Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun

FOTHER-MUCKER|26-11-2020 01:49 AM Komen: 11
Kredit : Metro.UK


Lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona dilaporkan telah mengembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Berita itu disahkan beberapa media sukan antarabangsa termasuklah ESPN Argentina, Football Espana, Clarin dan sebagainya. Difahamkan, Maradona sebelum ini menghidapi masalah serangan pernafasan kardio dan keadaan kesihatannya didapati merosot.

Keadaan itu menyebabkan Maradona terpaksa menerima rawatan di hospital sejak awal bulan ini bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otaknya. Media melaporkan bahawa pembedahan tersebut berjaya, bagaimanapun seminggu selepas ia pulih, keadaannya kembali merosot.

Pemergian lagenda tangan tuhan ini ditangisi segenap peminat bola sepak di seluruh dunia.







Sumber: GiveMeSport/SiakapKeli

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ramon62 3-2-2021 02:44 PM
Your article content is being very much interested, I am very impressed with your post. I hope to receive more great posts.

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 26-11-2020 04:13 AM
Pernah jumpa mendiang masa keje hotel dulu, dia dtg rasmi kan kedai emas kt nusentral. Kedai tu pon dah tutup

Quote little_sis 26-11-2020 04:51 AM
Takziah.. 60 bukan tua sgt.. abg aku  peminat dia dulu sampai dibuatnya rambut adik bongsu jd mcm rambut maradona..
Quote ninnamina 26-11-2020 08:50 AM
Serius la dia baru 60? Aku ingatkan dia ni 70-80 dah sebab nampak tua bebenor and memang nampak macam tak sihat je memanjang. Apa2 pun takziah.
Quote husna_amal 26-11-2020 10:17 AM
Life style dia merosakkan hidup dia sampai kena macam2 penyakit.
Quote gaban_spacecop 26-11-2020 11:28 AM
pele jugak yg steady jerr
Quote aqissa 26-11-2020 12:19 PM
Rest in peace la d sana....
Quote wnwa05 26-11-2020 03:04 PM
Perawankota replied at 26-11-2020 04:13 AM
Pernah jumpa mendiang masa keje hotel dulu, dia dtg rasmi kan kedai emas kt nusentral. Kedai tu pon  ...


biar betul. tahun bila..bertuahnya ko


Quote djzara81 26-11-2020 04:14 PM
Mendiang Diego muda2 fit. Semakin berumur out of shape. Hrp kita amik pengajaran.
Quote Perawankota 27-11-2020 04:08 AM
wnwa05 replied at 26-11-2020 03:04 PM
biar betul. tahun bila..bertuahnya ko

Lima tahun lepas.. Aku kan keje hotel.. Dia stay hotel aku.. Dia rasmi kan kedai emas dia masa tu. Ramai staff bergambar dgn dia.. Hari ni jer, dorg dok repost gambar dgn mendiang.. Aku zaman tu mmg x Minat nk amik gmbr dgn artis n celebrity.. Ramai jer International artist stay kt hotel aku keje dulu.. kadang2 sian tgk peminat dok tunggu artis2 dorg kt lobby, tapi artis lalu ikut jalan lain.
Quote Acul90 31-1-2021 09:22 PM
https://shrinke.me/h5lIRlN
Quote Ramon62 3-2-2021 02:44 PM
Your article content is being very much interested, I am very impressed with your post. I hope to receive more great posts.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top