Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Laptop Harga Sederhana Habis Stok, Yang Tinggal Laptop Mahal Je

25-11-2020 01:03 PM Komen: 123
Dunia yang terus dihantui COVID-19 dan kekangan tenaga manusia di China menyebabkan “kilang dunia” tersebut memfokus kepada komputer riba mahal yang menjanjikan pulangan keuntungan lebih tinggi.

Di Malaysia, permintaan yang melonjak terhadap komputer riba harga sederhana berikutan trend kerja dari rumah menyebabkan komputer riba dengan skala harga sederhana kehabisan stok di pasaran.

Sinchew Daily melaporkan, pengedar menjangkakan stok hanya akan pulih paling awal pada tahun depan.


Gambar hiasan

Sesetengah pihak juga mengambil kesempatan dengan menjual komputer riba terpakai yang biasanya berharga ratusan ringgit dengan harga sehingga lebih RM1,000.

Presiden Persatuan Komputer dan Teknologi Maklumat Pulau Pinang, Choo Chee Heong berkata, disebabkan COVID-19, tenaga kilang di China perlu bertugas secara bergilir-gilir, sekali gus menyebabkan kekurangan tenaga pekerja dan penurunan pengeluaran.

Katanya, keadaan itu menyebabkan “kuota” untuk bekalan komputer pelbagai jenama kepada pasaran Malaysia menjadi sangat sedikit.

Jelas beliau, sejak Jun lalu, harga komputer riba berharga sederhana yang dijual di bawah RM2,000 atau RM1,000 masih kehabisan stok.

Kata Chee Heong, komputer riba berharga sederhana itu sesuai digunakan pelajar yang perlu menghadiri kelas dalam talian.

Ujarnya kepada Sinchew Daily, jualan komputer riba pada Jun melonjak 40 peratus dan mencapai kemuncaknya, tetapi berdepan masalah kehabisan stok selepas itu.

“Keadaan COVID-19 yang bertambah tenat dan penutupan sekolah kali ini walaupun tidak kelam kabut seperti kali pertama, tetapi peniaga kini berdepan masalah stok dan juga aliran tunai,” katanya.

Menurutnya, stok yang masih ada hanyalah komputer riba mahal berharga antara RM4,000 hingga RM5,000 dan jualannya adalah kurang berbanding komputer riba berharga sederhana.

Selain itu, terdapat juga masalah kekurangan stok untuk mesin pencetak dan dakwat.

COVID-19 juga menyebabkan 20 hingga 30 peratus kedai baiki komputer kecil-kecilan di kawasan luar bandar Pulau Pinang gulung tikar. 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 123
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote superdogol 1-12-2020 08:17 PM
Kalau sanggup carik lappy 2nd and jenis tinkerer, kat mudah.my & carousell.com.my pun berlambak. Carik yg midrange i.e proc. i3 - i5 ataupun amd athlon/ryzen 3/ryzen 5, yg guna harddisk biasa... Price range dlm rm1k - 1.5k can get good spec. for quite a good bargain.

Pehtu upgrade :-
1. ram - upkan at least ke 8Gb
2. tukar harddisk ke ssd, sais amik 240Gb ke atas, very cheap now
3. harddisk lama boleh masukkan dlm hdd caddy dan screw in into dvddrive slot permanently

Cara nih sgt2 berbaloi...

Lain-lain Komen

Quote VespaSilbe 25-11-2020 01:12 PM
Patutla cartridge naik harga
Quote Tinot7 25-11-2020 01:15 PM
Nasib baik iols sempat belikan laptop murmur utk mak iols sblm pkp.
La ni terpaksa beli yg mahai utk diri sendiri. Tapi takde la rega golongan kayangan...
Quote vespa_oren 25-11-2020 01:26 PM
kebanyakan kerja aku guna ipad/phone, jarang pakai laptop nasib baik hari tu x beli asus zen sbb bru perasan jarang guna
Quote gigahertz 25-11-2020 01:27 PM
Diorang ni saja je. Minyak naik bagi alasan. Currency mahal pun bagi alasan
Quote cmf_premierleag 25-11-2020 01:30 PM
bukan laptop jah
any WFH punya equipments mmg bleh dikatakan laris juga ya
akak skodeng computer chair pun tgk kerusi yg sedap selesa dan affordable pun udah out of stock
yg tinggal cuma yg mahal2 jah
ikea?? sory la ..akak dh test duduk bagai...x selesa lgsg..dah la span kerusi nipis.sakit bontot duk lama2
Quote sarah82 25-11-2020 01:38 PM
Mmg harga naik.. Alternatif.. Boleh guna tab sebagai mini laptop.
Quote sarah82 25-11-2020 01:39 PM
vespa_oren replied at 25-11-2020 01:26 PM
kebanyakan kerja aku guna ipad/phone, jarang pakai laptop nasib baik hari tu x beli asus zen sbb bru ...

Ang top up. Wireless keyboard dan mouse.. Lagi senang hidup ang..
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:48 PM
Betul tu cartridge naik harga lepas tu kalau belah malam selalunya line internet pun mula nak menyiput
Quote hatikudus 25-11-2020 02:16 PM
Mmg mahal....aku baru belikan laptop utk anak baru masuk uni bulan lepas....bkn branded sgt pun, mahaiii katanya sb stock dah kurang.
Quote Lagubestbest 25-11-2020 02:34 PM
Edited by Lagubestbest at 25-11-2020 02:35 PM
cmf_premierleag replied at 25-11-2020 01:30 PM
bukan laptop jah
any WFH punya equipments mmg bleh dikatakan laris juga ya
akak skodeng computer c ...

beli yang mesh (sebab mesh dia ikut setiap lekuk badan) dan ada kusyen boleh adjust untuk lower back support, juga kusyen kat atas untuk kepala/ leher. dan tepi kiri kanan yang boleh adjust naik/turun dan kiri/kanan.

PS: Walau sebaik mana pun kerusi, kalau xnak sakit badan.. excercise.

Quote makneng 25-11-2020 02:47 PM
Mak nak beli monitor... Senang nak buat screen sharing, tak yah semua dok tumpu kat main screen. Letih. Any suggestion on the brand?
Quote Mamason 25-11-2020 02:49 PM
Alhamdulillah ...dapat lah beli laptop second yang tak lah mahal sangat...sesuai laa untuk anak2 guna online...
Quote Lagubestbest 25-11-2020 02:55 PM
Artemesiaa replied at 25-11-2020 01:48 PM
Betul tu cartridge naik harga lepas tu kalau belah malam selalunya line internet pun mula nak menyip ...

kalau laser print, beli serbuk toner je, refill sendiri. = RM6
kalau color printer biasa, beli refill ink dalam botol +needle cucuk sendiri masuk dalam cartridge. = RM10 empat colors.
Quote VespaSilbe 25-11-2020 02:56 PM
makneng replied at 25-11-2020 02:47 PM
Mak nak beli monitor... Senang nak buat screen sharing, tak yah semua dok tumpu kat main screen. Let ...

Uols beli TV terus la wat monitor
Monitor lagi mahai dari tv
Quote VespaSilbe 25-11-2020 02:59 PM
sarah82 replied at 25-11-2020 01:39 PM
Ang top up. Wireless keyboard dan mouse.. Lagi senang hidup ang..

Wireless headphone pun berguna
Senang nak sapkok
Quote sarah82 25-11-2020 03:06 PM
VespaSilbe replied at 25-11-2020 02:59 PM
Wireless headphone pun berguna
Senang nak sapkok

Hahaha.. Sy headphone jarang guna.. Ni tengah tunggu sampai logitech mouse k380..berkenan pulak kat wireless mechanical typewriter keyboard..
Quote meow_tompok 25-11-2020 03:11 PM
makneng replied at 25-11-2020 02:47 PM
Mak nak beli monitor... Senang nak buat screen sharing, tak yah semua dok tumpu kat main screen. Let ...

saya ada monitor 14 inch berabuk tak pakai,
connect hdmi cable je kat tv, lagi puas tgk


Quote Tunan 25-11-2020 03:12 PM
cmf_premierleag replied at 25-11-2020 01:30 PM
bukan laptop jah
any WFH punya equipments mmg bleh dikatakan laris juga ya
akak skodeng computer c ...

dah beli kerusi pusing2 ada tempat kaki kat shopee
selesai sikitla.. 170++
nak beli kerusi gamer tp takda promo.. dah habis.. yg ada semua dah nak dekat 300
Quote makneng 25-11-2020 03:16 PM
VespaSilbe replied at 25-11-2020 02:56 PM
Uols beli TV terus la wat monitor
Monitor lagi mahai dari tv

Itulah benda ni ada juga terlintas kat kepala otak ni. Tapi kalau beli TV lain pulak jd nanti.. Hahaha

Lihat semua komen(123)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top