Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Tolonglah Beli Ayam'

27-11-2020 03:58 PM Komen: 140
Pengeluaran daging ayam telah bertambah kebelakangan ini dan orang ramai diajak membeli lebih banyak ayam untuk membantu penternak menghadapi lebihan penawaran di pasaran.

Ketua Unit Ayam, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Kwei Yew Tong berkata, sesetengah ladang ternakan berskala kecil dan sederhana mungkin terpaksa gulung tikar sekiranya masalah tersebut tidak diatasi.

Katanya, penternak ayam kini berdepan pelbagai masalah merangkumi COVID-19, perubahan cuaca, kenaikan harga bahan mentah dan penjualan ayam beku import oleh sesetengah peniaga.


Gambar hiasan
Kredit foto: Negeri Sembilan

Jelasnya, gabungan faktor-faktor tersebut telah menyebabkan penurunan jualan daging ayam yang menjejaskan rezeki penternak.

Kerajaan mengumumkan harga kawalan ayam hidup pada Deepavali di paras RM5.70 sekilogram, tetapi harga borong sekarang telah turun sebanyak 25 peratus, katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, disebabkan pengurangan orang yang menjamu selera di luar, jumlah tempahan ayam daripada kedai makan telah berkurangan.

Selain itu, ada peniaga memilih ayam beku import dari luar negara dan keadaan ini juga menjejaskan pendapatan penternak tempatan, katanya.

Menurutnya, Malaysia telah mencapai tahap sara diri untuk bekalan daging ayam dan pengimportan ayam hanya akan menyukarkan kehidupan penternak yang sudah berdepan masalah permintaan yang menurun.

Ujarnya lagi, perubahan cuaca menyebabkan ayam lebih cepat membesar dan menyebabkan penawaran daging meningkat.

Di luar negara pula, cuaca yang bertukar lebih sejuk dan kering mengurangkan hasil tuaian jagung yang menjadi makanan ayam. Tetapi, kos pengangkutan pula telah meningkat.

Faktor-faktor ini menyebabkan kos bahan mentah meningkat 20 peratus, malahan mungkin mencecah 30 peratus pada Disember, katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan menyiasat pengimportan ayam beku dari luar negara.

Pengimportan ayam beku adalah untuk tujuan pemprosesan makanan dan bukannya dijual terus kepada pengguna, katanya. 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 140
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aotearoa 1-12-2020 03:30 PM
Acikgomen replied at 27-11-2020 04:14 PM
Ayam pulak 3 bulan je dah beso gemok
Ayam cucuk ni bau hanyir dan isi tak sedap
Acik sanggup bel ...

Betul-betul.kalau yg besar-besar tu memang tak sedap langsung. jarang dah beli ayam sekor, kalau beli pun beli yang part je.Baiklah beli ikan, segar dan manis lak tu..

Lain-lain Komen

Quote renko 27-11-2020 04:08 PM
kau jela yang reti rugi hai
Quote sarah82 27-11-2020 04:11 PM
ikan murah...segar pulak...tu kami suka makan ikan skrg...dan kami nak kena sumpahan ikan mcm asdan dakwa
Quote Acikgomen 27-11-2020 04:14 PM
sarah82 replied at 27-11-2020 04:11 PM
ikan murah...segar pulak...tu kami suka makan ikan skrg...dan kami nak kena sumpahan ikan mcm asdan  ...

Ayam pulak 3 bulan je dah beso gemok
Ayam cucuk ni bau hanyir dan isi tak sedap
Acik sanggup beli ayam organik, walaupun kecik, tapi isi pejal elok tak bau busuk hanyir
Nak jimat, sekor ayam je seminggu utk seisi rumah
Semua teserah kat diri kita sendiri
Quote sarah82 27-11-2020 04:18 PM
Acikgomen replied at 27-11-2020 04:14 PM
Ayam pulak 3 bulan je dah beso gemok
Ayam cucuk ni bau hanyir dan isi tak sedap
Acik sanggup bel ...

ayam organik mcm sy x jumpa kat sini...selalunya sy beli dada ayam kat tesco dan bila nak goreng bihun baru keluar dan guna.
ikan pun sy beli kat penjual yg bukan saja boleh delivery tapi juga siap bersiang.

pemalaskan sy ni...hahahahahaha
Quote saviour_09 27-11-2020 04:20 PM
sarah82 replied at 27-11-2020 04:11 PM
ikan murah...segar pulak...tu kami suka makan ikan skrg...dan kami nak kena sumpahan ikan mcm asdan  ...

hahahahahhahaa mane dia

rindu asdan
Quote salmon-suki 27-11-2020 04:23 PM
Salu bli ayam tp parts jelaa..duk sensorg,masak apa y tingin je..ikan byk xsegar..tp nti nk tgk ikan kt psr mlm laa..kot2 bleh cri ikan segar buat ikan bakar..dapnyeeeeee{:spot
Quote mamajawie 27-11-2020 04:24 PM
aku nak tergelak baca KETUA UNIT AYAM tu..bahahhahahahaha..
Quote c===8 27-11-2020 04:25 PM
sama la saya pun lagi suka makan ikan
Quote husna_amal 27-11-2020 04:28 PM
Macam ni kenalah makan lauk ayam hari2. Kena fikir menu pula.
Quote zehra2 27-11-2020 04:29 PM
satgi pi bakor anak2 ayam pulak.. hati kering tokey ayam ni
Quote stingerpie 27-11-2020 04:29 PM
Jepun sekarang culling poultry sebab cases of birds flu meningkat dgn banyaknya...

So be wary folks

Quote zehra2 27-11-2020 04:30 PM
betul ler org kata.. bila telur ayam mahal.. harga ayam daging  jadik murah..

dah kedai mkn pun byk gulung tikar, sapa nak beli ayam banyak2 lagi
Quote ina_na 27-11-2020 04:31 PM
Aku x berapa sgt gan ayam.. Kalo ikan, udang, ketam tu laju.. Tp udang gan ketam skrg ni rege dia.. Nangis je.. Budak2 suka la ayam2 ni.. Jemu Kadang2 tgk anak2 makan ayam je..
Quote sarah82 27-11-2020 04:33 PM
saviour_09 replied at 27-11-2020 04:20 PM
hahahahahhahaa mane dia

rindu asdan

hahaha...dalam kevongokan asdan.....bagusnya asdan ni, dia tak hina org lain dan Personal Attack dia..rindu pulak kat MN asdan yg menyakitkan hati kekadang tu.
Quote Tinot7 27-11-2020 04:34 PM
iols ingatkan ayam mane tadi...
Quote merrissa 27-11-2020 04:36 PM
sarah82 replied at 27-11-2020 04:11 PM
ikan murah...segar pulak...tu kami suka makan ikan skrg...dan kami nak kena sumpahan ikan mcm asdan  ...

siyes ke murah
Quote Nnasda53 27-11-2020 04:38 PM
dah lama tak beli ayam..jiran2 rajin bg lauk masak pun ayam tu yg hakak tak membeli ayam sekian lama.
Quote sarah82 27-11-2020 04:38 PM
merrissa replied at 27-11-2020 04:36 PM
siyes ke murah

sejak 3-4 bulan lepas, ikan termenung yg sekilo RM10 kat JItra dah turun ke RM5 -  RM7 sekilo...harga alor setar tak tau x balik..tapi biasanya alor setar lagi murah dari JItra harga barang basah termasuk ikan2.
Quote VespaSilbe 27-11-2020 04:38 PM
Aku dok beli ayam RM 7 lebih sekilo
Geram pulak baca

Lihat semua komen(140)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top