Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki Kulit Hitam Mati Dipukul, Carrefour Disaman ASD37 Juta

26-11-2020 03:59 PM Komen: 2
Seorang pendakwa raya di selatan Brazil menuntut ganti rugi sebanyak 200 juta reais (ASD37.6 juta) daripada Carrefour SA selepas seorang pengawal keselamatannya memukul seorang lelaki kulit hitam hingga mati di salah satu cawangan pasar raya tersebut.


Kredit foto: nu.nl

Pada Jumaat, rakaman video menunjukkan pengawal keselamatan di Carrefour di bandar Porto Alegre dengan kejam memukul Joao Alberto Silveira Freitas diedarkan secara meluas melalui sosial media.

Kejadian itu tercetus setelah berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang pekerja kedai.

Kematian Silveira Freitas telah mengakibatkan tunjuk perasaan di Sao Paulo dan mencetuskan isu terhadap Brazil yang sebelum ini menafikan negara itu mengamalkan rasisme.


Kredit foto: ANP

Sebagai tambahan, pejabat peguam bela masyarakat negeri meminta mahkamah untuk menutup cawangan Carrefour di Porto Alegre dengan tujuan untuk mengurangi risiko kemungkinan tindakan keganasan yang terjadi akibat tunjuk perasaan.

Dalam satu kenyataan, Carrefour Brasil mengatakan ia masih belum menjawab secara rasmi tuntutan oleh pejabat pembela umum.

Namun, Carrefour berkata, ia akan memberikan segala maklumat yang diperlukan oleh kerajaan.

Antara tuntutan lain yang disenaraikan dalam tuntutan itu adalah mewujudkan rancangan untuk memerangi rasisme dan perlakuan diskriminasi oleh peruncit di Porto Alegre. 




 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote L211 27-11-2020 10:15 PM
org brazil ni pun perangai boleh tahan gak keparat.. dorg pon krg ajar gak.. saman je laa pengawal keselamatan.. hahha

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 27-11-2020 09:47 AM
Melingkup Carrefour macam ni.
Quote L211 27-11-2020 10:15 PM
org brazil ni pun perangai boleh tahan gak keparat.. dorg pon krg ajar gak.. saman je laa pengawal keselamatan.. hahha

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top