurut ibu kepada dua orang anak itu, dia gemar melakukan aktiviti senaman sejak berada di zaman persekolahan lagi.

“Sejak dari dulu semangat untuk bersenam tetap sama dan tidak pernah luntur,” katanya. 


Sumber – Agensi/Kosmo


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 195
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote NazRysha 1-12-2020 05:12 PM
wahh terus aku jadi positifff
elak stress mesti muka pun nampak muda kannn

Lain-lain Komen

Quote dudaberhias 28-11-2020 02:58 AM
bila google 61 tahun dah

ni ig dia https://www.instagram.com/puspadewihc/?hl=en

wow betul2 nampak muda... terbalik pulak dengan the melvins dambaan @Kurex
Quote Perawankota 28-11-2020 02:59 AM
Buat surgery ke
Quote Acikgomen 28-11-2020 03:02 AM
dudaberhias replied at 28-11-2020 02:58 AM
bila google 61 tahun dah

ni ig dia https://www.instagram.com/puspadewihc/?hl=en

Kurex nak jadi madu sipah tetek setitik ke chuols
Quote wnwa05 28-11-2020 03:05 AM
bukan dekat Malaysia pun ada. lagi cun.. if you know who i mean  


Quote dudaberhias 28-11-2020 03:22 AM
wnwa05 replied at 28-11-2020 03:05 AM
bukan dekat Malaysia pun ada. lagi cun.. if you know who i mean

yer, isteri kepada @cilipadisedap
pernah jumpa pasangan warga emas ni in real life...
awet muda dan cantik orangnya... macam hantu kopek


Quote matbad 28-11-2020 03:24 AM
Rata2 kalau chinese ni laki mmg akan bising kalau badan naik bagai. Kalau nak duit, tak mau laki kaki pompuan, syarat bini kena jaga diri. Ramai membe chinese aku mcm tu. Yg laki boroi barai. Part paling best laki tak lokek labur utk bini segak
Quote miszclassique 28-11-2020 03:35 AM
Muka cantik smooth mcm sbb filter tapi bahagian mata dah nampak aging and gambar full body sheols nampak penuaan especially tapak tangan....macammana muka boleh kekal muda?!!!! Gigih iol zoom tapi mmg sangat cantik untuk umur nenek ni
Screenshot_20201128_033407_com.android.gallery3d.jpg
Quote noor2 28-11-2020 05:32 AM
Kalau rajin exercise...aku percaya je....
Quote dudaberhias 28-11-2020 05:42 AM
miszclassique replied at 28-11-2020 03:35 AM
Muka cantik smooth mcm sbb filter tapi bahagian mata dah nampak aging and gambar full body sheols na ...

Tengok dekat youtube anak dia pun masih nampak muda walaupun nampak macam mak2. Cuma umo dia 61 tu omg cannot believe it kaka...
Quote pxlbb 28-11-2020 06:11 AM
matbad: Rata2 kalau chinese ni laki mmg akan bising kalau badan naik bagai. Kalau nak duit, tak mau laki kaki pompuan, syarat bini kena jaga diri. Ramai membe ...


Keyword di situh...

Laki tak lokek labur bagi bini lawa {:childlike
Quote najib888 28-11-2020 06:29 AM
Pakai susuk kot?
Quote mosti 28-11-2020 06:31 AM
Rajin exercise, jaga badan, pergi spa, facial bagai, x stress,tidur cukup...confirm muda.
Quote noor2 28-11-2020 06:32 AM
mosti replied at 28-11-2020 06:31 AM
Rajin exercise, jaga badan, pergi spa, facial bagai, x stress,tidur cukup...confirm muda.

Rajin exercise badan mmg lawa...bab muka tu bila kita happy....hidup x stress mmg muka pun nampak muda ditambah pula letak mekap...
Quote KIM.K 28-11-2020 06:39 AM
Bagi la nama anak yg bunian suka
Kot boleh lawa lain macam sikit
Quote orgsepang 28-11-2020 06:40 AM
Nama pun macam nama pontianak/bunian.
Sebenarnya ada saja wanita tidak dimakan usia dan jika puspa dewi semulajadi begitu memang mengkagumkan.
Quote ninja9 28-11-2020 06:50 AM
muka sebenar sheols tanpa filter.. ada kedutan sedikit di sekitar mata. memang hebat... kalau hobi makan tapi malas exercise jangan haraplah jadi mcm ni.



Quote noor2 28-11-2020 06:52 AM
ninja9 replied at 28-11-2020 06:50 AM
muka sebenar sheols tanpa filter.. ada kedutan sedikit di sekitar mata. memang hebat... kalau hobi m ...

Mmg cantik.....kecik molek....
Quote ninja9 28-11-2020 07:02 AM
noor2 replied at 28-11-2020 06:52 AM
Mmg cantik.....kecik molek....

tengok instagram sheols penuh dgn exercise. masa exercise pun maintain ceria..


perempuan ada masa dlm hidup dia hilang keceriaan iaitu bila terlampau sibuk urus anak-anak...masa ni patutnya kena latih supaya tak ada emosi negatif spnjg masa


Quote lurve82 28-11-2020 07:09 AM
aku klu xpayah keje...ada bibik...blh je hari2 exercise...ini pegi keje sblm matahari naik...balik bila matahari turun....tidur xcukup...byk benda kena fikir..dgn perangai staf..dgn perangai anak2...so kim salam je lah..walau ramai student ckp umur aku late 20s...

tapi payah jgk ble xmkn usia ni..pegi shopping sorg2 ada je jantan menegur...done puji diri sendiri...

Lihat semua komen(195)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top