Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Ditahan Lupa SOP Tengah Malam, Lelaki Bersyukur Polis Bagi Susu Formula Bayi

27-11-2020 02:22 PM Komen: 86
"Allah temukan saya dengan dua insan yang baik hati... saya sangat terhutang budi dengan mereka."

Demikian kata seorang lelaki ketika bercerita mengenai tindakan mulia dua anggota polis yang membantunya dengan memberikan susu formula bayi, baru-baru ini.

Kisah tersebut tular apabila laman Facebook IPD Kuala Pilah memuat naik satu perkongsian beserta mesej (DM) yang dihantar seorang lelaki yang mengucapkan terima kasih di atas bantuan dua anggota polis.



Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul Hilmy itu berkata tujuannya menghantar mesej berkenaan adalah sebagai melahirkan penghargaan atas kebaikan yang dilakukan dua anggota polis IPD tersebut.

"Saya betul-betul rasa terhutang budi dengan Lans Koperal Mohd Hasnofikry Mohd Hanapi dan Lans Koperal Muhammad Dinie Akmal. Sebab itu, saya buat keputusan hantar mesej ke laman Facebook IPD Kuala Pilah.

"Tak sangka pentadbir laman Facebook itu kemudian memuat naik mesej saya dan berkongsi kisah yang berlaku pada malam tersebut. Dan lebih tak sangka sampai jadi viral," kata lelaki berusia 26 tahun ini.

Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada awal pagi 24 November itu, Zul Hilmy berkata ketika itu dia terpaksa keluar untuk membeli susu formula kerana isterinya yang baru melahirkan anak sulung mereka mengalami masalah kekurangan susu badan.



"Tidak berapa lama ketika tiba di rumah ibu mentua selepas dibenarkan keluar wad, anak saya yang baru berusia sehari menangis tak henti-henti kerana kelaparan. Ibunya mengalami masalah kurang susu badan.

"Sebagai bapa, saya kasihan tengok anak menangis. Sampai terpaksa beri sedikit air suam. Saya keluar rumah dengan tujuan nak pergi ke kedai serbaneka 7 Eleven untuk beli susu sebab jam menginjak pukul 1 pagi.

"Dalam perjalanan, secara tiba-tiba muncul sebuah kereta peronda polis mengekori saya dan meminta saya berhenti. Mungkin saya agak kelam kabut, jadi mereka curiga. Saya berhenti dekat kedai serbaneka, lebih kecewa kerana kedai tutup.

"Ketika itu anggota polis berkenaan terus menghampiri saya dan bertanya, lalu terus saya ceritakan situasi yang saya alami. Kata mereka, semua kedai tutup pukul 10 malam sebab dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," ujarnya.

Menurut Zul Hilmy, situasi panik dan terdesak yang dilalui ketika itu menyebabkan dirinya tidak mengingati waktu operasi kedai ketika PKPB.

"Saya bukan sengaja langgar prosedur operasi standard (SOP) masa PKPB. Tapi memang tak sempat nak fikir apa. Apa yang saya tahu ketika itu cuma nak beli susu untuk anak yang sedang lapar saja.

"Selepas dengar cerita saya, mereka berdua arahkan saya ikut kereta peronda dari belakang. Ingatkan ke balai, rupa-rupanya mereka bawa ke kuarters PDRM.

"Tak lama kemudian, Lans Koperal Muhammad Dinie datang dengan sekotak susu formula, betul-betul sama dengan susu yang saya beritahu mereka awal tadi, dan serahkan kepada saya.

"Ketika itu, saya rasa terharu sangat-sangat. Kemudian saya nak bayar, dia menolak. Katanya, ambil sahaja. Saya ucapkan terima kasih dan minta maaf juga pada masa sama. Katanya lagi, kalau dia dalam situasi yang sama, dia juga pasti bertindak seperti saya," katanya yang merupakan seorang penjawat awam.


Kredit foto: FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah

Dalam pada itu, Zul Hilmy mendedahkan selepas kisah itu tular, dia menerima banyak mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan juga DM di Facebook. - CARI


Sumber: mStar


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 86
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote eyansss 30-11-2020 02:01 PM
Edited by eyansss at 30-11-2020 02:05 PM
nadiaaziz56 replied at 30-11-2020 01:45 PM
Anak i pun sama jaundice tapi warded 1 malam je. Masa nak discharge tu nurse siap pesan kalau susu ...

nurse n doc ni memahami sebab diorang dah tengok beribu2 kes melibatkan baby n kanak2 ni...  setiap hari anak2 n baby masuk sebab macam2 kes... aku ni pakqr lactation siap pesan standby susu sementara nak stimulate susu badan...

dulu masa aku nak dapatkan susu untuk anak sulung aku, frust gak la sebab lambat betul nak dapat...  ye la, force kan bukan semulajadi...  pastu doc tu cakap kat aku: tak dapat menyusukan bukan tandanya kita tak layak jadi ibu...  dah dapat anak tu satu rahmat yang sangat besar...  dapat susukan badan tu a bonus...  dont push urself...

Lain-lain Komen

Quote shernazz 27-11-2020 02:30 PM
Sedih iols baca
Mmg kalut kalau baby nanges..
Quote sayawifenikmie 27-11-2020 02:37 PM

ia lahh ... baby laporr

saya dulu pun curi curi bagi susu formula masa nak kena tahan wad ... sebab tak pandai menyusukan anak ...

sib baik uncle polis ...
Quote husna_amal 27-11-2020 02:38 PM
Sebak baca. Mujur ada abam polis berhati mulia macam ni membantu.
Quote KIM.K 27-11-2020 02:39 PM
Ada polis baik, ada jenis pemalas
Aku pun kuar hotel malam td lupa mask. Takleh masuk hotel kalau takda mask, kelabut pakai dalam 7E
Quote mamajawie 27-11-2020 02:40 PM
biasala iollss masa lepas bersalin anak pertama mmg susu bdan takdak, pam banyak kali waima pakai generator skalipun kluar susu xsampai 30 ml mmg time2 tu gak soh somi g kdai beli susu n botol sume..lantak pi la org nk ckap dalam hari pun xnak bagi susu ibu habis kalu benda xde xkan iollss nk biarkan je budak menangis lagi2 time malam..bleh meroyan wooo
Quote Atata 27-11-2020 02:40 PM
Knp nak ternangis baca T_T
Quote Rajawali 27-11-2020 02:42 PM
Susu siapa polis tu amik?
Quote tootii 27-11-2020 02:53 PM
masih ramai yeng berhati mulia di dunai ni ..  tahniah dan terima kasih kepada yg membantu abam ni ..
Quote brego 27-11-2020 03:00 PM
apekehei nya IPD kolo pilah yang puji up diri sendiri hero,
motip?
Quote stingerpie 27-11-2020 03:02 PM
Dalam satu tandan pisang yg busuk, tentu ada satu dua yg baik...

Begitula perumpamaannya....
Quote stingerpie 27-11-2020 03:05 PM
brego replied at 27-11-2020 03:00 PM
apekehei nya IPD kolo pilah yang puji up diri sendiri hero,
motip?

One off payment of RM 300 utk semua frontliners selain dari the healthcare frontliners...kau lupa?

So mesti ada justifikasi that they are well and trully deserved....

Kehkehkehkehkeh
Quote gigahertz 27-11-2020 03:09 PM
Rajawali replied at 27-11-2020 06:42 AM
Susu siapa polis tu amik?

kebetulan kot mungkin polis tu ada anak minum susu yang sama.

susu tu kalau tak dutch lady 1 2 3 mesti enfragrow.
Quote Artemesiaa 27-11-2020 03:19 PM
Pekan2 kecik macam tu memang seksa nak cari barang kalau dah malam tambah dengan pkpb lagi pasti pergerakan pun jadi terbatas.  Terima kasih buat pihak perkuasa yang membantu.
Quote stingerpie 27-11-2020 03:22 PM
gigahertz replied at 27-11-2020 03:09 PM
kebetulan kot mungkin polis tu ada anak minum susu yang sama.

susu tu kalau tak dutch lady 1 2  ...

Atau mungkin abam polis dah dengar ada peruntukan RM300 utk frontliners iteww yg buat semangat membara utk stretch beyond the line of his duty kot?

Kahkahkahkah
Quote Zielathefatlady 27-11-2020 03:23 PM
ada orang potong bawang
Quote stingerpie 27-11-2020 03:24 PM
KIM.K replied at 27-11-2020 02:39 PM
Ada polis baik, ada jenis pemalas
Aku pun kuar hotel malam td lupa mask. Takleh masuk hotel kalau t ...

WFH kewww? Atau serbis klien dlm hotel?
Quote stingerpie 27-11-2020 03:25 PM
husna_amal replied at 27-11-2020 02:38 PM
Sebak baca. Mujur ada abam polis berhati mulia macam ni membantu.

RM 300 sudah mau masyukkkkkkkkkkkkkk..kata abam TZ...
Quote URUHA 27-11-2020 03:27 PM
Terbaik abang2 polis. Bersyukur sangat sebab masih ada lagi orang yang baik dalam dunia ni di saat semua orang mula pentingkan diri sendiri
Quote Cekgushilla 27-11-2020 03:33 PM
mamajawie replied at 27-11-2020 02:40 PM
biasala iollss masa lepas bersalin anak pertama mmg susu bdan takdak, pam banyak kali waima pakai ge ...

Sebab tu mak2 muda jgn dok gatai nk folo fb grup menyusu anak
Mau kemurungan meroyan menghukumi diri sendiri dan menyusahkan diri sendiri
Kemain dok cerita kegigihan pwer pump bgn kul 3-4 pg
Baik tdo masa tu esok bg segar2 nk jaga anak main2 bonding dgn anak
Diri sendiri pon tak stress pastu automatik susu jd byk sbb kita relaks happy tak memikirkan stok susu
Happy mommy happy baby giteww
Ni bila bgn je letih pastu mula la nk murung keletihan..baby pon tak happy sbb dia sense mak dia tak happy
Relaks la bg susu formula pon bukan bg racun pon kt anak tu

Lihat semua komen(86)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top